Pages

Wednesday, February 8, 2017

Hendak Masak Apa?

Assalamualaikum,

Hendak masak apa yer hari ini?  Kadang-kadang hilang punca!  Tanya Pak Long hendak makan apa? "Apa-apalah, sayangku...",  Aduh tidak membantu!  Kalaulah di tanah air mungkin mudah sedikit.  Kedai mamak ada, pasar malam ada, semua ada... boleh main tunjuk-tunjuk sahaja.

Tidak mengapalah, kita tengok apa ada dalam peti sejuk.  Lepas itu barulah tahu apa hendak masak hehehe.

Ada sedikit lebihan spaghetti, ada semangkuk kecil sambal tumis daging, ada sosaj daging lembu beli dari pasaraya halal di Austin dan keju mozzarella dan keju colby jack.  Bolehlah...  Janganlah tanya apa nama masakan Mak Long ni...

1.   Sosaj kopek kulit pembukusnya kemudian di potong nipis seperti potongan hendak buat pizza.

Sosaj daging lembu

2.   Dalam pinggan pie sapu atau sembur minyak zaitun atau apa-apa jenis minyak masak.  Letakkan spaghetti.  Atasnya letakkan keju mozzarela kemudian letak sambal tumis.





3.   Atur sosaj yang sudah dipotong kepingan atas sambal tumis.  Akhir sekali letak keju colby jack atas sekali.  Hendak sedap letak keju lebih tetapi bahaya nanti boleh tambah berat badan!  Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 400 degree feranheit (204 celcius).  Bakar sehingga keju cair.  Keluarkan dari ketuhar.

Spaghetty, keju, sambal tumis, sosaj dan keju


4.   Spaghetti bakar sudah pun siap.  Panggil Pak Long makan.  Sedap katanya!  Entah-entah sahaja hendak sukakan hati Mak Long tak?   Masaalah nak masak apa sudah pun terjawab.

Siap, setelah keluar dari ketuhar




Tinggal ini sahaja bakinya.















3 comments:

  1. A perennial question to be answered daily by a loving housewife all the world over, what it'll be today? It looks yummy, Mak Long!

    Hank

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Perut kenyang hati senang... :)

    ReplyDelete
  3. Sedap sunggoh la tu Mak Long.....Saya yang tengok ni pon dok terasa nak jamah...hahahahahahaha

    ReplyDelete