Assalamualaikum,
Tahun 2017 meninggalkan titik-titik kenangan di hati. Suka dan duka, senyum dan tangis semuanya ada. Ada usaha dan rancangan jaya tercapai, ada juga rancangan yang terpaksa dipendam buat sementara. Manusia merancang, Allah yang menentukannya. Rancangan dari Allah itu tepat dan benar tidak disangkal.
Minggu pertama tahun 2017, pada 6hb Januari suatu pagi yang amat sejuk di Christus Santa Rosa Hospital, New Braunfels Mak Long ditakdirkan menghadapi suatu pembedahan. Pembedahan pembuangan pundi hempedu, suatu idapan lama berlarutan akhirnya terpaksa akur atas nasihat pakar Dr Rossback. Cacatlah satu organ dalaman anggota ini meninggalkan tiga parut yang ketara. Beberapa pantang dan larangan dalam pengambilan permakanan diterangkan dalam bab ini. Pastinya terpaksalah mengucapkan selamat tinggal kepada permakanan yang pedas-pedas kesukaan tekak. Juga mesti mengamalkan senaman yang ringan mempercepatkan permulihan luka. Saat melalui hari-hari pemulihan yang membosankan.
Untuk menghilangkan kebosanan, sebaik sahaja berasa kesihatan pulih, Pak Long merancang membawa Mak Long ke Fort Davis, Texas melawat Pusat McDonald Observatory iaitu pusat kajian falak atau astronomi pada awal bulan Februari. Inilah lawatan pertama kami bagi tahun 2017. Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat jam lebih. Cuaca di situ tidaklah begitu sejuk dibandingkan dengan daerah kami.
|
McDonald Observatory, Ft Davis, Texas |
Bukan sahaja melawat Mc Donald Observatory, kami juga ke Big Bend Ranch sampai tersesat-sesat gara-gara mengikut 100% arah tunjuk jalan minah GPA hahaha. Waktu malam-malam pula bersejuk-sejuk konon hendak melihat sinaran pancaran lintasan cahaya yang dikatakan ajaip menerangi sekitar kawasan desert Marfa. Tidak nampak apa-apa pun!
|
South Padre Island, Texas |
Minggu pertama bulan Mei, kami mulakan pengembaraan ke Colorado dan Arizona yang mengambil masa beberapa minggu. Kami gemar mengembara melihat tempat-tempat yang tidak pernah kami pergi di luar mahu pun dalam negeri.
Tempat pertama dalam lawatan ini ialah Canon City, Colorado di mana kami merancang menaiki keretapi melalui persekitaran pergunungan The Royal Gorge.
|
Keretapi di The Royal Gorge |
Selain dari itu kami berpeluang memandu kereta di jalan sempit, tinggi dan merbahaya di Skyline Drive. Seram juga kerana lebar jalan itu hanya muat-muat untuk sebuah kenderaan kecil sahaja tetapi seronok.
|
The Skyline Drive, Canon City, Colorado |
Dari Canyon City kami perjalanan menuju ke pergunungan Pikes Peak dengan menaiki keretapi rail Pikes Peak Cog. Sayangnya kami tidak dapat terus ke puncak Pikes Peak disebabkan salji tebal menutupi landasan keretapi selepas mengalami ribut salji sebelum kami sampai ke situ. Cuaca sejuk dan kabus pula tebal. Terasa tidak puas hati, kita datang dari jauh-jauh tidak dapat menikmati yang dirancang.
|
Keretapi Pikes Peak Cog |
Kami mengambil keputusan untuk naik ke Pikes Peak juga dengan memandu kereta sendiri. Pemandangan pergunungan tersebut nyata tidak menghampakan walaupun jalan masih licin dan merbahaya memerlukan Pak Long lebih berhati-hati memandu. Allah hu indahnya ciptaan Allah. Kami sampai hampir ke puncak Pikes Peak kira-kira satu batu sahaja lagi hendak sampai ke puncak. Perjalanan kami terhalang kerana jalan ke situ ditutup disebabkan salji dan air batu tebal menutupi jalanraya.
|
Pintu mask ke Lebuhraya Pikes Peak |
Dari Pikes Peak kami ke Durango untuk menaiki keretapi antik dari Durango ke Silverton City. Tiket sudah ditempah awal-awal lagi supaya tidak terlepas peluang. Ini adalah kali kedua kami menaiki kereta di situ di mana kali pertama itu kami tidak sampai ke Silverton City disebabkan masaalah yang sama, salji menimbusi jalan keretapi dan kawasan ditutup. Gambar di bawah adalah perjalanan kami menaiki keretapi dari Durango, Colorado melalui hutan pergunungan ke Bandar Silverton, Colorado. Menaiki keretapi adalah suatu kegemaran yang kami kongsi bersama dan kami tidak akan melepaskan peluang naik keretapi.
|
Durango/Silverton Train Ride |
Silverton City adalah sebuah bandar tua yang pada suatu ketika dahulu adalah sebuah bandar yang gemilang dengan perlombongan perak. Tetapi sekarang perlombongan sudah tiada yang tinggal hanya bangunan-bangunan lama. Sungguh pun begitu masih ramai penduduk yang tinggal di situ. Seorang penduduk di situ memberitahu kami pada tahun 2016 salji turun dengan lebat setinggi lebih 30 kaki menjejaki dua tingkat bangunan. Mereka terperangkap beberapa minggu tanpa kuasa letrik. Menurut kata mereka lagi mereka sudah peka dengan keadaan begitu.
|
Silverton City, Colorado |
Kami singgah lagi hampir setengah hari di Royal Gorge, Colorado. Kali ini kami berjalan kaki menyeberangi jembatan gantung dipanggil The Royal Gorge Hanging Bridge. Sayup mata memandang di bahagian bawah jambatan itu di mana beberapa hari dahulu kami menaiki keretapi di situ. Gambar bawah ialah jambatan gantung The Royal Gorge.
|
Royal Gorge, Colorado |
Dari Colorado kami mulai perjalanan pulang ke Texas melalui dan berhenti di beberapa tempat yang kami fikirkan patut kami singgah. Antaranya ialah The Four Corner Monument di mana empat penjuru sempadan negeri iaitu Arizona, New Mexico, Utah dan Colorado bertemu penjuru sempadannya.
|
The Four Corners Monument |
Kemudian perjalanan kami ke Jerome, Arizona sebuah kawasan lombong arang batu dan emas lama di mana pada suatu masa dahulu adalah juga sebuah bandar yang maju dengan penduduk yang ramai. Seperti tempat perlombongan-perlombongan lain, Jerome juga menghadapi masaalah yang serupa. Kerja-kerja perlombongan memerlukan mengali lombong yang dalam ke perut bumi. Apabila itu berlaku, ia merbahayakan permukaan bumi. Banyak peristiwa tanah runtuh yang mengerikan. Oleh kerana itu kerajaan mengistiharkan tidak selamat untuk terus tinggal di tempat itu. Namun begitu masih ramai penduduk yang tinggal menetap di situ. Tidak hairanlah ramai pelancung-pelancung dari dalam dan luar negeri datang berkunjung. Memang pemandangan di situ sungguh menarik dan indah sekali. Terdapat bangunan hotel dan rumah-rumah lama terlalu rapat di jalan-jalan sempit dan berliku seperti ular.
|
Jerome, Arizona |
Gambar di bawah ialah pemandangan sebelum masuk ke kawasan Jerome.
|
Jerome, Arizona |
Belum pun hilang lagi rasa letih pada 24hb Mei, Pak Long ajak pula saja-saja ke Bandar Laredo, Texas. Di sana kami hanya bermalam satu malam sahaja. Di bawah ini adalah binatang ternakan di ladang ternakan khas untuk dijadikan binatang buruan, suatu sukan kegemaran orang Texas.
|
Kambing Biri-biri dan beberapa jenis binatang untuk berburu |
|
Sungei pemisah antara dua Negara Texas USA dan Mexico |
Satu hari dalam musim panas kami ke Bandar San Antonio dan bermalam di sana. San Antonio ialah sebuah bandar tua yang menyimpan banyak khazanah dan sejarah Texas "The Alamo".
|
The Alamo, San Antonio |
Pertengahan bulan Jun, menerima berita gembira tentang kelahiran cucu sulong anakanda kepada anak saudara kesayangan Mak Long Muhammad Fauzan.
|
Muhammad Farish |
Awal Julai berita kurang baik dari kampung ... Emak tenat memanggil Mak Long pulang ke tanahair untuk bersama Emak dan keluarga di sana. Tiga bulan lebih Mak Long di kampung menjaga Emak.
|
Kuala Lumpur |
Sambutan Hari Raya Haji pada 2hb September kami berdua beranak menyambut hari mulia di kamar Hospital KPJ, Muar lantaran Emak diserang sesak nafas disebabkan paru-paru berair dan tahap oxygen dalam badan beliau rendah. Emak dibenarkan keluar dari hospital atas permintaan Emak sendiri, kami juga berusaha mendapatkan bantuan seorang Ustaz membantu Emak. Mengadakan bacaan Yassin dari orang-orang kampung di rumah.
30hb September adalah hari yang paling sedih buat kami sekeluarga. .. Inna lilla wa inna illaihiro jioon Ibunda tersayang telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.. Al-Fatihah .. semuga Allah mengampuni dosa dan tempatkan arwah di kalangan mereka orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah.
Permergian arwah Emak meninggalkan tekanan yang dalam. Parah rasanya.. Hati ini benar-benar berasa tidak ada apa lagi keperluan untuk Mak Long terus berada di kampung... Memang berat hati ini hendak meninggalkan rumah tua tempat kami adik-beradik dibesarkan. Kesedihan membalut hati dan jiwa. Terbayang dan terngiang-giang di benakan waktu-waktu bersama arwah, membersihkan luka "bed sore", membalut serta menyapu ubat, menukar pakaian arwah setiap hari. Sapu bedak wangi dan mencium pipi arwah apabila selesai. Membancuh susu mengikut masa yang ditentukan. Aduhai boleh buat kita sakit dan meletihkan fikiran.....
Di Kuala Lumpur Mak Long berpeluang berjumpa dan berkumpul dengan tiga orang sahabat rapat sekelas. Kami membesar dengan makan nasi kawah berpuluh tahun dahulu. Merekalah yang berusaha mengatur pertemuan tersebut untuk mengiratkan hubungan silarturrahim yang lama. Pertemuai diadakan di Restauran Sapura, Taman Melawati berhampiran dengan rumah kami.
|
Kiri: Naem, Moon. Kanan: Mak Long, Nul |
17hb Oktober Mak Long pulang ke Texas kepangkuan suami yang setia menunggu. Inilah kali pertama kami berpisah lama... memang kerinduan kami amat terasa hahaha dah tua-tua pun masih rindu-rinduan! Beberapa hari setelah pulang, Mak Long sakit dan tidak sihat beberapa minggu. Mungkin kerana terlalu keletihan tanpa rehat ketika di kampung. Al-maklumlah kita bukanlah muda lagi...
Apabila berasa segar kami ke Hot Spring, Arkansas dan Branson, Missouri. Tetapi baru sahaja tiga hari di sana Mak Long berasa tidak larat terpaksa pusing balik ke rumah. Belum berapa baik lagi gamaknya.
1. Hot Spring, Arkansas
2. Natural Bridge, Arkansas
|
Natural Bridge, Arkansas |
3. Fantastic Cavern, Missouri
Gua Fantastic telah ditemui oleh beberapa orang wanita. Pelawat-pelawat dibawa masuk ke dalam gua dengan kereta jenis jeep...tidak penat kaki berjalan. Cantik di dalam gua itu.
|
Fantastic Cavern |
4. Train Ride, Branson, Missouri
|
Branson Train Station, Missouri |
5. Wiggley House, Eureka Spring, Arkansas
Dalam perjalanan balik kami berkesempatan singgah di Eureka Spring, Arkansas. Sebenarnya sudah beberapa kali kami ke situ. Eureka Spring mempunyai tarikan istimewa di mana ramai penggunjung datang ke situ atas perbagai sebab.
Kami singgah di sebuah rumah pelik dan unik yang dibina oleh seorang wanita bersama anak lelakinya. Bahagian dinding luar rumah dibina dari sepihan ketulan batu, kulit siput dan berbagai jenis kaca yang diambil dari sungai, laut dan lain-lain tempat. Bahagian dalam rumah pula di tepi tingkap tingkat bawah ditanam berbagai jenis pokok tropika, kini tanaman itu sudah tinggi hampir ke tingkat atas. Di keliling kawasan luar rumah juga terdapat berbagai bentuk ukiran dan gubahan dari batu-batu kecil. Memang unik!
|
Wigley House, Eureka Spring, Arkansas |
Akhir bulan November cuti "Thanks Giving", Icah cuti panjang. "Mom, jom kita pergi ke Marfa dan Ft Davis, Icah belanja...". Sebenarnya Mak Long lebih suka rehat di rumah sahaja. Tidak sampai hati menghampakan permintaan anak. Jadi sekali lagi kami bercuti di Marfa dan Ft Davis di barat Texas, dua kali ke situ dalam setahun. November abdallah musim luruh cuaca mulai sejuk jadi kenalah bersedia dengan pakaian yang bersesuaian. Marfa adalah bandar bagi orang-orang berjiwa seni... berbagai macam seni.. seni lukis entah apa-apa seni lagi...
|
Kotak dari simen ... 3D katanya.. |
3hb December sekali lagi menerima berita gembira dan istimewa dengan kelahiran cucu kedua... alhamdulillah. Tahun ini keluarga kami bertambah dua orang cucu lelaki Muhammad Farisha dan cucu perempuan Aisha Faqiha yang comel.
Musim sejuk tahun ini adalah tahun yang paling sejuk sekali sejak kami pindah di daerah Texas Hill Country. 7hb dan 8hb Decembar, salji turun menyelimuti seluruh bumi Texas Hill Country. Cantik tetapi sejuk....
Muga tahun 2018 akan lebih baik daripada tahun-tahun lepas, in sha Allah .... aamiin.
Assalamu'alaikum Maklong...
ReplyDeleteBegitulah kehidupan. Ada fasa gembira dan ada fasa sedih.
Saya juga mengharapkan 2018 ini akan jauh lebih 'menggembirakan' berbanding 2017 yang telah ditinggalkan...
Amin. Mudah-mudahan dimkabulkan doa dan harapan kita.
DeleteMacam-macam bentuk keretapi kat sana kan...unik
ReplyDeleteYer..
DeleteAssalamulaikum Mak Long,
ReplyDeleteSaya ni bercadang nk travel ke Texas dalam tahun ni, InshaAllah kalu diizinkan. Mak long recommed tak saya pergi sorang2? Ape yang best kat Texas mak long? makanan halal macam ne? bole maklong share x? Ty mak long
Waalaikumsalam Virda.
DeleteZaman serba canggih memudahkan kita mengembara di mana sahaja. Ramai anak-anak muda mengembara sendirian dan Mak Long tidak nampak apa salahnya. Yang penting sebelum sesuatu perjalanan dilakukan hendaklah membuat persiapan terperinci terutama dari segi keselamatan diri kiranya pergi seorang. Texas sebuah negeri yang besar mengandungi pelbagai keunikan tersendiri. Maksudnya mahu di metropolitan atau di luar bandar. Memerlukan kenderaan sendiri kiranya ingin meluaskan langkah. Di bandar besar mudah dapat makan halal. Di tempat-tempat kecil kenalah berhati-hati kerana tidak ada makanan halal.