Assalamualaikum,
Catatan berkaitan “Emak” ini dan beberapa turutan daripada ini hanyalah catatan untuk Mak Long sekeluarga memperingati hari-hari terakhir hayat Emak kami. Mak Long masih merasi kesugulan atas perginya ibunda tersayang kembali ke pangkuan Illahi.
Dari catatan:
Tarikh 17.07.17 (Isnin)
Sudah empat hari kami berada di rumah Emak di kampung. Rumah ini terlalu sunyi dan kosong... maklumlah rumah tinggal tanpa penghuni beberapa tahun. Walaupun sesekali ada juga adik-adik terutama Pakcik datang menjengok rumah tersebut. Sayang rumah induk ini tinggal kosong, tetapi apalah daya, masing-masing dalam keluarga sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Keadaan Emak sangat membimbangkan kami sekeluarga. Beliau terlalu lemah tidak bermaya walau untuk membuka mata. Usaha kami dalam masa yang singkat mencari untuk mendapatkan bantuan merawat Emak di rumah dari pihak perubatan berhasil dengan baik daripada "homecare service" Hospital KPJ, Muar. Mak Long memang berpuas hati dengan khidmat yang mereka berikan walaupun jururawat bertugas itu adalah seorang lelaki. Buat masa ini di Malaysia tidak ramai lelaki mahu menjadi jururawat. Kalau di negara barat terutama di Amerika Syarikat memang ramai jururawat lelaki.
Keadaan Emak sangat membimbangkan kami sekeluarga. Beliau terlalu lemah tidak bermaya walau untuk membuka mata. Usaha kami dalam masa yang singkat mencari untuk mendapatkan bantuan merawat Emak di rumah dari pihak perubatan berhasil dengan baik daripada "homecare service" Hospital KPJ, Muar. Mak Long memang berpuas hati dengan khidmat yang mereka berikan walaupun jururawat bertugas itu adalah seorang lelaki. Buat masa ini di Malaysia tidak ramai lelaki mahu menjadi jururawat. Kalau di negara barat terutama di Amerika Syarikat memang ramai jururawat lelaki.
Nasir nama jururawat yang bertugas menasihatkan kami agar membawa Emak ke Hospital KPJ untuk rawatan lanjut pada luka “bedsore” agar tidak melarat lebih teruk. Terdapat kulit mati di keliling luka mengeluarkan bau yang tidak enak. Tambahan kebetulan pula banyak lalat bertandang mungkin kerana bau. Kami setuju dan Nasir menguruskan kemasukan Emak ke hospital hari yang sama. Ambulan juga diurus oleh Nasir. Segala-galanya berjalan lancar dan Emak dibawa ke hospital. Kali kedua Mak Long naik ambulan. Amboii lajunya ambulan!
Sebaik sampai sahaja di hospital, Emak segera dibawa ke bilik rawatan cemas dan pertugas-pertugas terlibat menjalankan tugas mereka tanpa berlengah-lengah. Sementara itu kami duduk menunggu di bilik menunggu yang letaknya tidak berapa jauh dari bilik rawatan kecemasan. Lama jugalah kami menunggu hingga mata Mak Long naik mengantuk tersenggut-senggut.... hahaha nasib baik tak tumbang ke lantai...
Doktor bertugas datang menemui kami dan memberi keterangan keadaan Emak. Atas nasihatnya Emak dimasukkan wad.
Oleh kerana Mak Long tidak ada tanggung-jawab keluarga ketika ini, maka tugas meneman dan menjaga Emak di hospital adalah tugas Mak Long. Busu adik bungsu Mak Long pun hendak teman sama.. bagus juga tidaklah Mak Long sesorang bersama Emak di wad. Busu pula telah mengambil cuti selama sebulan untuk bersama-sama jaga Emak.
18/7/17 (Selasa)
Kami bermalam di hospital KPJ menemani Emak. Keadaan emak menurut Dr Mujahit adalah setabil selepas diberi rawatan rapi ketika masuk di wad emergency tengahari semalam. Emak ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 3 yang menempatkan dua buah katil sebilik. Keadaan bilik rawatan itu sangat memuaskan dan selesa untuk Emak.
Kata doktor Emak menghadapi kekurang oxygen dan kini mendapat bantuan oxygen. Aras oxygen dalam tubuh Emak adalah 88% sahaja, patutlah macam susah beliau hendak bernafas dan letih. Selain dari itu idapan yang terbesar adalah luka dari bedsore teruk di bahagian bawah belakang selepas ketidak berkesannya rawatan dari hospital besar Kuala Lumpur yang sangat mengeciwakan kami. Ketiganya paru-paru Emak berair.
Rawatan yang dijadualkan hari ini sebagai yang diterangkan dan cadangan Dr Mujahit ialah pembedahan kecil bagi membuang daging dan kulit yang sudah buruk berwarna hitam itu. Keterangan lajut lagi mengenai keadaan Emak yang lemah termasuk juga faktur usia tua kemungkinan beberapa masaalah akan menyusul ketika atau selepas pembedahan. Ubat bius akan diberi hanya di tempat luka sahaja. Bermakna Emak sedar ketika pembedahan sedang dijalankan. Diberitahu juga Emak kekurangan darah hanya 8.5 sahaja dan akan menerima kemasukan bantuan darah sebanyak sebotol. Mak Long menawarkan darah sendiri untuk membantu Emak, tetapi Dr Mujahit berkata mengguna darah dari keluarga terdekat tidak digalakan atas beberapa faktur. Sekiranya ada berlaku serangan sakit jatung ketika pembedahan sedang dilakukan mereka tidak akan memberi rawatan CPR kerana dikuatiri akan memberi risiko yang tinggi seperti patah tulang selangka Emak yang juga mengidap sakit tulang (osteoporosis). Aduhai sedihnya... hanya kepada Allah SWT sahaja kami berserah. Semuga Allah Pencipta yang maha berkuasa dan maha mengesihani melepas segala penderitaan kesakitan Emak. Kami sekeluarga redha...
No comments:
Post a Comment