6 & 7hb May, 2018
“Esok kita bertolak pagi-pagi. Lebih kurang enam jam atas jalan...” kata Pak Long. Mak Long anggok menyetujui. Cadangannya hendak balik kampung Pak Long di Kentucky tetapi dalam perjalanan kami akan singgah beberapa tempat .. saja tengok-tengok tempat.
Sejak berada di rumah Robin Mak Long tidaklah turun-turun di ruang tamu di tingkat bawah. Rumahnya dua tingkat. Bahagian tingkat atas sama rata dengan arah paras tanah rata. Tingkat bawahnya separuh bahagian di dalam tanah macam "basement" gitu. Kebanyakan rumah di daerah utara begitu. Jadi pagi ini Mak Long turun kebawah bersebelahan dengan garage.. Poh! penuh memacam benda dalam garage. Manalah si Ricky hendak letak motorsikal yang Pak Long bagi tu? Di hujung anak tangga bawah sebelah kiri menuju ke ruang tamu aduh terkejut besar ... nasib tak pengsan! Seekor patong "mummy" besar (mereka guna masa haloween dulu) berbalut kain putih berdiri lurus di situ buat kami berdua terkejut! Memang pelih budak-budak ni bawak iblis dalam rumah! Bilalah mereka hendak sedar jadi manusia?
Quilt bintang pecah lapan |
Di ruang tamu mata Mak Long terpaku pada sehelai quilt tersidai di atas kerusi malas. Nampak seperti kenal! Dekati dan tengok betul-betul... Laa itu quilt yang Mak Long buat beberapa tahun lalu rupanya. Malas hendak tanya bila quilt itu ke situ kerana Mak Long lupa bila bagi pada mereka?
Quilt dandan panjang (Braid table runner) |
Di meja dapur (kitchen counter) sehelai lagi quilt sebagai alas tengah di meja panjang yang Mak Long jahit (gambar di atas). Di situ rupanya! Mak Long sudah lupa semua quilt-quilt itu. Bila ternampak barulah ingat dan timbullah semula keinginan hendak buat dan aktif semula apabila balik kerumah, in sha Allah.
Inilah rumah Robin dan Ricky. Di sebelah kanan garage itulah terletaknya ruang tamu kedua (bawah tanah).
Ini beranda bahagian belakang dapur. Mak Long suka duduk di situ berangin sepui-sepui. Pokok hutan tinggi-tinggi di belakang rumah buat kawasan redup dan nyaman. Kadang-kadang terdapat binatang liar seperti anjing liar di situ.
7hb Mei, 2018
Pagi-pagi kami sudah bersedia untuk bertolak meneruskan perjalanan kami. Cuaca sedikit dingin pada waktu pagi memerlukan memakai baju panas nipis. Cadangnya hendak ke sebuah tempat air terjun Linville. Dalam perjalanan kami lalu di tempat peranginan di pergunungan The Blowing Rock. Banyak juga kereta bergerak perlahan kerana kerja-kerja memperbaiki jalanraya di pergunungan. Kami singah ronda-ronda sebentar, tetapi terasa sukar sedikit Pak Long hendak belok sana sini kerana "trailer" yang kami heret di belakang truck.
Blowing Rock, North Carolina |
Tengoklah jalanraya sempit lagi bengkang bengkok. Kadang-kadang Mak Long kejam mata bila lalu tempat-tempat yang merbahaya di mana ada gaung di bawanya. "Did you see that big truck we just passed, dear?" Tanya Pak Long. Mak Long jawab "Tak..." "What....? " Mak Long jawab, "I closed my eyes...!" Hahaha....
Blue Ridge Mountains Road |
Terdapat banyak anak-anak sungai kecil di sepanjang perjalanan di pergunungan itu. Banyak juga terdapat air terjun kecil indah di situ seperti gambar di bawah.
Air terjun kecil di tepi jalanraya |
Mana tidaknya, tengok sahajalah gambar yang dirakam di bawah ini... Batu nalaa besar gergasi tersombol ke jalan. Mana hendak nampak kenderaan mendatang? Selekoh tajam pulak tu! Kalau bawak truck mesti hendak kena benoh ke kiri jalan yang ada gaung dalam di bawah .... haiiss gerunlah!
Batu gergasi melintang jalan di Blue Ridge Mountains |
Kami selamat sampai di kawasan Linville Falls. Linville Falls letaknya dalam kawasan Pisgah National Forest, North Carolina. Masuk ke dalam kawasan air terjun tidak dikenakan sebarang bayaran. Janji jaga kebersihan.
Pondok penerangan penggunjung Linville Falls |
Kena menyeberangi sungai melalui jembatan dalam gambar di bawah. Dari pondok penerangan jalan dan lorong boleh tahan juga. Selepas itu kena ikut rentak loronglah...
Akhirnya kami sampai di kawasan air terjun iaitu Linville Falls. Linville Falls merangkumi tiga buah tingkat air terjun. Gambar di bawah adalah air terjun aras atas sekali. Berpeloh jugalah hendak menyampaikan ke situ. Pak Long nampak tercunggap juga hahaha.. nasib makcik adalah juga berjalan kaki setiap hari. Tidak ramai orang ketika itu. Bagus! Tenang dan sejuk airnya.. Kalaulah dapat datang hari-hari di situ alangkan bagusnya..
Upper Linville Falls |
Kenalah panjat gunung dan panjat tangga sedikit hendak ke air terjun itu. Dengar deruan air terjun sudah cukup untuk menguatkan hati hendak ke situ. Gambar bawah, itu baharu sedikit mungkin nampak mendatar sahaja. Tetapi hati seronok bukan main..
Lorong sempit ke upper Linville Falls |
Adalah orang tu sudah kepenatan.. Jangan ambil gambar saya katanya hahahaha.. ada ke!
Nasib baik adalah pihak negeri bina tangga batu-batu tekel untuk kemudahan penggunjung ke situ. Licin pulak tu kerana kawasan begitu lembab dan ada lopak-lopak air. Jangan lupa pakai sepatu bertapak khas untuk melalui tempat-tempat begitu. Pakai selipar jepun kalau hendak mati cepat!
Lorong ke Linville Falls kedua |
Berbaloi berjalan jauh-jauh panjat gunung. Tengok sahajalah Linville Fall kedua di bahagian tengahnya. Lagi tinggi dan besar, lagi kuat bunya air terjunnya. Gambar di bawah menunjukkan ke dua-dua Linville Falls.
Linville Falls kedua |
Gambar di bawah adalah bahagian anak sungai Linville Falls mengalir deras ke Linville Falls ketiga. Kami tidak ke situ. Pak Long kata dia sudah rasa sei'eh hahaha penat katanya. Rasanya Mak Long boleh lagi kalau Pak Long tidak mengalah.
Air anak sungai deras mengalir |
Gambar di bawah ini sengaja Mak Long hendak tunjuk. Gambar paku pakis banyak tumbuh berkeliaran segar biak di serata pergunungan dalam musim bunga. Mak Long sanggup beli dan bayar USD12.00 sepasu hanya hendak buat hiasan di depat pintu rumah! Di situ semuanya tumbuh hidup liar tidak siapa berminat... Rusa pun tidak ingin!
Adalah sejam dua kami di situ menikmati alam hutan yang indah. Janji jangan ada beruang hitam kejar sudahlah! Mampus tergolek masuk gaung!
Bunga hutan |
Kami sampai Kentucky hampir petang. Di kawasan ini masih berasa dingin walaupun sudah masuk bulan Mei. Kami disambut mesera oleh Judy iaitu sepupu Pak Long.
Cantik sangat lah Maklong...Batu tersembul tu sekali tengok macam kepala ulau le Mak Long...ngeri/geli pulak jadinya....btw, kat Kentucky ke tu? Kawan saya ada kat Kentucky tu dan berpuluh tahun...gi study sana, kahwin orang sana, kerja sana dan sekarang dah bercucu pon....hahahahahahaha.....
ReplyDeleteBelah2 nun memang cantik , Uncle. Semua ni kat belah barat utara North Carolina. Leburaya Blue Ridge Mountains cantik sangat terutama musim luruh dan musim bunga. Tu baru batu jer, ada jalan bengkok lipat lagi takut hahaha.
DeleteSahabat Uncle tu duduk di Kentucky di bandar apa ek?
Providence, Webster County. Ada ka nama tu?
ReplyDeletePernah dengar jadi Mak Long tanya cik google... ada Uncle. County ni macam daerah. Tengok gambar2 kat situ lebih kurang macam kampung Pak Long iaitu tempat lama, rumah lama ....
DeleteDah lama kat situ tak balik-balik...dia batch saya...lepaih spm pi belajaq sana. Berkenan kat pompuan sana, teruih kawin..dah ada cucu...hahahahahahahahaha......budak nogori ni...
ReplyDelete