Pages

Saturday, February 18, 2017

Sembang Kami

Assalamualaikum,


Him............. There is someone on the stairs
Her.............. Hah!  What do you mean?  (Bulu roma sudah naik meremang!!)
Him............. Yeah!  Maybe we watch to many "Grim" shows.  Let's check it out!

Dia petik lampu tangga tingkat atas.  Mak Long pegang kuat tangannya.  Manalah tahu!!

Him........... See?  You scared an old man, sayang!  I may have a heart attack you know....
Her .......... That?  I didn't do it!
Him..........  Aahah...  I think you did!
Her ........... Why would I?


Heran juga, siang tadi benda itu masih melekap tersadai di siling tingkat atas tepi dinding.  Ini sudah berdiri pulak atas tangga macam hendak turun ke bawah.  Saja-saja menakutkan!

Pagi ini selepas solat Subuh teringat pula tentang benda itu, lantas pergi ke depan tangga.  Hehhhhh... tidak nampak pula, mana perginya......?  Sudah kempis angin agaknya....  Benda itu adalah belon yang dikirimkan Robin ucapkan agar segera sembuh untuk Mak Long.  Hahahaha  lupa pulak kesah belon yang sudah sebulan lamanya duduk di siling rumah hinggalah baru ini muncul semula.







Selepas dapat minum teh halia panas campur jus lemon di dapur nampak pulak benda itu melekat di pintu hawa dingin hala masuk ke bilik kami....hahaha geli pulak hati.






Bila hawa dingin berhenti benda ini beralih pula hala ke bilik keluarga.  Ishhh  hendak kena masuk tong sampahlah nanti.




















Wednesday, February 8, 2017

Hendak Masak Apa?

Assalamualaikum,

Hendak masak apa yer hari ini?  Kadang-kadang hilang punca!  Tanya Pak Long hendak makan apa? "Apa-apalah, sayangku...",  Aduh tidak membantu!  Kalaulah di tanah air mungkin mudah sedikit.  Kedai mamak ada, pasar malam ada, semua ada... boleh main tunjuk-tunjuk sahaja.

Tidak mengapalah, kita tengok apa ada dalam peti sejuk.  Lepas itu barulah tahu apa hendak masak hehehe.

Ada sedikit lebihan spaghetti, ada semangkuk kecil sambal tumis daging, ada sosaj daging lembu beli dari pasaraya halal di Austin dan keju mozzarella dan keju colby jack.  Bolehlah...  Janganlah tanya apa nama masakan Mak Long ni...

1.   Sosaj kopek kulit pembukusnya kemudian di potong nipis seperti potongan hendak buat pizza.

Sosaj daging lembu

2.   Dalam pinggan pie sapu atau sembur minyak zaitun atau apa-apa jenis minyak masak.  Letakkan spaghetti.  Atasnya letakkan keju mozzarela kemudian letak sambal tumis.





3.   Atur sosaj yang sudah dipotong kepingan atas sambal tumis.  Akhir sekali letak keju colby jack atas sekali.  Hendak sedap letak keju lebih tetapi bahaya nanti boleh tambah berat badan!  Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 400 degree feranheit (204 celcius).  Bakar sehingga keju cair.  Keluarkan dari ketuhar.

Spaghetty, keju, sambal tumis, sosaj dan keju


4.   Spaghetti bakar sudah pun siap.  Panggil Pak Long makan.  Sedap katanya!  Entah-entah sahaja hendak sukakan hati Mak Long tak?   Masaalah nak masak apa sudah pun terjawab.

Siap, setelah keluar dari ketuhar




Tinggal ini sahaja bakinya.















Sunday, February 5, 2017

Sembang Kami

Assalamualaikum,


American pan cake

Pagi ini Mak Long ke dapur buat kopi panas untuk Pak Long.  Selepas itu baru rendam teh "chai" panas untuk sendiri.  Teh "chai" ini kawan bagi iaitu teh hijau campur teh biasa yang dirumus dengan rempah ratus.  Sedap bila diperahkan jus lemon dan sesudu kecil madu lebah.  Di luar cuaca sejuk, kami minum diam-diam.  Selera pagi ini terasa pula hendak makan lempeng tetapi rasa berat tangan.  

Mak Long        Jom kita makan "pan cake"
Pak Long        Ok....Nak di IHOP ker, atau di Granny D
Mak Long        IHOP, banyak pilihan "pan cake"

Restoran IHOP letaknya lebih kurang dua batu dari rumah .... sejuk benar pagi ini ditambah pula rebas hujan gerimis memaksa kami berpakaian tebal.  Rangkaian restoran ini menghidangkan pelbagai jenis lempeng - "pan cake" dibuka 24 jam.

Pelayan          Good morning.  What can I get for you?
Mak Long       Good morning.  Coffee, please.
Pelayan          How about you, Sir?
Pak long         Same for me ....

Beberapa minit kemudian pelayan datang ke meja bawa kopi kami.  Dua cawan kosong, "half & half" (susu berkrim) dan satu balang termos sederhana besarnya berisi kopi panas kira-kira lapan cawan kandungannya.

Pelayan             Ready to order, Maam?
Mak Long         Yes.  I'd like multi-grain buttermilk pan cake with almond and walnut.  I'd like
                         extra butter and warm syrup too, please.             
Pak Long.         Same for me.....
Pelayan.           Thank you....

Dua pelanggan wanita warga emas di meja sebelah kami, ramahnya hendak bersembang dengan kami.  Sebenarnya mereka sudah pun selesai makan sarapan.  Kata mereka sahaja duduk-duduk, sembang-sembang merehatkan minda tua.  Kata mereka lagi sudah agak lama mereka tidak datang ke restoran itu.

Wanita A          Oh! Oh!  Do you have a watch?  
Pak Long         It is 10 after 10, Maam.
Wanita A          Oh!  My goodness!!  We need to go now.  Well, enjoy your pan cake.
Mak Long        Thank you.
Wanita A          Oh!  It's my birthday today.  Can you guess my age? (Senyum meleret)
Mak Long         Happy birthday, maam.  Er er errr  68?
Pak Long        Oh ....... Happy birthday... hmmm maaaybeee70?
Wanita A          I am 86 years old today....
Mak Long        Wow...!  You look so much younger.....
Wanita A         Thank you ... you have a wonderful day, dear.  
                       (Dia senyum manis dari telinga kanan sampai ke telinga kiri.  Gembiranya dia 
                        sebab tekaan kami salah!!!)
Pak Long/
Mak Long       Happy birthday and enjoy the wonderful day, maam.