Pages

Thursday, May 24, 2018

Linville Falls, North Caroline

Assalamualaikum,

6 & 7hb May, 2018


“Esok kita bertolak pagi-pagi.  Lebih kurang enam jam atas jalan...” kata Pak Long.  Mak Long anggok menyetujui.  Cadangannya hendak balik kampung Pak Long di Kentucky tetapi dalam perjalanan kami akan singgah beberapa tempat .. saja tengok-tengok tempat. 

Sejak berada di rumah Robin Mak Long tidaklah turun-turun di ruang tamu di tingkat bawah.  Rumahnya dua tingkat.  Bahagian tingkat atas sama rata dengan arah paras tanah rata.  Tingkat bawahnya separuh bahagian di dalam tanah macam "basement" gitu.  Kebanyakan rumah di daerah utara begitu.  Jadi pagi ini Mak Long turun kebawah bersebelahan dengan garage..  Poh! penuh memacam benda dalam garage.  Manalah si Ricky hendak letak motorsikal yang Pak Long bagi tu?  Di hujung anak tangga bawah sebelah kiri menuju ke ruang tamu aduh terkejut besar ... nasib tak pengsan!  Seekor patong "mummy" besar (mereka guna masa haloween dulu) berbalut kain putih berdiri lurus di situ buat kami berdua terkejut!  Memang pelih budak-budak ni bawak iblis dalam rumah!  Bilalah mereka hendak sedar jadi manusia?  


Quilt bintang pecah lapan

Di ruang tamu mata Mak Long terpaku pada sehelai quilt tersidai di atas kerusi malas.  Nampak seperti kenal!  Dekati dan tengok betul-betul...  Laa itu quilt yang Mak Long buat beberapa tahun lalu rupanya.  Malas hendak tanya bila quilt itu ke situ kerana Mak Long lupa bila bagi pada mereka?  


Quilt dandan panjang
(Braid table runner)

Di meja dapur (kitchen counter) sehelai lagi quilt sebagai alas tengah di meja panjang yang Mak Long jahit (gambar di atas).  Di situ rupanya!  Mak Long sudah lupa semua quilt-quilt itu.  Bila ternampak barulah ingat dan timbullah semula keinginan hendak buat dan aktif semula apabila balik kerumah, in sha Allah.  




Inilah rumah Robin dan Ricky.  Di sebelah kanan garage itulah terletaknya ruang tamu kedua (bawah tanah). 




Ini beranda bahagian belakang dapur.  Mak Long suka duduk di situ berangin sepui-sepui.  Pokok hutan tinggi-tinggi di belakang rumah buat kawasan redup dan nyaman.  Kadang-kadang terdapat binatang liar seperti anjing liar di situ.


7hb Mei, 2018

Pagi-pagi kami sudah bersedia untuk bertolak meneruskan perjalanan kami.  Cuaca sedikit dingin pada waktu pagi memerlukan memakai baju panas nipis.  Cadangnya hendak ke sebuah tempat air terjun Linville.  Dalam perjalanan kami lalu di tempat peranginan di pergunungan The Blowing Rock.  Banyak juga kereta bergerak perlahan kerana kerja-kerja memperbaiki jalanraya di pergunungan.  Kami singah ronda-ronda sebentar, tetapi terasa sukar sedikit Pak Long hendak belok sana sini kerana "trailer" yang kami heret di belakang truck.


Blowing Rock, North Carolina

Tengoklah jalanraya sempit lagi bengkang bengkok.  Kadang-kadang Mak Long kejam mata bila lalu tempat-tempat yang merbahaya di mana ada gaung di bawanya.  "Did you see that big truck we just passed, dear?"  Tanya Pak Long.  Mak Long jawab "Tak..."   "What....? "  Mak Long jawab, "I closed my eyes...!"  Hahaha....


Blue Ridge Mountains Road

Terdapat banyak anak-anak sungai kecil di sepanjang perjalanan di pergunungan itu.  Banyak juga terdapat air terjun kecil indah di situ seperti gambar di bawah.


Air terjun kecil di tepi jalanraya

Mana tidaknya, tengok sahajalah gambar yang dirakam di bawah ini...  Batu nalaa besar gergasi tersombol ke jalan.  Mana hendak nampak kenderaan mendatang?  Selekoh tajam pulak tu!  Kalau bawak truck mesti hendak kena benoh ke kiri jalan yang ada gaung dalam di bawah .... haiiss gerunlah!


Batu gergasi melintang jalan di Blue Ridge Mountains

Kami selamat sampai di kawasan Linville Falls.  Linville Falls letaknya dalam kawasan Pisgah National Forest, North Carolina.  Masuk ke dalam kawasan air terjun tidak dikenakan sebarang bayaran.  Janji jaga kebersihan.  


Pondok penerangan penggunjung Linville Falls

Kena menyeberangi sungai melalui jembatan dalam gambar di bawah.  Dari pondok penerangan jalan dan lorong boleh tahan juga.  Selepas itu kena ikut rentak loronglah...




Akhirnya kami sampai di kawasan air terjun iaitu Linville Falls.  Linville Falls merangkumi tiga buah tingkat air terjun.  Gambar di bawah adalah air terjun aras atas sekali.  Berpeloh jugalah hendak menyampaikan ke situ.  Pak Long nampak tercunggap juga hahaha.. nasib makcik adalah juga berjalan kaki setiap hari. Tidak ramai orang ketika itu.  Bagus!  Tenang dan sejuk airnya..  Kalaulah dapat datang hari-hari di situ alangkan bagusnya..


Upper Linville Falls

Kenalah panjat gunung dan panjat tangga sedikit hendak ke air terjun itu.  Dengar deruan air terjun sudah cukup untuk menguatkan hati hendak ke situ.  Gambar bawah, itu baharu sedikit mungkin nampak mendatar sahaja.  Tetapi hati seronok bukan main.. 


Lorong sempit ke upper Linville Falls

Adalah orang tu sudah kepenatan..  Jangan ambil gambar saya katanya hahahaha.. ada ke!




Nasib baik adalah pihak negeri bina tangga batu-batu tekel untuk kemudahan penggunjung ke situ.  Licin pulak tu kerana kawasan begitu lembab dan ada lopak-lopak air.  Jangan lupa pakai sepatu bertapak khas untuk melalui tempat-tempat begitu.  Pakai selipar jepun kalau hendak mati cepat!


Lorong ke Linville Falls kedua

Berbaloi berjalan jauh-jauh panjat gunung.  Tengok sahajalah Linville Fall kedua di bahagian tengahnya.  Lagi tinggi dan besar, lagi kuat bunya air terjunnya.  Gambar di bawah menunjukkan ke dua-dua Linville Falls.


Linville Falls kedua

Gambar di bawah adalah bahagian anak sungai Linville Falls mengalir deras ke Linville Falls ketiga. Kami tidak ke situ.  Pak Long kata dia sudah rasa sei'eh hahaha penat katanya.  Rasanya Mak Long boleh lagi kalau Pak Long tidak mengalah.


Air anak sungai deras mengalir

Gambar di bawah ini sengaja Mak Long hendak tunjuk.  Gambar paku pakis banyak tumbuh berkeliaran segar biak di serata pergunungan dalam musim bunga.  Mak Long sanggup beli dan bayar USD12.00 sepasu hanya hendak buat hiasan di depat pintu rumah!  Di situ semuanya tumbuh hidup liar tidak siapa berminat...  Rusa pun tidak ingin!




Adalah sejam dua kami di situ menikmati alam hutan yang indah.  Janji jangan ada beruang hitam kejar sudahlah!  Mampus tergolek masuk gaung!  


Bunga hutan

Kami sampai Kentucky hampir petang.  Di kawasan ini masih berasa dingin walaupun sudah masuk bulan Mei.  Kami disambut mesera oleh Judy iaitu sepupu Pak Long.



















Saturday, May 19, 2018

Strawberry Festival, South Carolina

Assalamualaikum,

May 5, 2018

Strawberry Festival di South Carolina

Hari ini hari keempat kami berkembara dari rumah.  Tiga hari perjalanan dengan truck, sahaja ambil masa tiga hari.  Biasanya dua hari sahaja.  Heret motosikal sekali Pak Long hendak bagi kepada Robin dan suami.  Pak Long kata dia sudah jarang-jarang tunggang motor besar itu, lagi pun katanya tidak seronok tunggang motor sorang-sorang.  Akhir-akhir ini Mak Long pencen ikut membonceng.  Tinggal sebuah lagi motorsikal berinjin besar di rumah.  Motosikal yang ini kecil sedikit dan kurang beratnya.  Selain motorsikal ada sebuah kerusi besi (iron bench) yang Pak Long baik pulih.  Yang ini katanya hendak dihadiahkan kepada sahabatnya Tom Cruise iaitu sahabat zaman budak-budak dahulu.  Dua buah kerusi antik untuk Robin.





Seluruh badan berasa penat dan lenggoh-lenggoh walaupun sudah dapat berihat panjang sejak kami sampai ke sini (di rumah Robin) di North Carolina tengah hari semalam.  Hidup di alam tua-tua begini tenaga pun tidak seperti dulu-dulu.  Rumah kata pergi, kubur pun sudah kata mari!

Pagi ini Mak Long hampir-hampir terlepas Subuh.  Loceng jam berbunyi tetapi hati kata sekejap lagi!  Dasar iblis mengganggu!  Selepas solat, Mak Long ke dapur.  Ricky sudah bangun, Pak Long baru hendak main game mengasah otak.  Tekak terasa inginkan kopi panas, tapi ingat ini di rumah anak menantu.  Tidak berani hendak buat sebarangan.  Robin ini pelik perangianya!  Pusing balik ke bilik tidur lebih baik mandi bersihkan diri.  Awal-awal siap senang hendak ke mana-mana.  

Lepas mandi Mak Long masuk bilik tidur tengok semua siap kemas.  Heran jugak!  “Did you make the bed?”  “Yes, I just did..”.  Heran juga, selama ini dia tidak pernah kemas tempat tidur...mimpi apa agaknya...hmmm.  Kalau tiap-tiap hari macam ini bagus juga kan!





Ricky dan Robin bawa kami ke Strawberry Festival di South Carolina.  Mesti pakai sepatu untuk berjalan kalau tidak nanti sakit kaki.   Jauh juga tempat festa itu, kereta tidak dibenarkan letak dekat padang festa.  Semua kenderaan kena letak di kawasan-kawasan sekolah atau gereja yang tidak berapa jauh pun.  Dari situ kami diangkut ke padang festa dengan bas sekolah dalam gambar di atas.  Dulu-dulu masa sekolah tidak pernah naik bas sekolah, berjalan kaki sahaja.  Sudah tua baharu merasa naik bas sekolah.  Dalam bas bersih sangat rasa-rasa boleh buat baring-baring hahaha... tidak ada penyaman udara.






Ingatkan festa ini adalah banyak jual benda-benda yang berkaitan dengan strawberry atau pameran berkaitan.  Lain rupanya.  Festa seronok-seronok rupanya.  Macam-macam ada seperti fun fair kalau di Malaysia.  Jualan makanan, barang-barang karya kerja tangan dan lain-lain.
  




Mak Long kagum melihat penduduk daerah ini sangat pembersih.  Beribu penggunjung datang, tua muda, kecil besar, kebersihan padang festa itu tidak nampak sampah bertaburan.  Bahkah kalau ada sampah jatuh mereka cepat-cepat punggut cepat-cepat masukkan ke dalam tong sampah.  





Lagi satu, mereka menghormati lagu kebangsaan ketika dinyanyikan, semua orang berdiri tegak macam askar hingga tamat lagu berkumandang.

Ada pertunjukan kereta lama dan baru yang semuanya berkiut berkilat boleh bercermin.  Pak Long suka sangatlah tengok benda-benda begitu, boleh dapat idea baru.  Mak Long tidak berminat hal kereta .. membosankan.





Cuma yang satu ini (gambar di bawah) sahaja Mak Long suka.  Sekarang kereta sport "cobra" jenis ini tidak diusahakan oleh kilang lagi.  





Minat sangat dengan rumah lama ini kebetulan terletak bersebelahan festa ini.  Cantik, tenang dan redup dengan dikelilingi pokok-pokok besar dan tinggi.  Berapa umur rumah ini agaknya? 





Mak Long beli sekotak strawberry segar itu.  Rasa enak dan manisnya.  Keluar dari festa itu Ricky belanja makan fish and chips.  Udang goreng enak juga.  Kami balik ke rumah keletihan tertidur sampai zohor.













Tuesday, May 15, 2018

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum,





Selamat berpuasa di bulan Ramadan tahun 2018.  Semuga diberi keberkatan dan dirahmati Allah ibadah yang dikerjakan.. aameen ya rabbal'alamin.

Maaf dipinta jika terselit kekasaraan bahasa dalam penulisan Mak Long.  Mudah-mudahan amalan ibadah kita dipermudahkan dan diterima oleh NYA...  aminn.














Sunday, May 13, 2018

Hari Ibu 2018

Assalamualaikum,






Kaum HAWA insan istimewa
Ciptaan Illah selepas ADAM a.s
Zuriat kurniaan tidak ternilai
Bermula dari dalam rahim
Dilahir jadi insan merdeka

Wahai anak...

Dialah IBU mu
Baik dan buruk lakunya
Dia tetap IBU mu
Sayangi, hormati IBU mu
Kerana...
Syurga anak di telapak kaki IBU mu
Tiada syurga untuk mu 
Tanpa keredhaan IBU mu



SELAMAT HARI IBU
Khas buat semua wanita yang bergelar IBU