Pages

Thursday, May 9, 2019

Cucu Yang Belum Ku Temui

Assalamualaikum,



Sudah hampir setahun lebih Mak Long tidak pulang ke tanahair. Tanah tumpahnya darah ku. Sejak arwah Emak kembali ke pangkuan Iilah. Hati ini sangat rindu untuk pulang bertemu dan menjejak kasih keluarga yang sekian lama tidak bersua. Mereka semua tanya bila "hendak balik?" Tidak terjawab soalan mereka. Di sudut hati kecil ini Allah sahaja yang mengetahui betapa melonjak-lonjak hati hendak pulang!
Keinginan hati begitu kuat untuk pulang melihat dan bertemu mata dengan cucu kedua yang dilahirkan setahun yang lalu. Cucu perempuan yang amat comel yang mereka hantar gambarnya pada Mak Long. Namanya Aisha.
Kini Aisha sudah berjalan dan berlari-lari, sudah pandai berkawan. Sudah pandai makan durian (gambar di atas), sudah pandai bercakap dan sangat cerdik. Setiap hari Aisha diserahkan ke pusat penjagaan kanak-kanan untuk khidmat jagaan ketika anak dan menantu pergi kerja cari rezeki. 
Anak Mak Long cakap, di pusat jagaan kanak-kanak, Aisha suka berkawan dengan anak-anak yang lebih besar darinya. Suka makan makanan kawan-kawannya, hahaha .. bukannya tidak dibekalkan makanan untuknya.. semua ada disediakan. Tetapi makanan orang lain juga yang digemari. Lantas anak dan menantu sediakan makanan serupa dengan makanan kawan-kawannya pula. Anak-anak kecil begitulah tabiat mereka. Maka sikap terbuka dan tanggung-jawab ibu bapalah membentuk anak-anak yang masih rebung.
Muga Aisha cucu Mak Long ini menjadi solihah serta berbudi bahasa tinggi, berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat, ammiin..

Muga Allah panjangkan umur kami dan dapat kami berjumpa bertentang mata, in Sha Allah.

6 comments:

  1. Comelnya Aisha. InsyaAllah, ada rezeki pasti Mak Long bertemu dengannya nanti...

    ReplyDelete
  2. Assalamuaalaikum, moga maklong bahgia di samping keluarga walau jauh terpisah, moga Allah temukan jua...lama maklong tak menulis apapun harap dapat diteruskan celotehmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih masih sudi jengok blog Mak Long. In sha Allah Mak Long cuba usaha menulis lagi.

      Delete
  3. Assalamualaikum...
    Mak Long...berkarya lah lagi....usah berhenti....saban hari saya menunggu cerita2 dan khabar dari Texas.

    ReplyDelete