Pages

Monday, December 31, 2018

Selamat Tahun Baru 2019

Assalamualaikum,


SELAMAT TAHUN BARU
2019

Semuga tahun baru
Allah kurniakan kita :
Kerahmatan dunia akhirat
Kesihatan yang baik
Dimurahkan rezeki yang halal
Kebahagian yang berkekalan
Panjang umur yang berkat
Keimanan yang kukuh
Serta keredhaan dari Allah SWT

Aamiin ya rabbal ‘alamin




May this New Year brings us a peace filled life, 
Warmth and togetherness in our family 
and 
Much prosperity! 
Happy New Year 2019










Saturday, December 22, 2018

Buatkah Atau Beli?

Assalamualaikum,

Dua minggu lepas jiran kami Brenda datang berkunjung ke rumah.  Tahu dah memang dia kalau ketuk pintu macam hendak roboh pintu itu!  Kami tidak kesah kerana memang begitu perangainya, mulut becok, bercakap bersuara kuat.  Dari jauh belum nampak orangnya suara sudah dengar dulu!  Perangai seperti lelaki tidak pernah nampak dia berpakaian wanita.  Biarlah apa-apa pun hatinya baik dan lembut, dunia sekarang adalah dunia dia.....  Pak Long buka pintu “Hello!  What’s going on....?”

“Hey guys!  I have these for you and Miss K..”, sambil meletakkan barang yang dibawanya di atas meja.  Sepohon pokok "poinsettia" (sebut : poin seta) and seuncang cantik berisi beberapa peket bertih jagong bersira dengan beberapa perisa.  Begitulah tiap-tiap tahun Brenda pasti menghadiahkan kami pohon "poinsettia" untuk kami apabila menjelang sambutan hari Natal sebagai pengirat siraturrahim berjiran, itu pendapat kami.  


Pohon poinsettia

Setelah Brenda pulang, kami sepakat untuk membalas pemberiannya berupa barangan juga.  Mak Long cadangkan “apron” untuk Brenda dan Marla pasangannya.  Ada beberapa helai apron yang telah siap Mak Long buat apabila ada masa lapang.  Jadi sorang satulah dapat apron.  Semalam Mak Long luangkan masa untuk membuat dua uncang sebagai pembukus apron pula.  Inilah rupanya:



Apron untuk Brenda

Apron untuk Marla

Pagi tadi sebelum ke pasar kami singgah sebentar di rumahnya dengan dua helai apron dalam dua uncang merah menyala.  Kebetulan ketika kami sampai Brenda sedang sibuk dengan pokok tanaman yang senget ditiup angin kuat kemarin di laman rumah.  Dua tiga hari ini angin dari utara memang kuat seperti ribut.  Suhu yang sedia sejuk ditambah dengan tiupan angin menjadikan lagilah sejuk.



Mak Long serahkan bag apron kepada Brenda.  

Brenda     :     For me!   Can I open and look?    

Mak Long  :    Sure...go ahead open it!  
Lapang rasa hati dan gemar melihat gelagat dia yang penuh keikhlasan menerima.

Brenda     :     Which one is mine?

Mak Long :    The plain red bag

Brenda     :     Wow!  Beautiful!  It is so sweet of you.  Did you make it or did you buy?

Mak Long  :    Made it for you lah!















Monday, December 17, 2018

Jerok


Assalamualaikum,


Jerok ialah bahan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan daging yang diperam di dalam campuran air dengan garam atau campuran cuka dengan garam dan gula atau minyak makan dengan garam.  Boleh dikatakan semua jenis bahan makanan boleh dijerok. Jerok boleh dibuat masam, masin, manis, pedas atau berbagai rasa yang dikehendaki.  Masakan acar juga adalah satu dari cara jeruk samaada acar dimasak atau acar balik hari (bahan sayur yg dipotong-potong bersama dengan beberapa bahan lain seperti bawang dan cili dicampur dengan cuka, garam dan gula) . 

Kaedah jerok dan acar telah lama diamalkan sejak beribu tahun dahulu sebagai langkah mengawet atau menyimpan makanan untuk tahan beberapa waktu lamanya supaya tidak busuk atau rosak.  Kini ramai yang sudah memiliki peti sejuk untuk menyimpan makanan supaya tahan lama, segar dan tidak rosak.  Namun jerok masih diamalkan sebagai satu bahan makanan kudapan atau lauk pauk dan lain-lain. 

Cuka lazimnya digunakan dalam membuat jerok kerana ia mengandungi asid masam yang mampu membunuh bacteria yang tidak diingini dalam makanan dan proses pengawetan berlaku.  Sementara garam juga berperanan penting dalam jerok.  Garam boleh menjerok kering tanpa campuran dengan cuka atau air umpamanya jerok ikan (ikan masin) dan daging juga sayur-sayuran.  Bahan makanan yang digaram menjalani kaedah pemeraman semula jadi di mana ia akan mengeluarkan bahan lactic acid sebagai mengawet makanan itu.

Berbagai cara membuat jerok. Antaranya bahan makanan dijerok mengandungi air dicampur dengan garam sahaja seperti membuat telor asin, cuka dicampur dengan garam seperti jerok limau nipis, atau cuka dicampur dengan air, garam dan gula atau hanya menggunakan garam sahaja terpulang mengikut cintarasa masing-masing. Ada juga terdapat jerok ikan atau daging yang dijerok dengan minyak makan dicampur dengan garam.

Beberapa kajian telah ditemui di mana, ahli-ahli sukan disarankan minum air jerok (pickle juice sport) yang mengandungi cuka dan garam sebagai sumber membantu mengubat atau menggurangkan kejak otot (muscle cramps) dalam masa yang singkat. Minuman air jerok banyak terdapat di pasaran di USA antara nama jenama tersebut ialah seperti "The Pickle Juice Company".



Jerok Limau Nipis












Wednesday, December 12, 2018

Makanan Berkhasiat

Assalamualaikum,

Sumber bacaan keratan artikal ini Mak Long baca dari "Sumba Pengguna" ketika melayari di laman sesawang dan ingin berkongsi bersama-sama untuk kebaikan dan pengetahuan kita.

"Makanan

"Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.  Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.  Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.  Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.  Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan.  Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.  Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses.  Adakah anda salah seorang daripada mereka?  Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan Seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.  Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.  Makanan berproses dan snek seperti kentang gpreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberi sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.  Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.  Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masaalah-masaalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, seragan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.  Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi ytang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.  Sesetengah orang mungkin menghadapi masaalah terrlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70-80 jam untuk melalu saluran penghadaman.  Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda.  Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian.  Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa.  Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan.  Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi…"


SUMBER BACAAN :  UTUSAN PENGGUNA

Sumber Makanan Berkhasiat yang kami amalkan