Pages

Saturday, May 19, 2018

Strawberry Festival, South Carolina

Assalamualaikum,

May 5, 2018

Strawberry Festival di South Carolina

Hari ini hari keempat kami berkembara dari rumah.  Tiga hari perjalanan dengan truck, sahaja ambil masa tiga hari.  Biasanya dua hari sahaja.  Heret motosikal sekali Pak Long hendak bagi kepada Robin dan suami.  Pak Long kata dia sudah jarang-jarang tunggang motor besar itu, lagi pun katanya tidak seronok tunggang motor sorang-sorang.  Akhir-akhir ini Mak Long pencen ikut membonceng.  Tinggal sebuah lagi motorsikal berinjin besar di rumah.  Motosikal yang ini kecil sedikit dan kurang beratnya.  Selain motorsikal ada sebuah kerusi besi (iron bench) yang Pak Long baik pulih.  Yang ini katanya hendak dihadiahkan kepada sahabatnya Tom Cruise iaitu sahabat zaman budak-budak dahulu.  Dua buah kerusi antik untuk Robin.





Seluruh badan berasa penat dan lenggoh-lenggoh walaupun sudah dapat berihat panjang sejak kami sampai ke sini (di rumah Robin) di North Carolina tengah hari semalam.  Hidup di alam tua-tua begini tenaga pun tidak seperti dulu-dulu.  Rumah kata pergi, kubur pun sudah kata mari!

Pagi ini Mak Long hampir-hampir terlepas Subuh.  Loceng jam berbunyi tetapi hati kata sekejap lagi!  Dasar iblis mengganggu!  Selepas solat, Mak Long ke dapur.  Ricky sudah bangun, Pak Long baru hendak main game mengasah otak.  Tekak terasa inginkan kopi panas, tapi ingat ini di rumah anak menantu.  Tidak berani hendak buat sebarangan.  Robin ini pelik perangianya!  Pusing balik ke bilik tidur lebih baik mandi bersihkan diri.  Awal-awal siap senang hendak ke mana-mana.  

Lepas mandi Mak Long masuk bilik tidur tengok semua siap kemas.  Heran jugak!  “Did you make the bed?”  “Yes, I just did..”.  Heran juga, selama ini dia tidak pernah kemas tempat tidur...mimpi apa agaknya...hmmm.  Kalau tiap-tiap hari macam ini bagus juga kan!





Ricky dan Robin bawa kami ke Strawberry Festival di South Carolina.  Mesti pakai sepatu untuk berjalan kalau tidak nanti sakit kaki.   Jauh juga tempat festa itu, kereta tidak dibenarkan letak dekat padang festa.  Semua kenderaan kena letak di kawasan-kawasan sekolah atau gereja yang tidak berapa jauh pun.  Dari situ kami diangkut ke padang festa dengan bas sekolah dalam gambar di atas.  Dulu-dulu masa sekolah tidak pernah naik bas sekolah, berjalan kaki sahaja.  Sudah tua baharu merasa naik bas sekolah.  Dalam bas bersih sangat rasa-rasa boleh buat baring-baring hahaha... tidak ada penyaman udara.






Ingatkan festa ini adalah banyak jual benda-benda yang berkaitan dengan strawberry atau pameran berkaitan.  Lain rupanya.  Festa seronok-seronok rupanya.  Macam-macam ada seperti fun fair kalau di Malaysia.  Jualan makanan, barang-barang karya kerja tangan dan lain-lain.
  




Mak Long kagum melihat penduduk daerah ini sangat pembersih.  Beribu penggunjung datang, tua muda, kecil besar, kebersihan padang festa itu tidak nampak sampah bertaburan.  Bahkah kalau ada sampah jatuh mereka cepat-cepat punggut cepat-cepat masukkan ke dalam tong sampah.  





Lagi satu, mereka menghormati lagu kebangsaan ketika dinyanyikan, semua orang berdiri tegak macam askar hingga tamat lagu berkumandang.

Ada pertunjukan kereta lama dan baru yang semuanya berkiut berkilat boleh bercermin.  Pak Long suka sangatlah tengok benda-benda begitu, boleh dapat idea baru.  Mak Long tidak berminat hal kereta .. membosankan.





Cuma yang satu ini (gambar di bawah) sahaja Mak Long suka.  Sekarang kereta sport "cobra" jenis ini tidak diusahakan oleh kilang lagi.  





Minat sangat dengan rumah lama ini kebetulan terletak bersebelahan festa ini.  Cantik, tenang dan redup dengan dikelilingi pokok-pokok besar dan tinggi.  Berapa umur rumah ini agaknya? 





Mak Long beli sekotak strawberry segar itu.  Rasa enak dan manisnya.  Keluar dari festa itu Ricky belanja makan fish and chips.  Udang goreng enak juga.  Kami balik ke rumah keletihan tertidur sampai zohor.













2 comments:

  1. How very interesting Mak Long! Strawberries! yummy! So expensive back home. Would have been fun being there. Cleanliness is a worship in such places. Senang hati kalau tengok bersih and teratur. Antique big bikes and antique bench. They must have had great sentimental value and Pak Long giving them away! And antique cars to feast the eyes! Obviously a great outing and a tiring day. Diucapkan Selamat Berpuasa kapada Mak Long and family!

    Hank

    ReplyDelete
  2. Besar-besar strawberrynya...

    Bila kebersihan terjaga, mata memandang jadi selesa dan pengunjung pasti gembira. :)

    ReplyDelete