Pages

Sunday, December 31, 2017

Happy New Year 2018

Assalamualaikum,

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Mari melangkah ke hadapan dengan azam
Memperbaiki diri dalam
Keimanan, Kesabaran Dan Kesihatan
Serta usaha terus maju ke hadapan

Amiin



Most of us look at the New Year as a time for new beginnings. 
It’s when we renew our commitment to ourselves 
and make changes that improve our lives 
and most importantly revive our health

HAPPY NEW YEAR 2018
Everyone












Tuesday, December 19, 2017

Emak

Assalamualaikum,

Catatan berkaitan “Emak” ini dan beberapa turutan daripada ini hanyalah catatan untuk Mak Long sekeluarga memperingati hari-hari terakhir hayat Emak kami.  Mak Long masih merasi kesugulan atas perginya ibunda tersayang kembali ke pangkuan Illahi.






Dari catatan:

Tarikh 17.07.17 (Isnin)

Sudah empat hari kami berada di rumah Emak di kampung.  Rumah ini terlalu sunyi dan kosong... maklumlah rumah tinggal tanpa penghuni beberapa tahun.  Walaupun sesekali ada juga adik-adik terutama Pakcik datang menjengok rumah tersebut.  Sayang rumah induk ini tinggal kosong, tetapi apalah daya, masing-masing dalam keluarga sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Keadaan Emak sangat membimbangkan kami sekeluarga.  Beliau terlalu lemah tidak bermaya walau untuk membuka mata.  Usaha kami dalam masa yang singkat mencari untuk mendapatkan bantuan merawat Emak di rumah dari pihak perubatan berhasil dengan baik daripada "homecare service" Hospital KPJ, Muar.  Mak Long memang berpuas hati dengan khidmat yang mereka berikan walaupun jururawat bertugas itu adalah seorang lelaki.  Buat masa ini di Malaysia tidak ramai lelaki mahu menjadi jururawat.  Kalau di negara barat terutama di Amerika Syarikat memang ramai jururawat lelaki.  

Nasir nama jururawat yang bertugas menasihatkan kami agar membawa Emak ke Hospital KPJ untuk rawatan lanjut pada luka “bedsore” agar tidak melarat lebih teruk.  Terdapat kulit mati di keliling luka mengeluarkan bau yang tidak enak.  Tambahan kebetulan pula banyak lalat bertandang mungkin kerana bau.  Kami setuju dan Nasir menguruskan kemasukan Emak ke hospital hari yang sama.  Ambulan juga diurus oleh Nasir.  Segala-galanya berjalan lancar dan Emak dibawa ke hospital.  Kali kedua Mak Long naik ambulan.  Amboii lajunya ambulan!  

Sebaik sampai sahaja di hospital, Emak segera dibawa ke bilik rawatan cemas dan pertugas-pertugas terlibat menjalankan tugas mereka tanpa berlengah-lengah.  Sementara itu kami duduk menunggu di bilik menunggu yang letaknya tidak berapa jauh dari bilik rawatan kecemasan.  Lama jugalah kami menunggu hingga mata Mak Long naik mengantuk tersenggut-senggut.... hahaha nasib baik tak tumbang ke lantai...

Doktor bertugas datang menemui kami dan memberi keterangan keadaan Emak.  Atas nasihatnya Emak dimasukkan wad.

Oleh kerana Mak Long tidak ada tanggung-jawab keluarga ketika ini, maka tugas meneman dan menjaga  Emak di hospital adalah tugas Mak Long.  Busu adik bungsu Mak Long pun hendak teman sama.. bagus juga tidaklah Mak Long sesorang bersama Emak di wad.  Busu pula telah mengambil cuti selama sebulan untuk bersama-sama jaga Emak.



18/7/17 (Selasa)

Kami bermalam di hospital KPJ menemani Emak.  Keadaan emak menurut Dr Mujahit adalah setabil selepas diberi rawatan rapi ketika masuk di wad emergency tengahari semalam.  Emak ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 3 yang menempatkan dua buah katil sebilik.  Keadaan bilik rawatan itu sangat memuaskan dan selesa untuk Emak.  

Kata doktor Emak menghadapi kekurang oxygen dan kini mendapat bantuan oxygen.  Aras oxygen dalam tubuh Emak adalah 88% sahaja, patutlah macam susah beliau hendak bernafas dan letih.  Selain dari itu idapan yang terbesar adalah luka dari bedsore teruk di bahagian bawah belakang selepas ketidak berkesannya rawatan dari hospital besar Kuala Lumpur yang sangat mengeciwakan kami.  Ketiganya paru-paru Emak berair.

Rawatan yang dijadualkan hari ini sebagai yang diterangkan dan cadangan Dr Mujahit ialah pembedahan kecil bagi membuang daging dan kulit yang sudah buruk berwarna hitam itu.  Keterangan lajut lagi mengenai keadaan Emak yang lemah termasuk juga faktur usia tua kemungkinan beberapa masaalah akan menyusul ketika atau selepas pembedahan.  Ubat bius akan diberi hanya di tempat luka sahaja.  Bermakna Emak sedar ketika pembedahan sedang dijalankan.  Diberitahu juga Emak kekurangan darah hanya 8.5 sahaja dan akan menerima kemasukan bantuan darah sebanyak sebotol.  Mak Long menawarkan darah sendiri untuk membantu Emak, tetapi Dr Mujahit berkata mengguna darah dari keluarga terdekat tidak digalakan atas beberapa faktur.  Sekiranya ada berlaku serangan sakit jatung ketika pembedahan sedang dilakukan mereka tidak akan memberi rawatan CPR kerana dikuatiri akan memberi risiko yang tinggi seperti patah tulang selangka Emak yang juga mengidap sakit tulang (osteoporosis).   Aduhai sedihnya... hanya kepada Allah SWT sahaja kami berserah.  Semuga Allah Pencipta yang maha berkuasa dan maha mengesihani melepas segala penderitaan kesakitan Emak.  Kami sekeluarga redha...











Saturday, December 16, 2017

Sembang Kami

Assalamualaikum,

Malam tadi mata tidak nyenyak, asik terjaga sahaja.  Patutnya bangun teruslah buat solat tengah malam.  Hishh.... sejuklah!  Banyak noww setan iblis menggangu menghalang.  Dalam bilik tidur kami terasa amat sejuk rasa macam hendak beku.  Ada salji tutunkah dalam bilik?  Gebar biasa kami tidak mampu memberi kehangatan.  Buat Mak Long merekot macam udang galah kena bakar.  Mulanya Mak Long fikir mesti hujan di luar, tetapi kalau pun begitu tidak mungkin suhu dalam bilik jadi begitu sejuk.  Pemanas hawa dipasang memang sentiasa begitu dalam musim sejuk.  Pak Long pun begitu juga rupanya sama tidak boleh tidur.  Beberapa kali dia bangun pergi tengok ke meter hawa.  Balik semula ke katil dan baring, terkebil-kebil mata dalam gelap hahaha..

Pak Long:    Do know where the electric blanket is?

Mak Long:    Ya..  It's in the trunk there....  Are you cold?

Pak Long:    Yesss!   Something is not right!

Mak Long:    Why is it so cold?   Brrrr

Pak Long:    I don't know.....

Pak long bangun semula menuju ke meter hawa.  Petik lampu, terang..., nampak terpisat-pisat gosok mata dia apabila cahaya lampu terang benderang.  Lama benar berdiri di hadapan meter, buat apa entah... sepuluh minit lebih adalah agaknya, barulah pusing balik baring di katil.

Pak Long:    I must have accidentally punched the program button to stop the heater in the middle of the night!

Mak Long:   Ajerrr lerrr... must be age factor!

Pak Long:    Huh!?  What?  What did you say???

Mak Long:    Never mind!  Hahahaha

Geli pulak hati, kami ketawa tengah-tengah malam buta!  Age factor!  Tidak pasal-pasal bangun tengah malam kerana sejuk!
















Sunday, December 3, 2017

Emak

Assalamualaikum,

Dari cacatan:

Lama benar Mak Long tidak menulis dan menjenggok blog-blog yang biasa Mak Long lawati.  Rasa hendak menulis memang ada tetapi tiada berkesempatan sebenarnya.  Buat masa ini Mak Long berada di kampung, sudah hampir dua bulan, membantu dan merawat Emak kami yang sedang uzur terlantar di pembaringan.  Keadaan Emak terlalu lemah tiada kudrat untuk menjaga dan mengurus diri sendiri.  Kebersihan dirinya dalam serba serbi harus dijaga sentiasa.  Permakanan dan minuman juga mesti diawasi sentiasa melalui tube yang dimasukkan melalui lubang hidung yang terus masuk ke ususnya.  Tube ini pula perlu diganti baru setiap dua minggu sekali.  Begitu juga tube untuk buang air kecilnya.  Tidak mudah mengurus keadaan pesakit begitu di mana ia memerlukan minda kesabaran, ketabahan dan kemahiran yang tinggi.  Berkat tunjuk ajar dari jururawat Hospital KPJ yang datang lima hari setiap minggu ke rumah membersihkan luka bedsore Emak, alhamdulillah hampir semua tugasan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.  Kira-kira kalau nak jadi jururawat tidak bertauliah jaga orang sakit boleh dah rasanya ... haha berangan Mak Long nih!  Mak Long bersyukur, Allah SWT memberikan peluang untuk berbakti kepada Emak tersayang walau pun tidaklah seberapa kalau dibandingkan pengurbanan yang telah Emak berikan kepada kami adik beradik hingga kini.

Pak Long seorang suami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang tidak ternilai.  Beliau tidak jemu memberi semangat dan kekuatan setiap kali saat-saat hati ini mengalami kesedihan dan kehampaan keadaan.  Kerana itu Mak Long sekali lagi bersyukur kepada Illahi yang maha pengasih serta memberi kemudahan kepada hamba Nya yang lemah.

Tugas Mak Long bermula awal pagi selepas subuh hingga ke malam tidak mengira masa. Menguruskan Emak perlu berhati-hati dan memerlukan masa yang panjang oleh kerana keadaan beliau.  Emak mengalami sakit osteoprosis tulang berserta dengan sakit sendi keronik, paru-paru berair dan "bedsore".  "Bedsore" itu berlaku atas kelalaian rawatan dari pihak hospital besar Kuala Lumpur.  Sebelum Mak Long sampai ke Kuala Lumpur, Emak telah dimasukkan ke sana oleh adik bungsu kerana Emak rupanya telah mengalami "stroke" yang baharu disedari adik setelah Emak mengalami tidak boleh berkata-kata serta tidak boleh mengerakkan kedua-dua tangannya.  

Di hospital Emak telah dimasukkan wad untuk rawatan lanjut di mana wad tersebut telah pun penuh sesak dengan ramai pesakit-pesakit yang mengalami seribu jenis penyakit.  Bayangkanlah, bagaimana pihak kakitangan yang hanya beberapa kerat mampu memberi khidmat yang baik kepada pesakit yang ramai?  Permohonan untuk mendapatkan sebuah bilik berasing atau pun berkongsi dengan seorang dua pesakit lain diajukan kepada pihak pentadbir (ketua doktor bertugas) hospital supaya mudah untuk menjaga Emak.  Apa jawab pihak hospital? Belum ada bilik kosong!  Setelah Mak Long sampai dan melihat keadaan dan masaalah, kami berbincang adik beradik untuk keluarkan Emak dan dipindahkan ke hospital Muar.  Emak memang sudah lama berhasrat balik ke rumahnya di kampung. 

Mak Long kesal jawapan yang diberi oleh ketua doktor di wad itu.  Kami tidak dibenarkan memindahkan Emak dari wad neraka itu!  Alasannya mereka (doktor dan jururawat) pakar mampu merawat pesakit walau dalam apa jua penyakit serta bertanggung-jawab merawat Emak kami.  Kami dapati belakang Emak sudah mula mendapat "bedsore" kerana terlalu lama baring tidak berpaling-paling pembaringannya.  Mak Long beri tahu mereka, tetapi menyedihkan sekali.  Kita beritahu pagi, petang baharu mereka tengok luka Emak.  Minta tukarkan baju yang sudah dua hari dipakai pun tidak mendapat perhatian.  Tidak kesahlah kami sendiri boleh tukar pakaian Emak tetapi jururawat tidak benarkan, sehinggalah Mak Long sendiri buat degil pergi mengambil pakaian bersih di tempat simpan pakaian pesakit hospital.

Rupanya luka bedsore itu cepat merebak jika tidak dirawat segera.  Ketika itu luka Emak sudah merebak hingga sebesar dua tapak tangan hingga menampakkan tulang dan berbau.  Tiga hari selepas permintaan kami ditolak untuk mengeluarkan Emak, tiba-tiba doktor bertugas memberitahu Mak Long, menyuroh kami membawa Emak balik supaya Emak dapat menikmati suasana keluarga di rumah sendiri!!!  Mungkin juga Emak tidak sempat sampai ke rumah, katanya lagi.  Dalam kata lain, umur Emak sudah hampir di penghujung jalan.  Aduhai doktor!  Beralaslah sedikit bercakap di hadapan Emak.  Muga Allah SWT memberi kesedaran kepada doktor tersebut!

Hendak bawa Emak keluar pun bermasaalah juga!  Pihak hospital tidak mahu hantar Emak ke Hospital Muar atau ke rumah!  Keciwa benar dengan budi bicara doktor itu.  Mak Long terpaksa berkeras dengan beliau dengan bahasa yang diplomasi.  Mak Long kata kami sanggup bayar khidmat ambulan berapa sahaja bayarannya.  Mak Long tidak sekali-kali mahu bersikap sombong hidung tinggi tetapi keadaan begitu memaksa...  Seseorang doktor tidak patut bersikap lepas tangan atau pandang poket penuh wang ringgit pesakit. Pendek cerita kami dapat membawa Emak pulang ke rumah beliau di kampung menggunakan khidmat ambulan swasta.  Lebihlah sedikit bayarannya tetapi berbaloi.  Kami tidak kesah asal sahaja Emak selesa.  Kami tahu, semua tahu adanya udang di sebalik batu antara doktor tersebut dengan tuan punya ambulan swasta itu.  Mak Long sendiri menemani Emak dalam ambulan itu.  Lajulah juga ambulan itu bergerak,

Di kampung, kami berusaha dan berjaya mendapatkan khidmat jururawat Hospital KPJ datang ke rumah lima hari seminggu merawat serta membersihkan luka Emak.... Alhamdulillah..




















Saturday, December 2, 2017

Masih Ku Ingat

Assalamualaikum,





Assalamualaikum  Mama ...
Apa khabar pagi ini?
Masih ku ingat ...
Mama renung aku ...
Renungan penuh kasih

Mama kenalkah aku?
Sekilas pandang ...
Anak matanya keliru
Aku mengerti ...
Mama tak ingat aku!

Aku sorok kemas 
Perasan terbuku
Wahai... tenanglah hati
 Senyumlah untuk Mama
Aku sebut nama ku perlahan

Mama gerak bibirnya .. lesu
Sebut nama ku tanpa suara
Aku cium pipi dan dahi Mama
Senyumnya sayu lagi lemah

Gitulah saban hari ...
Oh Mama ku.....






Coretan dari :
Mak Long @ Kamisah Mohd Shah







Thursday, November 16, 2017

Hari Ibu

Assalamualaikum,


Setiap hari adalah hari ibu
Kadang-kadang istimewa
Kadang-kadang ceria
Kadang-kadang amarah
Kadang-kadang cemas
Kadang-kadang sayu
Kadang-kadang berendam air mata
Namun tetap bersyukur
Kepada Illahi
Begitu rupa .......
Keistimewaan sebagai ibu



















Ayoh... !!

Assalamualaikum,







Hujan lagi ... gerimis
Dari malam ...... ke malam
Cukup untuk membasahi bumi
Bumi dipijak melecahi kaki
Mendung menyelubungi alam
Sejuk menyentuh tulang som-som
Apakah keadaan sebegini .....
Elah diri bertapa di rumah?
Usah indahkan keadaan!
Ayoh!  
Atur kaki melangkah.....
Langkah deras-deras
Sampai keringat meleleh
Mindar Segar
Badan sihat










Wednesday, July 12, 2017

Ibu

Assalamualaikum,










Ibu....
Ibu bangunlah
Anak mu sudah pulang
Pulang temui Ibu
Janji ku jaga Ibu

Ibu.....
Ibu bukalah mata mu
Anak mu rindu ibu
Ibu bukalah mata mu
Anak mu sudah di sisi

Ibu...
Permata hati ku
Ibu bukalah mata mu
Walau seketika
Buat renungan ku

Ibu...
Ibu ku syurga ku
Syurga kasih sayang
Semangat mu kental
Dinding dunia ku

Ibu....
Anak mu ingin tahu
Apakah yang ibu rasa?
Apakah yang ibu alami?
Apakah yang ibu fikir?
Apakah yang ibu renungkan?
Apakah yang ibu risaukan?
Apakah yang ibu bimbangkan? 
Apakah yang ibu musykirkan?
Apakah yang ibu ingin luahkan?
Apakah yang ibu cuba dikatakan
Apakah yang ibu takuti?












Saturday, June 24, 2017

Selamat Hari Raya 'Idilfitri 1438H

Assalamualaikum,








Istimewa kepada muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia tanah air tercinta terutama ahli keluarga, tidak kira di mana juga berada di bumi Allah; juga tidak dilupakan kepada sahabat handai muslimin dan muslimat yang berada di perantau.  Sempena menyambut hari yang mulia dan bahagia di bulan Shawal 1438H, kami sekeluarga di perantauan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA 'IDILFITRI.

Salam dihulur memohon maaf zahir dan batin.  Semuga segala kekhilapan dan ketelanjuran bahasa dalam kata-kata dan penulisan dimaafkan.

Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu kenderaan agar selamat sampai kepangkuan keluarga.  Biarlah lewat sedikit asalkan selamat dan dapat bergembira bersama keluarga tersayang.


Salam Eid Mubaraq,
Mak Long sekeluarga
Canyon Lake
Texas












Saturday, June 17, 2017

2017 - Meredah Colorado - Colorado Spring

Assalamualaikum,

Dari catatan:

9hb & 10hb May 2017

Amboi bukan main lena Mak Long tidor malam tadi.  Hampir-hampir melepas Subuh.  Adohai orang tua inilah!  Kenyang makan sandwich sayuran dari restauran segera Jimmy John's agaknya!

Selepas sarapan kami teruskan perjalanan ke Colorado Spring, Colorado.  Cuaca sejuk, lebih sejuk dari yang Mak Long agak.  Colorado menikmati cuaca panas hanya dari June hingga September sahaja.  Di Texas waktu macam ini memang sudah panas berdenting.


Perjalanan ke Pikes Peak

Rancangan kami untuk hari ini ialah melawat ke puncak Pikes Peak dengan menaiki keretapi Pikes Peak Cog Railway.  Puncak Pikes Peak adalah rangkaian banjaran pergunungan Rocky Mountain sebelah timur Colorado mempunyai ketinggian 14,115 kaki dari aras laut.  Tempat pelancungan yang kerap dikunjungi pelawat oleh kerana keindahan alam semulajadi.  Malah Pike Peak dinobatkan sebagai sebuah gunung kedua yang paling ramai dikunjunggi selain dari Gunung Fuji di Jepun.  Pak Long sudah menempah tiket untuk kami berdua beberapa hari lalu dikuatiri jualan tiket cepat habis.  Perkhidmatan keretapi ke puncak gunung itu berkhidmat sepanjang tahun melainkan dalam cuaca buruk yang merbahayakan.  Kami diberitahu ramai juga pendaki-pendaki gunung cuba mendaki hingga ke puncak Pikes Peak dengan berjalan kaki.  Juga ada beberapa acara sukan mendaki naik dan turun gunung itu dalam bulan Ogos setiap tahun.  Bukan itu sahaja, malah dalam musim panas terdapat pula sukan perlumbaan memandu kereta.  Sukan tersebut telah menarik beribu peserta dari seluruh dunia.



Landasan Keretapi Pikes Peak Cog

Cuaca hari ini pulak mendung menandakan juga hari akan hujan bila-bila masa sahaja begitu juga suhu pun sejuk.  Rancangan terpaksa diteruskan sedangkan tiket kami sudah ditempah.  Perjalanan dari Canon City ke Colorado Spring tidak jauh sangat.  Jalanraya yang membawa kami ke stesen keretapi Pikes Peak berliku-liku dan sempit.  Bangunan rumah-rumah peranginan dan hotel terlalu berdekatan dengan jalan.  Seriau rasanya!  Tompokan salji masih kelihatan dan jalan pun agak licin.  Kami sampai di stesen lebih awal dan setibanya di kaunter tiket, penjual tiket memohon maaf dan memberitahu khidmat perjalanan keretapi hari ini hanya setengah jalan sahaja.  Menurutnya adalah disebabkan ribut salji berlaku di puncak Pikes Peak waktu malam tadi dan tidak selamat membawa penumpang keretapi memanjat gunung.  Penjual tiket bertanya jika kami masih mahu turut serta dalam perjalanan serta bayaran yang terlah diterima akan dikembalikan.  Kami masih mahu meneruskaan rancangan kami..bayar separuh sahajalah.  Sekiranya kami tidak juga teruskan rancangan itu, entah bilalah pula kami akan ke situ lagi.



Keretapi Pikes Peak Cog

Ramai juga yang masih mahu meneruskan menaiki keretapi.  Ada tiga buah gerabak semuanya tidak panjang seperti keretapi lain yang telah kami naiki.  Gerabak pertama dan kedua menempatkan pelawat-pelawat seperti kami sementara gerabak ketiga bahagian belakang pula dipenuhi oleh murid-murid sekolah berumur dalam lengkongan sepuluh hingga sebelas tahun.  Porak dan riuh rendah jugalah sehinggalah terpaksa guru-guru bertugas mengawal lebih ketat lagi.  



Kabus tebal di pergunungan

Perjalanan kami di peringkat permulaan keadaan di pergunungan mengalami kabus tebal.  Salji juga tebal di bumi.  Sekiranya memandu kenderaan memang tidak boleh nampak dengan jelas.


Dalam gerabak keretapi

Keadaan cuaca bertambah baik apabila keretapi semakin tinggi naik ke atas pergunungan.  Pemandangan di kiri dan kanan amat menakjubkan keindahanya.  Indahnya ciptaan Allah.  Tingkap cermin keretapi boleh diturun-naikkan untuk kemudahan penumpang melihat di luar lebih jelas.  Tingkap sebelah kami hanya diturunkan apabila Mak Long mengambil gambar, kemudian cepat-cepat ditutup semula.  Sejuklah!


Salji tebal


Seperti yang diberitahu awal tadi, keretapi hanya sampai di pertengahan pergunungan sahaja.  Keretapi diberhentikan di suatu tempat selama lebih kurang tiga puluh minit, kemudian menerusakan perjalanan menurun ke stesen keretapi.  Kami keluar melihat suasana dalam hutan di pergunungan tetapi tidak lama.  Tidak tahan kesejukan hahahah..


Salji tebal

Kami rasa terkilan juga keretapi tidak dapat terus ke puncak Pikes Peak, tidak ada rezeki     kami.  Tetapi kami tidak berputus asa.  Kami belek-belek beberapa keping risalah yang kami peroleh dari hotel.  Satu dari risalah tersebut ada Pikes Peak Highway.  Bolehlah!  Ada orang tersenyum lebar dari telinga ke telinga.  Jadilah kami ke situ ajelah...  manalah tahu boleh naik sampai ke atas sana.  Pak Long arahkan minah gps ke sana.  Perjalanan tidak berapa jauh dari stesen keretapi tadi melalui berhampiran dengan bandar juga.


Bangunan pintu masuk ke lebuhraya bertol

Lebuhraya Pikes Peak mempunyai jarak sejauh sembilan belas batu sebelum sampai di puncaknya.  Ia adalah satu-satunya jalan yang paling indah di muka bumi Allah ini yang pernah Mak Long lihat dan lalui.  Sentuhan angin alam semula-jadi memberi nikmat ketenangan jiwa dan keindahan mata memandang.  Namun di dalam masa yang sama ia juga mengerikan dengan jurang selekoh tajam yang amat merbahaya sekali kiranya nasib malang kenderaan terbabas.  Keseluruhan lebuhraya itu tidak mempunyai pagar atau tembok untuk menghalang kenderan dari terbabas ke dalam gaung.  Kalau berlaku nahas memang tidak ada harapanlah melainkan dengan kuasa Allah.



Leburaya Pikes Peak

Kami sampai di gate masuk ke lebuhraya dan disambut baik oleh seorang pegawai "ranger" berbangsa Korea yang bertugas dan beliau sangat peramah.  Beliau memberi penerangan dan nasihat yang terperinci tentang keselamatan cara memandu naik dan turun Pikes Peak Highway dalam cuaca sejuk bersalji.  Menurutnya ada kejadian runtuhan salji dari ribut malam semalam sangat tebal, licin dan merbahaya terutama di puncak Pikes Peak.  Kami hanya dibenarkan memandu naik ke atas hingga ke batu tanda ke 13 sahaja di mana di situ katanya akan ada seorang pegawai "ranger" bertugas di tempat itu.  Tidak boleh pergi ke puncak!!  Alaa kata hati!  Setelah membayar toll dan menerima peta lebuhraya dan risalah, maka kami pun teruskan perjalanan kami naik ke atas.  Dari pintu masuk ke lebuhraya tersebut sahaja keadaan jalan itu sudah mendatar tinggi dengan ketinggian 7,400 kaki dari aras laut.  Tinggi oo..




Saujana alam luas

Bagaimana pemandangan dari atas lebuhraya di situ?  Masya Allah tidak mampu hendak Mak Long bayangkan betapa indahnya di situ dengan pokok-pokok pine tinggi meruncing ke langit dibalut oleh salji putih bersih.  Sedang di buminya pula memang sudah diliputi salji tebal membuat suasana mengeluarkan bau aroma dari pokok pine serta alam semula jadi yang nyaman.  Terasa tiupan angin sejuk menampar muka.  Segalanya itu tidak dapat dirakamkan melalui gambar atau video.  Luasnya kuasa Pencipta tidak dapat dibandingkan dengan apa sekali pun.


Salji meliputi gunung


Kami selamat sampai ke batu tanda ke 13 .... hmmm mana orangnya?  Tidak ada siapa pun di situ!  Gate pula terbuka luas dan keadaan lebuhraya nampak kering tiada air batu di permukaannya.  Pak Long berhentikan kereta dan kami tunggu seketika .... tiada siapa kelihatan pun.  Pak Long berpendapat mungkin mereka sudah benarkan pelawat-pelawat meneruskan memandu ke atas.  Lagi pun cuaca yang sejuk beku mungkin pegawai itu tidak perlu susah-susah tunggu di situ.  Tempat bertedup pun tiada.  Maka kami teruskan naik ke atas perlahan-lahan hingga sampai melalui batu-batu tanda ke 14, 15, 16, 17, 18 hinggalah seterusnya ke batu tanda ke 19.  Di situ gate tertutup tetapi tidak juga nampak pegawai "ranger" yang sepatunya bertugas di situ.  Salji di kawasan itu tebal dan jalan juga licin kerana air batu.  Hanya lebih kurang satu batu lebih sahaja untuk sampai ke puncak Pikes Peak.  Melihat keadaan begitu mengingatkan peristiwa pengelaman yang kami alami ketika berada di pergunungan di California tahun lalu.  Merbahaya!!  Pak Long berhentikan kereta dengan berhati-hati dan letak kereta di sisi jalan.  Rupanya ramai pelawat-pelawat lain yang sudah sedia sampai di tempat itu lebih awal dari kami tetapi mereka semua tidak berani naik ke atas di puncak memandangkan salji tebal berbukit-bukit sedia untuk runtuh.  Kebanyakan mereka itu adalah anak-anak mudah warga India sedang berseronok main salji bagai hendak gila!  Hahaha.  Tidak lama kami di situ.  Kami kesejukan dan perlahan-perlahan memandu turun gunung.  Walau pun tidak tercapai hajat untuk ke puncak Pikes Peak, cukuplah buat kali ini.  Mungkin di lain kali kami akan datang lagi ke situ.  Mungkin bila cuaca lebih baik dan tidak sesejuk seperti sekarang.



Glen Cove Inn

Dalam perjalanan turun kami berhenti sebentar di hadapan Glen Cove Inn (gambar di atas), tetapi tidak masuk ke dalam bangunan.  Di situ ada disediakan restauran kecil menyediakan minuman panas, menjual barang-barang cenderamata dan bilik air.


Crystal Creek Reservoir

Kami terus turun perlahan-lahan sehingga kami sampai dan singgah di tempat rehat di Crystal Creek Reservoir.  Di dalam bangunan terdapat berbagai jenis cenderamata  yang unik dijual juga beberapa jenis pakaian musim sejuk.  Harga pun agak mahal juga jadi hati pun tidak berasa teringin hendak membeli.   


Crystal Creek Reservoir

Ketika kami sedang membelek-belek barang-barang seorang pegawai ranger masuk.  Beliau memberitahu kami yang mereka akan menutup semua gate.  Ribut salji diramalkan akan turun dalam beberapa jam lagi dan menasihatkan kami agar segera turun ke pengkalan bawah.  Pak Long memberitahu kepada beliau masih ada ramai lagi pelawat di aras papan tanda batu ke 19 di mana gate ke puncak telah sedia ditutup.  Bermakna terpaksalah beliau gigihkan naik ke sana memberitahu mereka-mereka di atas sana supaya meninggalkan tempat tersebut.

Menurut penerangan dari penjual kedai cenderamata itu, ramai pelawat datang untuk menyaksikan perlumbaan kereta di lebuhraya itu yang sering diadakan dalam musim bunga dan musim panas. 


Crystal Creek

Hehehe walau pun begitu sempat juga kami menikmati keindahan di kawasan Crystal Creek itu.  Mak Long terjumpa seekor jenis tupai comel yang dipanggil "chipmunk" sedang membuat sarang.  Dalam gambar di bawah mulutnya penuh dengan rumput kering bahan membuat sarang.  Tengoklah chipmunk comelkan?


Chipmunk

Kami selamat sampai kembali ke bahagian bawah lebuhraya, hari pula sudah petang, cuaca pun sejuk.  Kami terus pulang ke hotel, esok rancangannya kami akan ke Durango menaiki keretapi lama menggunakan kuasa arang batu.  Setelah sampai di hotel Pak Long cakap sebenarnya beliau pun terasa cuak dan seriau juga ketika memandu di lebuhraya itu.  Banyak selekoh tajam tanpa sebarang pagar sebagai pelindung. 


10hb Mei, 2017

Pagi-pagi yang cerah dan ceria membuat hati pun berasa riang begitulah bisik hati sendiri.  Selepas sarapan Mak Long capai dua bag kertas bekalan yang mengandungi air, buah apple, roti muffin dan gula-gula angin (disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang berpergian) meneruskan perjalanan kami ke Durango untuk menaiki keretapi ke Bandar Silverton.  Ini adalah kali kedua kami ke sana.  Kali pertama kami  ke sana dahulu dalam tahun 2015, tetapi kami hanya dapat naik keretapi sampai setengah jalan sahaja dan tidak dapat meneruskan hingga ke Bandar Silverton disebabkan runtuhan ribut salji teruk menimbus laluan keretapi setinggi dua puluh lima kaki.  



Papan tanda ke Royal Gorge Bridge Park

Perjalanan ke Durango melalui Royal Gorge Bridge Park jadi kami singgah ke sana.  Sambil menyelam sambil minum airlah...



Pemandangan jambantan gantung
Royal Gorge

Sebenarnya kami memang tidak ada rancangan datang ke sini kerana kami pernah berkunjung ke Royal Gorge Bridge Park kira-kira tujuh tahun lalu.  Tetapi alang-alang sudah berada di kawasan itu, kami singgah jugalah untuk ulang tengok!  Dalam masa tujuh tahun berlalu hingga sekarang ternyata telah banyak perubahan berlaku di Royal Gorge Bridge Park. 


Jambatan gantung Royal Gorge   

Royal Gorge Bridge Park adalah tempat yang sama dengan laluan landasan keretapi Royal Gorge tetapi mempunyai jalan masuk berlainan.


The Royal Gorge Bridge

Jambatan gantung Royal Gorge telah dibina dalam tahun 1879.  Nun berbatu-batu jauh ke bawah gaung sana terdapat landasan keretapi di pinggir sepanjang Sungai Arkansas.  Dalam tahun 2013 lalu kawasan perhutanan di The Royal Gorge Bridge Park telah mengalami nahas kebakaran menyebabkan 3,200 ekar kawasan terbakar termasuk sebanyak 48 bangunan turut punah.  Namun jambatan gantung tersebut telah terselamat dan tidak mengalami kebakaran teruk.  Kerja-kerja binan untuk baik pulih telah dijalankan dan dibuka semula untuk penggunjung tidak lama selepas itu.  





Gambar di bawah ini kelihatan dari atas jambatan sayup ke bawah sana ialah Sungai Arkansas dan di pinggirnya pula adalah landasan keretapi yang kami naiki sebelum ini.


Jurang Gunung, Sungai Arkansas dan landasan keretapi


Berjalan di atas jambatan gantung itu berasa jambatan seperti berbuai.  Lagi kuat buaiannya apabila truck atau kereta taman itu lalu.  Kenderaan awam tidak dibenarkan melalui jambatan itu.  Terasa gayat jugalah apabila Mak Long cuba jengok tengok ke bawah.  Kalau jatuh ke bawah memang hancur tidak ada harapan bernyawa melainkan dengan kuasa Allah.  Namun menurut pegawai ranger di situ ada juga insan-insan 'sakit' yang memilih penyelesaian jalan buntu mereka dengan terjun dari jambatan itu.     




Di sepanjang kiri dan kanan pagar jambatan itu diletakan bendera dari setiap buah negeri dalam Amerika Syarikat.  Ada lima puluh dua helai bendera semuanya.  Adalah orang itu teringin hendak ambil gambar sebelahan bendera Texas hahaha.


Banjaran Gunung President Kennedy

Dari jambatan itu juga kelihatan banjaran gunung yang dinamakan Gunung President Kennedy.  Nampak tak puncak gunung itu menyerupai mirip wajah President Kennedy sedang baring tidur?

Selepas pusing-pusing kawasan itu kami teruskan perjalanan ke Durango pula.  Dalam perjalanan kami ternampak kawasan ini dan kami berhenti singgah sebentar melihat air terjun dari gunung.  Cantik! 




Kami sampai di Durango lewat tengah hari.  Kami terus ke hotel, makan tengah hari, dan berihat sebentar.  Kami tinggal di Durango selama tiga malam.