Pages

Sunday, March 19, 2017

Sembang Kami

Assalamualaikum,

Pepagi buta hari ini sebelum sarapan teringin pula timbang berat badan.  Ehh.....  Betulkah nombol yang Mak Long tengok nih?  Amboiii sedap aje dia tunjuk numbol kasar ke kite!  Inilah padahnya kalau lupa diri....  Sudah sampai masa bersihkan peti sejuk dan almari makanan hari ini juga....

Him:        What's wrong?

Her:         I am over weight! 

Him:        What did the weigh scale show you?  

Her:        Ugly big numbers... NO more DQ ice cream for me!

Him:       I still love you .... a little bit more... (muka selamba saja buat mak tua ini lagi sedih)

Makanya inilah antara permulaan cara permakanan untuk sarapan pagi.  Semangat berkobar-kobar nanti ada sahaja yang tayang-tayang makan ice cream depan mata!  Makan tengahari dan makan malam akan lebih berhati-hati... ala sedihnya.  Sementara ini tidak ada lagi makan roti bakar, nasi, kek dan segala zat yang suka menempel di badan...  



Sarapan seceput!
Dadih + sedikit walnut dan bijiran chia

Menu sarapan seterusnya dimulai dengan meminum teh hijau campur dengan perahan jus lemon ketika perut masih kosong.  


Makan tengahari dan malam
Sop kekacang bercampur sayuran 

Selalunya cara begini dapat menurunkan berat badan.  Alahai waktu umur tua-tua begini bertingkat-tingkat masaalah hendak menurunkan berat badan.  Berpuasa sunat pun lagilah baik.  Dulu-dulu cumalah kurangkan makan dan perbanyakan senaman mudah lemak cair.  

Sebenarnya di kala umur kita sudah jauh ke penghujung amat perlu menjaga kesihatan dan  berusaha untuk berriadah setiap hari, serta sentiasa berusaha memperbanyakan amalan untuk bekalan di sana nanti.  Berusaha memperbaiki diri sendiri baik dari segi kesihatan mahu pun dari segi akhirat supaya nanti kita tidak menyusahkan orang-orang yang kita sayang.  
















Saturday, March 4, 2017

Sembang Kami

Assalamualaikum,

Sembang Kami

Minggu ini Icah balik rumah.  Mak Long seronok sangat setiap kali Icah balik.  Dialah intan payong terdekat sekali di negara ini.  Mak long kerap berfikir kalaulah badan dan jiwa ini boleh dibelah dua sama banyak, pasti yang sebelah lagi itu hendak diletakkan di tanah air untuk Emak dan keluarga di sana.  

Semalam Pak Long belanja makan di restauran Gennaro's menghidangkan makanan Itali kegemaran kami sekeluarga.  Hari ini pagi-pagi Icah tanya hendak buat apa hari ini.  "Apa-apa saja.." jawab Pak Long.  

Setengah jam kemudian terdengar becok dengan gelak ketawa di hadapan garaj.  Mesera hubungan antara anak dan bapa buat si ibu senyum senang.  Tengah cuci kereta...  mula-mula cuci kereta Icah kemudian kereta kami.  Berkilat boleh buat cermin kedua-dua kenderaan punyalah bersih.

Bila selesai kerja, Mak Long bagi mereka kopi panas seorang satu mug sambil duduk sembang-sembang anak beranak.






Dad........   Tau tak possum boleh buat pura-pura mati kejong bila diganggu?

Icah........   yer ke?

Dad........  yer.  Zaman bebudak dulu, Dad dan kawan-kawan biasa cari possum dan jual pada seorang lelaki kulit hitam.  

Icah.......   Dia makan possum?

Dad........  Ramai orang sini makan binatang tu.

Icah........  Eeeuuu gelinya...... 

Dad......... satu hari kami dapat seekor possum gemok.  Kawan usik opasm dengan kayu.  Possum pura-pura buat mati tidak bergerak sedikit pun.  Lepas tu kami terus ke rumah orang hitam tu.  Dia tanya "Is it still fresh?"  "Ya, ya it is...". Jawab kami serentak sambil tunjukan haiwan itu kepadanya.   "OK I take it!"

Mak Long... Dia bayar?

Dad.........  Ya, ya ... a dollar.  Cukup beli minyak isi truck buruk yang kami kongsi sama.  Kami merambu tak balik rumah selagi gas tak habis.









McDonald Obsevatory

Assalamualaikum,

Dari catatan:



Lebih seminggu Pak Long mula berangan hendak memanjangkan langkah.  Hampir setiap hari masa lapang mengadap komputer tengok peta Texas... mencari dan mengkaji tempat-tempat yang belum pernah kami sampai lagi.  Musim sejuk, aktiviti luar agak lembab disebabkan cuaca buruk (angin kuat dan hujan) walau pun tahun ini boleh dianggap musim sejuk sederhana tidak melibatkan salji turun.  Tapak kaki Pak Long mulalah gatal hendak berjalan jauh. Cadangannya kami ke Fort Davis di Barat Texas, perjalanan tidak berapa jauh, tidak mengambil berjam-jam hendak keluar dari Texas dan tidak pula terlalu sejuk.    Mak Long anggok sahaja.  Maka hari Khamis baru-baru ini kami pun bertolaklah.  Pukul sembilan pagi baru kami bertolak dari rumah.  Brenda, jiran kami, pagi-pagi lagi sudah ketuk pintu bertanya kalau kami perlu bantuannya sepanjang pemergian kami.  Begitulah biasanya dia sentiasa bermurah hati untuk memberi bantuan tanpa diminta.  Alhamdulillah dapat jiran yang baik dan bertimbang rasa.

Kami menyusur jalanraya daerah bandar-bandar kecil seperti Rockspring bahagian South/Western Texas di mana kedudukannya hampir sempadan dua negara antara Texas dan Mexico.  Penduduk di situ rata-rata orang Mexican rakyat America.  Terdapat banyak "ranch" (ladang ternak) yang luas di mana ternakan utama ialah lembu, kambing, kambing biri-biri, dan binatang-binatang eksotik seperti rusa dan scimitar-horned oryx sebagai sumba ekonomi di situ.  Mana kala ternakan rusa eksotik dan binatang eksotik lain pula, mereka jadikan ladang ternakan sebagai taman lipur tempat memburu binatang (exotic animals game).  Kami berhenti di salah satu ladang ternakan  Hyde Lazy H Ranch.  Di situ beberapa jenis ternakan ada.





Dalam gambar di bawah adalah ternakan yang kami lihat, iaitu lembu, kambing biri-biri dan scimitar oryx sejenis haiwan besar sedikit dari sais kambing dan rusa biasa tetapi ia mempunyai tanduk panjang melengkong ke belakang.  Cantik rupanya.  Mak Long google tentang binatang ini kerana nama dan rupa unik mereka.  Rupanya haiwan ini banyak di Afrika dan negara-negara berhawa padang pasir.  Sayangnya di Afrika haiwan ini hampir pupus.  Menurut google dagingnya sangat enak dan tidak ada dijual di pasar-pasar.  Usaha untuk mengembalikan bilangannya, Texas telah menyahut cabaran itu.  Haiwan ini termasuk dalam senarai haiwan eksotik iaitu haiwan bukan asli di sesuatu tempat.  Di Texas haiwan ini dijadikan sebagai binatang buruan yang mengaut bayaran dan keuntungan yang lumaian.   




Antara bandar yang dilalui adalah Bandar Del Rio.  Jalanraya Daerah Del Rio terdapat perhentian pemeriksaan imigresen "Boarder Control" menjalani tugas mereka.  Setiap kenderaan dan pejalan kaki diperiksa ketat.  Khidmat anjing polis (K-9) turut digunakan.  Banyak kamera mengawasi di setiap sudut kawasan itu, jadi tidak ada peluang hendak buat hal yang tidak baik.  Adalah penting setiap orang membawa kad pengenalan diri untuk mengelakan sebarang masaalah, terutama keadaan isu pendatang haram masuk dalam negeri terkini.







Kami diberitahu, tuan-tuan punya ladang ternak di daerah-daerah berhampiran dengan sempadan sering menghadapi masaalah dan bahaya dari pendatang haram dari Mexico.  Mereka berani mati berjalan kaki meredah cuaca panas gurun ke daerah ladang ternakan demi mengejar kehidupan yang lebih senang.  Apabila keadaan terdesak mereka sering mengganggu peladang, mengetuk pintu rumah meminta sesuatu atau sengaja melakukan jenayah.  Pihak polis pula tidak dapat membantu segera kerana tempat-tempat itu nun terlalu jauh dari rada kawalan pihak berkuasa.  Sebuah tasik iaitu Lake Amistate berkongsi sempadan antara Texas dan Mexico.  Di situ jugalah banyak penjenayaan berlaku.

Dulu-dulu Mak Long belas kasihan kepada pendatang-pendatang yang berkurban hendak masuk ke negara kita Malaysia mahu pun ke dalam negara "angkat" yang Mak Long hidup kini untuk mencari kesenangan hidup di dunia (?).  Tetapi tidak lagi!  Kalau kita hendak masuk ke satu-satu negara biarlah mengikut cara yang betul dan sah, serta hendaklah menghormati undang-undang negara kita atau negara mereka.  Terlalu banyak penjenayahan yang mereka lakukan.  Di negara kita dulu terutama di kampung-kampung jarang berlaku penjenayahan pecah rumah, kecurian, pembunuhan, kini keadaan begitu sudah jadi suatu perkara biasa.  Malah Malaysia kini telah dinobatkan antara negara yang paling banyak penjenayahan di dunia.


Tasik Amistad, sebelah Texas

Sebelum sampai ke tempat dituju kami singgah di sebuah tempat bersejarah Justice Roy Bean buat kali kedua.  Menurut lagenda seorang hakim sewel bernama Judge Roy Bean menjalani urusan pengadilan mahkamah di dewan minum arak (gambar di bawah) yang juga dewan tempat bermain bola 'tonjol' (billiard).  Beliau memanggil dirinya "The Law West of the Pecos"


Dewan minum arak


Manakala gambar di bawah ini ialah rumah kediaman beliau.  Kelihatan sahaja rumah itu besar.  Sebenarnya tidaklah begitu.  Ada satu bilik kecil dengan sebuah katil besi bujang kecil, bantal lembek lusuh dan kain cadar kapas keras.  Itu sahaja.





Rumah kediaman Judge Roy Bean

Kami sampai di Bandar Alpine lebih kurang pukul tiga setengah petang.  Di bandar ini kami jadikan tempat tinggal sementara selama dua hari, mudah hendak bergerak ke Fort Davis, Marfa dan Big Bend iaitu kawasan lawatan kami kali ini.  Petang itu kami merayau-rayau sekitar Bandar Alpine.  Bandar Alpine adalah sebuah bandar cowboy lama, berhabuk, bagunan lama dan tidak kelihatan bangunan baru dan moden.  Dalam keadaan begitu jangan haraplah ada menjual makanan halal.  Mujur kami bawa bekalan!    

Sebelah petang pula selepas Maghrib, kami ke Marfa sebuah daerah bersebelahan dengan Daerah Alpine.  Kononnya hendak menyaksikan cahaya ajaib berbentuk bebola menjelema waktu malam di tengah-tengah kawasan gurun di Marfa.  Menurut cerita, cahaya itu menjelema dengan pelbagai warna putih, biru, kuning, merah dan lain-lain.  Orang Red Indian dan beberapa penduduk tempatan mengesahkan perkara itu ada.  Lama juga kami di situ, tunggu kalau benar cerita mereka .... tidak ada apa-apa pun.  Maka baliklah kami ke hotel, buat sejuk tulang aja..



Marfa


Jumaat - 10hb Januari

Agenda selepas sarapan kami bertolak ke Big Bend Ranch State Park.  Kami belum pernah ke situ.  Big Bend terbahagi kepada dua taman gurun iaitu Big Bend National Park dan Big Bend Ranch State Park.

Pak Long sudah siap pasang minah GPS penunjuk-rah kami ... hahahaha.  Terlalu sangat kami bergantung kepada minah GPS!  Sebelum ini pun beliau sudah google terlebih dahulu jalan menuju ke situ.  Manalah tahu si minah GPS buat hal pula.  Terdapat beberapa arah sahih ke situ.  Dengan penuh semangat kami mulakan perjalanan mendengar setiap perkataan arahan minah GPS... belok kiri, belok kanan, teruskan jalan dan lain-lain.  Kami juga berasa yakin memang tidak sesatnya.  Perjalanan dari hotel jalanrayanya besar, pemandangan di kiri kanan padang gurun atau "desert" dalam bahasa Inggeris pun cantik.


Jalanraya lurus, saujana mata memandang

Perjalanan kami semakin jauh pendalaman, masuk dalam kawasan gurun dan jalanraya cantik bertar tadi sudah bertukar menjadi jalan berpasir bercampur tanah debu halus.  Berkepul-kepul debu tebal berterbangan di belakang kami, kereta pun apa lagi, bergelumang jadi macam kuih tepung gomang.


Jalanraya tanah pasir berdebu


Pemandangan, masya Allah indahnya ciptaan Allah yang esa tidak terkata. Tumbuhan di situ berbeza jenis dan rupa dari tumbuhan di lembah subur.  Di gurun tanahnya gersang kering kontang oleh cuaca terlalu panas serta berbatu.  Yang mampu tumbuh hanyalah tumbuhan berjenis cactus dan tumbuhan yang tidak memerlukan air sangat.  Namun suasana tetap menawan ditambah dengan hidupan binatang liar seperti singa gunung, kambing gurun, arnab berliaran dan ungas-ungas berterbangan.  Rahsia Allah yang tiada siapa mengetahui, kita dapat menikmati kekayaan Nya dengan izin Nya jua.

Jalanraya tanah berlorong dua yang kami lalui semakin kecil menjadi lorong satu lorong sempit, muat-muat untuk sebuah kenderaan lalu.  Tetapi hati kami masih ingin mengetahui apakah yang ada di hujung sana?  Kenapa minah GPS tidak mengubah hala perjalanan kami?  Suasana lenggang tiada satu pun kenderaan lain lalu di situ.  Pelik jugak!  Tetapi kami tetap hendak tahu apakah di hadapan sana?  Akhirnya kami sampai suatu tempat dan berhenti di hadapan sebuah papan tanda seperti di dalam gambar di bawah ini...



Posted - No Trespassing!

Tidak masuk akal betul, jalan yang kami lalui ialah jalanraya kerajaan cuma tidak sempurna.  Hairan benar, tetapi kami teruskan juga ke hadapan sebab hendak tahu kesudahannya.   Tidak berapa jauh sampai di satu simpang jalan, kami berhenti di situ.. tidak ada papan tanda arah jalan.  Jalan mana satu yang hendak kami lalui.  Habislah!!  Pak Long pandang Mak Long "what do you think?  Which way?"  Hahaha Mak Long pun sama bingong!  "Let's take the right one...". Oookkkk...  Kami masuk jalan itu.  Pak Long berhentikan kereta, alamak jalan mati!  Kah kah kah..... Apa dah jadi?  Terpaksalah pusing balik semula ke persimpangan tadi.  Kami masuk jalan sebelah kiri pula!  Pelan-pelan dan berhati-hati Pak Long memandu ..aduhai teruknya jalan, melambong-lambong kami!  Tanpa ikatan tali pinggang keledar mungkin pasti kami sudah melambung terkeluar kereta!  Tidak sampai sebatu jauhnya kami tidak boleh teruskan perjalanan lagi.  Aduh pening kepala Mak Long hahaha....  Papan tanda sebesar-besar papan tanda memberitahu "Big Bend Ranch State Park".  Biar betul!  Hah!  Gate kunci be!  Rantai besi diikat pada mangga kunci besar.  Siap ada papan tanda lagi dengan arahan dan amaran ketika berada di taman lipur gurun itu.  Kelakar betul!  Nak tahu?  Rupa-rupanya kami berada di bahagian belakang taman lipur gurun itu... aduiiii mak!

Kami pusing baliklah lalui semula jalanraya yang boleh mencabut urat perut, goyang memulas.  Tiada satu pun kenderaan lain lalu lalang melain sebuah truck buruk menarik trailer lembu.  Akhirnya kami sampai di Bandar Marfa di padang gurun Barat Texas.  Badan terasa letih sangat setelah dilambong dalam kereta dengan keadaan jalanraya yang teruk.  Pak Long nampak bimbang melihat Mak Long begitu.  Baru sahaja sebulan melalui pembedahan pundi hempedu.  Kami berihat beberapa jam hingga berasa segar kembali.  Kami tidak berasa serik dengan pengelaman itu malah seronok pula dapat menikmati keindahan gurun.




Truck bawa trailer lembu

Tepat pukul empat petang, kami sudah berada di atas jalan semula menuju ke pergunungan Fort Davis untuk melawat Pusat McDonald Observatory.  Kami sampai awal dan masih ada banyak masa untuk melihat di sekitar pusat tersebut.  Jalanraya memanjat gunung bengkang bengkok seperti ular kena palu.  





Banyak papan tanda memberitahu pelawat supaya tidak menggunakan lampu besar kenderaan masing-masing di pergunungan tersebut bagi memastikan kawasan sentiasa tidak mendapat cahaya terang berlebihan.


Pusat McDonald Observatory terletak di banjaran Davis Mountains, iaitu sebelah Barat Texas.  Pusat ini mempunyai beberapa bangunan teleskop seperti dalam gambar di bawah ini.  Semua bangunan di situ dibina khusus untuk kerja-kerja mencerap falak di mana setiap bangunan itu dilengkapi dengan alat optik,  teleskop inframerah canggih untuk melihat dan menkaji ilmu falak (astronomi) tentang bintang, matahari, bulan dan planet.  Di situ juga adalah tempat pelajar-pelajar dari University of Texas di Austin menimba ilmu dalam bidang astronomi.


Kiri: Otto Struve Telescope
Kanan: Harlan J. Smith Telescope
Terletak di Mt Locke

Puncak Davis Mountains adalah banjaran pergunungan tertinggi, gersang dan tandus.  Suasana sunyi, jauh serta tiada cahaya terang dari kawasan bandar menjadikan kawasan tersebut gelap gelita pada waktu malam sesuai untuk kerja-kerja khusus astronomi.

Gambar di bawah ini adalah Harlan J. Smith Telescope terletak di gunung Mt Locke siap pembinaan dalam tahun 1968.


Harlan J. Smith Telescope


Dalam gambar di bawah ialah Otto Struve Telescope dibina sejak tahun 1939.  Ia adalah bangunan teleskop terbesar pertama dibina di Pusat McDonald Observatory dan terletak di gunung Mt Locke.


Otto Struve Telescope

Bangunan dalam gambar di bawah ini pula ialah Hobby-Eberly Telescope siap binaan di akhir 1997.  Ia terletak di atas gunung Mt Fowlkes.


Hobby-Eberly Telescope
Sundial:

Sundial

Sundial adalah alat digunakan untuk menentukan waktu yang tepat mengikut bayang-bayang pergerakan matahari setiap hari.



Bulan purnama mengambang muncul di balik bangunan
Hobby-Eberly Telescope

Jam enam petang kami diundang masuk ke sebuah dewan sederhana besarnya.  Penuh juga perserta lain di dewan itu.  Di situ kami diberi taklimat tentang bulan yang kebetulan malam itu pula bulan purnama mengambang penuh.  Seronok mendengar keterangan tentang bulan disertai dengan gambar-gambar bulan dan funsinya sekali.

Selepas itu kami dibawa keluar dari dewan ke suatu padang luas di mana ada banyak teleskop.  Kami diberi penerangan lagi tentang bintang dan gugusannya.  Kali ini kami dapat melihat sendiri melalui teleskop gergasi bagaimana rupa bintang, bulan dan lain-lain.  Melalu teleskop rupa bulan dan bintang jelas kelihatan.  Mak Long pula teringat tentang satu kesah di mana dengan kuasa Allah, Nabi Muhammad SAW memisahkan bulan menjadi dua yang pernah dengar dulu-dulu.  Hampir satu jam lebih kami di situ.


Pemandangan indah dari Mt Locke