Assalamualaikum,
Sembang Kami
Minggu ini Icah balik rumah. Mak Long seronok sangat setiap kali Icah balik. Dialah intan payong terdekat sekali di negara ini. Mak long kerap berfikir kalaulah badan dan jiwa ini boleh dibelah dua sama banyak, pasti yang sebelah lagi itu hendak diletakkan di tanah air untuk Emak dan keluarga di sana.
Semalam Pak Long belanja makan di restauran Gennaro's menghidangkan makanan Itali kegemaran kami sekeluarga. Hari ini pagi-pagi Icah tanya hendak buat apa hari ini. "Apa-apa saja.." jawab Pak Long.
Setengah jam kemudian terdengar becok dengan gelak ketawa di hadapan garaj. Mesera hubungan antara anak dan bapa buat si ibu senyum senang. Tengah cuci kereta... mula-mula cuci kereta Icah kemudian kereta kami. Berkilat boleh buat cermin kedua-dua kenderaan punyalah bersih.
Bila selesai kerja, Mak Long bagi mereka kopi panas seorang satu mug sambil duduk sembang-sembang anak beranak.
Dad........ Tau tak possum boleh buat pura-pura mati kejong bila diganggu?
Icah........ yer ke?
Dad........ yer. Zaman bebudak dulu, Dad dan kawan-kawan biasa cari possum dan jual pada seorang lelaki kulit hitam.
Icah....... Dia makan possum?
Dad........ Ramai orang sini makan binatang tu.
Icah........ Eeeuuu gelinya......
Dad......... satu hari kami dapat seekor possum gemok. Kawan usik opasm dengan kayu. Possum pura-pura buat mati tidak bergerak sedikit pun. Lepas tu kami terus ke rumah orang hitam tu. Dia tanya "Is it still fresh?" "Ya, ya it is...". Jawab kami serentak sambil tunjukan haiwan itu kepadanya. "OK I take it!"
Mak Long... Dia bayar?
Dad......... Ya, ya ... a dollar. Cukup beli minyak isi truck buruk yang kami kongsi sama. Kami merambu tak balik rumah selagi gas tak habis.
Assalamu'alaikum Mak Long...
ReplyDeleteseronoknya bila kemesraan itu ujud dengan cara yang santai... :)
Waalaikumsalam Kakcik. Alhamdulillah... Pak Long sentiasa ingatkan agar kami sentiasa bertanya kabar mengiratkan perhubungan silaturrahim sesama.
DeleteIts a beautiful picture seeing father and daughter bonding . Not all people are lucky .May the bond between Icah and PakLong n Maklong be sweet and strong.
ReplyDeleteAameen.. mudah-mudahan jalinan kasih sayang keluarga sentiasa erat. Membuat hati seorang ibu senang dan sentiasa bersyukur.
DeleteOoooo.... trak tu pakai gas eh?
ReplyDelete(okey, okey... uncle hanya berseloroh....)
Uncle gedek, orang sini guna perkataan gas untuk minyak kereta. Hahahaha Kereta pakai leterik pun dah ada nama Tesla, laju oooo
DeleteAs Salam Mak Long,
ReplyDeleteIsn't it wonderful? Quality time together with lots of stories to tell. Great!
Hank
Waalaikumsalam Hank,
DeleteLife is short and time is limited
Berbahagialah Mak Long......tak semua keluarga sebegitu! Cherish!
ReplyDeleteAlhamdulillah Uncle. Memang banyak kena berkurban "memberi dan menerima" segala ragam dalam keluarga. Sebagai seorang ibu sanggup berkurban dan meletakkan kepentingan dirinya paling akhir sekali selepas keluarganya.
Delete