American pan cake |
Pagi ini Mak Long ke dapur buat kopi panas untuk Pak Long. Selepas itu baru rendam teh "chai" panas untuk sendiri. Teh "chai" ini kawan bagi iaitu teh hijau campur teh biasa yang dirumus dengan rempah ratus. Sedap bila diperahkan jus lemon dan sesudu kecil madu lebah. Di luar cuaca sejuk, kami minum diam-diam. Selera pagi ini terasa pula hendak makan lempeng tetapi rasa berat tangan.
Mak Long Jom kita makan "pan cake"
Pak Long Ok....Nak di IHOP ker, atau di Granny D
Mak Long IHOP, banyak pilihan "pan cake"
Restoran IHOP letaknya lebih kurang dua batu dari rumah .... sejuk benar pagi ini ditambah pula rebas hujan gerimis memaksa kami berpakaian tebal. Rangkaian restoran ini menghidangkan pelbagai jenis lempeng - "pan cake" dibuka 24 jam.
Pelayan Good morning. What can I get for you?
Mak Long Good morning. Coffee, please.
Pelayan How about you, Sir?
Pak long Same for me ....
Beberapa minit kemudian pelayan datang ke meja bawa kopi kami. Dua cawan kosong, "half & half" (susu berkrim) dan satu balang termos sederhana besarnya berisi kopi panas kira-kira lapan cawan kandungannya.
Pelayan Ready to order, Maam?
Mak Long Yes. I'd like multi-grain buttermilk pan cake with almond and walnut. I'd like
extra butter and warm syrup too, please.
extra butter and warm syrup too, please.
Pak Long. Same for me.....
Pelayan. Thank you....
Dua pelanggan wanita warga emas di meja sebelah kami, ramahnya hendak bersembang dengan kami. Sebenarnya mereka sudah pun selesai makan sarapan. Kata mereka sahaja duduk-duduk, sembang-sembang merehatkan minda tua. Kata mereka lagi sudah agak lama mereka tidak datang ke restoran itu.
Wanita A Oh! Oh! Do you have a watch?
Pak Long It is 10 after 10, Maam.
Wanita A Oh! My goodness!! We need to go now. Well, enjoy your pan cake.
Pak Long It is 10 after 10, Maam.
Wanita A Oh! My goodness!! We need to go now. Well, enjoy your pan cake.
Mak Long Thank you.
Wanita A Oh! It's my birthday today. Can you guess my age? (Senyum meleret)
Mak Long Happy birthday, maam. Er er errr 68?
Pak Long Oh ....... Happy birthday... hmmm maaaybeee70?
Wanita A I am 86 years old today....
Mak Long Wow...! You look so much younger.....
Wanita A Thank you ... you have a wonderful day, dear.
(Dia senyum manis dari telinga kanan sampai ke telinga kiri. Gembiranya dia
sebab tekaan kami salah!!!)
(Dia senyum manis dari telinga kanan sampai ke telinga kiri. Gembiranya dia
sebab tekaan kami salah!!!)
Pak Long/
Mak Long Happy birthday and enjoy the wonderful day, maam.
Lawak la cerita ni. Haha..kalau orang guess umur kita muda,seronok tak terkira. Tapi...kalau sebaliknya mau monyok sampai senja.
ReplyDeleteHave a good day maklong n paklong.
People always guess my age older than I am. Susah dan susah hati selalu sangat. Tak tau nak cheer up n loose up. Bye.
Terima kasih Cikgu. Hahaha yerlah...kekadang tu perasan pulak kite muda kan. Naik angin pulak bila ada orang panggil kita makcik ke apa pada hal orang itu nampah lebih tua dari kita.
DeleteRamai yang pasti tersengih bila usianya diteka lebih muda. Sebaliknya bila diteka lebih tua, mahu muncung panjang sedepa...hehehe...
ReplyDeleteHahahaha kan Kakcik!
Deletehaha comel ja pasangan warga emas tu kan. beza umur sebenar dengan umur yg diteka 10 tahun lebih! memang awet muda sungguh la couple tu ya.
ReplyDeleteMudah aje hendak mengembirakan hati orang kan.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesuka baca celoteh Mak Long... mencuit hati, dan dapat tambah banyak info...
Waalaikumsalam,
DeleteSaja senangkan hari orang, hati kita pun senang juga melihat mereka gembira.
Jika saya ada di dlm situation yg terjadi di atas, saya peluk dan cium nenek 86 yr old tu coz, saya sngt mnghormati dn menyayangi warga tua. Saya ibaratkn mereka spt nenek saya (nenek meninggal wktu saya msih terlalu kecil) (pn ziel)
ReplyDeleteTak berani hendak bermesera begitu. Setengah masyarakat omputeh walau pun zahirnya nampka mesera, silap hari bulan kita dianggapnya cuba berlaku tidak sofan.
Delete