Pages

Monday, August 24, 2020

Urut

Assalamualaikum,


Bunga bawang liar


Hujung minggu lepas Icah anak Mak Long balik rumah.  Bila balik setiap kali tanya “Mom masak apa?”.  Kita-kita yang jadi emak mesti hendak masak sesuatu kegemaran anak kesayangan.  Tetapi berasa sedih apabila kesihatan menghadkan pergerakan diri.  Mak Long ingat hendak masak kari mudah-mudah sahaja tetapi tidak larat.  Pengabisnya masak ayam bakar dalam oven sahaja mudah lagi pun ayam itu sudah diperap semalaman dengan sos tiram campur serbuk cili dan minyak zaitun.  Buat salad dan buah-buahan sahaja.  Jadilah......

Icah cakap, “Mom, Icah bawak Mom pergi berurut nak tak?”  “Kat mana tu....?” tanya Mak Long.  Kalau di kampung sana adalah orang ambil upah mengurut satu badan!  Best juga kalau dapat berurut lurus-luruskan dan lembutkan urat yang tegang.  Menurut Icah lagi tempat urut itu baru dibuka di Austin dan tidaklah jauh dari rumah sewanya.  Teragak-agak hendak atau tidak!  Seminggu berfikir hendak atau tidak sampai kata Pak Long pergilah dan volunteer hantar ke Austin di rumah Icah.  

Barulah sedar dulu-dulu arwah Emak dan arwah Atok Tiner (nenek Mak Long, kami panggil begitu)  sering mengadu sakit-sakit tulang, sakit sendi dan macam-macam sakit.  Sekarang sendiri pulak rasakan!  Orang muda-muda tidak akan faham bila kita tua-tua mengadu rasa bisa-bisa tulang nih!  

Icah cakap dia sudah tempah hari Sabtu pukul tiga petang.  Kami sampai di tempat urut tepat pada masanya.  Baru buka pusat kecantikan itu rupanya.  Memacam khidmat kecantikan ada seperti: urut muka/facial; kecantikan kaki/tangan; rambut, SPA dan lain-lain lagi Mak Long pun tidak ingat apa-apa lagi.  Tempat ini dikendalikan oleh orang China dan Vietnam.  Semua pekerja mereka orang Asia Vietnam. Pelanggannya pula datang dari antarabangsa.  

Sebaik kami sampai ke tempat urut, kami diberi sepersalinan baju kimono dan dua buah laci untuk menyimpan sementara pakaian, beg tangan dan kasut kami.  Kemudian kami dibawa ke sebuah bilik sederhana besarnya yang samar-samar gelapnya di mana beberapa buah katil bujang kecil disediakan untuk perkara itu.  Kami disuruh duduk di hujung katil, di hujung kaki disediakan besen besar berisi air suam panas untuk rendam kaki beberapa minit sebelum kaki kami diurut, dipulas!  Kerja urutan dimulakan dengan urutan kaki dahulu kemudian bahagian tangan, bahu, tengkok dan kepala yang mengambil masa selama satu jam.  Bestlah!  

Selepas berurut kami dijemput untuk menggunakan sauna bilik panas.  Duduk-duduk atas bangku panjang keluarkan peloh.  Tahap kepanasan boleh dikurangkan dna ditinggi ikut tahan sendiri.  Panaslah, Mak Long tak berapa suka.  Beriadah di luar jalan kaki lagi bagus. Bagi mereka yang tinggal di bandar mungkin sesuai.  Tetapi Mak Long tinggal di kawasan perkampungan lebih sesuai beriadah di kawasan yang lebih asli dan menenangkan hati.  Urut tu bolehlah untuk kesegaran perjalanan darah.   Pokoknya kita jaga kesihatan diri sendiri.  Allah kurniakan kita hanya satu jasad yang dilengkapi Nya dengan kesempurnaan yang gitu.  Jagalah diri muga mudah kita menjalani ibadah bekal bila kita kembali kepangkuan Allah yang pasti akan datang.













Sunday, August 23, 2020

Sembang Kami

Assalamualaikum,



Flat parsley atau Italian parsley


A:  What is this green leaf in my salad?
B:  Parsley

A:  It is grass. 
B:  Parsley is good for you!

A:  You don’t eat parsley.  It is only for decoration on food..
B:   People do eat parsley.  It has abundant of nutrient your body need

A:  I don’t eat parsley
B:  FINE!  Don’t eat it.  Put them aside!

Adoii... punyalah.  Google!  Mana Google!  Here is some informations about parsley:

Parsley mempunyai tiga jenis yang diketahui iaitu jenis parsley berdaun kerinting; jenis berdaun biasa (flat parsley) atau dikenali juga sebagai Italian parsley dan satu jenis lagi dipanggil parsley Hamburg atau “turnip-rooted parsley”.  Tak pasti parsley hamburg ini ialah lobak putih.

Parsley mengandungi kalori rendah tetapi padat dengan beberapa zat penting yang diperlui dalam kesihatan badan manusia.  Iaitu vitamin A, K dan C.  Ia juga mengandungi bahan zat mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan potassium.  Kalori dalam parsley amat rendah.

Vitamin A berperanan sebagai “immunity”/kelalian dalam badan dan kesihatan mata.

Vitamin K berperanan besar membantu kesihatan tulang dan jantung.  Ia juga membantu menghalang pendarahan yang bahaya.

Vitamin C berperanan amat penting dalam seluruh kesihatan badan.. jantung, “immune system” badan, kulit dan lain2. 

Dikatakan bahawa parsley membantu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut boncit.  Maka eloklah kita makan parley.  
























Saturday, August 22, 2020

Buttermilk

 Assalamualaikum,

Buttermilk

Buttermilk ialah susu masam diguna sebagai minuman juga biasa diguna dalam masakan seperti roti, pancake dan lain2.  Ramai yang tidak mengetahui apa itu buttermilk.   Buttermilk tidak mengandungi butter.  Dua benda yang berlain dari satu jenis bahan iaitu susu.  Mak Long guna buttermilk sebagai ganti santan kelapa dalam masakan kari bila tiada santan.  Apabila guna buttermilk dalam kari tidak perlu guna air asam jawa atau asam keping.

Cara membuat buttermilk asli mengikut kaedah tradisi adalah susu lembu segar digodak (churn) dalam bekas sehingga kerim dan cecair dalam susu berasingan.  Kerim/lemak yang diasingkan itulah butter dan cecair itu pula adalah buttermilk.  Buttermilk ini rasanya sedikit manis dan lebih cair dari “cultured” buttermilk.  Cultured buttermilk rasanya masam dengan ketulan kecil sebagai dadih diguna untuk dalam masakan, boleh juga diminum.

Cultured Buttermilk itu lebih pekat dari buttermilk asli juga dari susu segar tetapi tidak sepekat kerim.  Buttermilk mengandungi lemak yang rendah dari susu segar.  Buttermilk yang dijual di supermarket adalah cultured buttermilk.  Cara membuat cultured buttermilk menggunakan kaedah pasturized dan pemeramam.

Tahukah anda bahawa buttermilk boleh membantu menguruskan berat badan?  Minum buttermilk.

Bagaimana kalau tidak ada buttermilk apabila resepi itu perlu menggunakan buttermilk?  Ya buttermilk boleh digantikan dengan:

1.  Dadih (yogurt) = campur dan kacau 3/4 cawan dadih + 1/4 cawan air kosong.

2. Sour cream = campur dan kacau 3/4 cawan sour cream + 1/4 cawan air kosong

3. Cream of tartar = campur dan kacau 1 3/4 cawan susu segar + 1 3/4 sudu camca cream of tartar.  Biarkan 5-10 minit bila bancuhan itu jadi pekat.

4. Susu segar atau susu tepong yang sudah dicampur air  = Campur 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka atau air lemon/limau nipis

5. Kefir = cairkan kefir dengan susu segar atau air kosong sehingga sama kepekatan buttermilk.

Ini resepi mudah membuat roti guna buttermilk.  Roti ini sedap dan lembut.  Bancuhan ini boleh buat 2 buku roti untuk buat sandwich. 


Roti Buttermilk


Roti Buttermilk

Bahan

1 ½ cawan buttermilk
1/2 cawan air suam (110 degrees F/45 degrees C)
1/2 cawan margarine/butter
¼ cawan gula pasir /gula melaka / madu
1/2 sudu teh baking soda
2 (.25 ounce) paket ragi roti
2 sudu teh  garam
5 ½ cawan tepong roti atau tepong gandum biasa 

Cara:

1.  Bancuh ragi roti denga air suam sampai ragi berbueh dan kembang.

2.  Masukkan butter atau margarine bersama buttermilk dalam periok kecil.  Panaskan dengan api sederhana hingga butter atau magarine cair.  Sejukkan hingga suam kuku.  

3.  Masukkan gula, garam, baking soda, buttermilk yang sudah dicampur dengan butter atau margarine tadi dalam mangkok mesin bancuh kek.  Gunakan pengacau “dough hook” untuk proses ini. Masukkan 3 cawan tepung iaitu 1 cawan dalam satu masa dan bancuh hingga rata.  Perlahan-lahan tambah lagi tepong yang masih ada itu, kacau hingga bancuhan tepong itu tidak melekat bila dipegang.  Keluarkan dough dari mangkok ke atas tempat menguli (papan tempat uli atau meja) yang ditabur sedikit tepung.  Uli dough beberapa ketika hingga dough lembut.  Letakkan dalam mangkok yang telah diletak sedikit minyak.  Pusing-pusingkan dough itu dengan minyak kemudian tutup mangkok dengan tuala dapur yang bersih.  Biarkan dough naik dua kali ganda besar.

4.  Tekan-tekan dough yang sudah kembang itu dan uli dengan balik-balikkna sekejap.  Bahagi dua dan bentukkan roti itu.  Masukkan dalam 2 bekas pembakar roti ukuran 8“X4” yang sudah disapu minyak terlebih dahulu.  Biarkan dough itu naik sekali lagi kira-kira naik 1” tinggi dari aras bekas.

5.  Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih awal 375 degrees F (190 degrees C) selama 30 - 35 minit.  Roti sudah masak bila diketuk dengan jari berbunyi lompang.





Roti Buttermilk

Selamat mencuba..







Wednesday, August 19, 2020

Salam Maal Hijrah 1442 H



Assalamualaikum,




Muga tahun baru 1442H 
Allah cucuri kita dengan rahmat 
Allah berkati hidup kita dunia dan akhirat
Allah teguhkan hati kita dengan iman
Agar kita sentiasa taqua kepada
ALLAH SWT




Tuesday, August 11, 2020

Cactus Punya Pasal

Assalamualaikum,


Cactus

Cactus punya pasal.. Kemarin terasa rajin sedikit tolong siram taman cactus Pak Long.  Tengah-tengah menyiram kaki tersepak batu kecil,  Nasib tidak terjongkang rebah atas cactus boss!  Kang naya pulak kena duri cactus tajam ... Pasal cactus itu...  Mak Long teringat kesah pada hari ibu tahun ini.  Jadi katanya cutilah dari berkebun keliling rumah sebab menghormati hari ibu.  Berkebun?  Yaa betul berkebun tanam pokok-pokok keliling kawasan, terutama pokok cactus.  Berkebun juga namanya kan?!  “Nak buat taman cactus...”, katanya, sudah buat dah di belakang rumah di nun.  Boleh nampak dari dalam rumah melalui cermin pintu besar.  Kesiannya pulak taman kecil ini madang ajer banyak gangguan dari binatang liar.. si rusa.  Cactus yang tersayang baginya, dipasang pagar.  Yang lain disembur dengan semburan busok baunya tidak tahan hidung dibuatnya.  Kesian dia puas berusaha jadi pekebun cactus.  Satu taman cactus tidak cukup.  Maka diusahakan satu lagi tidak jauh dari sisi rumah.  Banyak dah berbagai jenis cactus ada termasuk cactus yang baru hendak naik itu.

Jadi hari itu kami jalan-jalanlah konon hendak relek-relek.  Habis-habis singgah di pusat nursery tengok-tengok saja konon.   Memang cari nahas.... Separoh kereta penoh dengan sepokok cactus besar gedabak.  Nasib pulak pokok yang ini tidak ada duri!  Itu dah oklah, kami baliklah ke rumah.  Ingatkan lepas-lepas zohor bolehlah nak lelap-lelapkan mata sekejap.... hmmmm tak ada channnn...

“Jom kita ke tasik... tengok ramai tak orang di situ ..”.  Di Texas semua taman riadah ditutup disebabkan gejala penyakit Covid-19 sedang bermaharajalela sejak awal tahun lagi.  Dua minggu lepas pihak gomen bagi buka semula.  Umak aaii macam kambing lepas kandang mereka berpusu-pusu keluar.  Yang bagusnya mereka masih mengekalkan jarak berjauhan dan setengahnya pakai “mask” / pelitup muka.  tapi soalnya sampai bila mereka patuh ....!  Sampai di tasik kami dan ramai lagi penggunjung tidak  dibenarkan masuk kawasan itu.  “Tak boleh masuk, dah penoh”, kata pengawal yang duduk sedap-sedap dengan aircon dalam truck besarnya.  Oklah... kami cabut ke tempat lain... tengok tu perangai macam orang-orang muda, menjengkit.  Duduk rumah bukankah lebih baik!

Jauh jugalah merempit ikut jalan-jalan kecil.  Amboiii cantik sungguh dunia Allah nih... rumput dan pokok semua meriah berbunga dengan berbagai rupa dan warna.  Rasa sungguh bersyukur diberi Nya peluang menikmati ciptaan Nya yang indah, segar dan nyaman damai jiwa.  Maka sampailah kami di bandar kecil nama Wimberley.  Bandar penempatan orang bangsa German di zaman-zaman penghijrahan orang Eropah di Amerika.  Bandar kecil ini telah menjadi salah satu dari bandar “tourist attraction” di Texas bahagian tengah.  

Panas lit lit pulak ketika itu... kering dan cair otak .. bangku-bangku tempat duduk diikat dengan reben merah tanda pengunjong tak boleh duduk sebab Covid-19.  Tidak munasabah!  Ada ker?  Bukan orang hendak duduk rapat-rapat sebelah menyebelah.  Suruh pakai “mask” degil tidak mahu pakai mask.  Terok mereka nih!  Aduiii... tiba-tiba mata kami nampak pulak sepokok cactus cantik di pinggir jalan.  Katanya dia belum ada cactus jenis itu.  “Bolehlah patahkan sekeping daun tu....”, kata Mak Long .... acah-acah sebenarnya.  Rupa-rupanya bebenar dia patahkan satu pelepah daun cactus tepi jalan lalu lalang tu. Aduiiii.....  disuruhnya masukkan dalam kocek jaket saya.  Mana boleh...habis nanti  kena getah ke baju Mak Long, lagi pun mana muat masuk kocek....  nasib cactus itu tiada duri tajam!  Pegang sahajalah.  Cactus punya pasal, “cactus thift!.....” katanya pulak!   Aiikkk!




Cactus