Pages

Thursday, September 8, 2016

Dugaan Mencabar

Assalamualaikum,





Menunaikan fardu haji adalah rukun Islam yang kelima bagi yang mampu menunaikannya.  Setiap umat Islam yang beriman pasti menamam cita-cita untuk ke Mekah melaksanakan fardu haji.  Hari khusus itu bagi tahun 2016 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Rakyat Malaysia yang dapat undangan istimewa dari Allah sudah dijadualkan ke sana..masya Allah.  Mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan mereka, selamat melaksanakan rukun yang dituntut dengan kejayaan haji mabrur.

Malam tadi, Mak Long menerima berita sedih dari seorang sabahat baik.  Persahabat kami erat sejak dari zaman sekolah di sekolah menengah berasrama.  Beliau dijadualkan ke tanah suci pada 7hb September.  Akal berkata tentunya beliau sudah berada di sana.  

Mesej yang Mak Long terima dari beliau.

"Assalamualaikum,  
Dengan dukacitanya saya maklumkan bahawa saya masih berada di Malaysia.  Last minute dimaklumkan visa tidak lulus.  Saya tidak akan maklum pada kawan-kawan kiranya tidak dapat maklumat dari agent..... Sedih... Perkara dah nak terjadi...lebih separuh dari kami tak dapat pergi... Doakan saya dapat pergi tahun depan...tq " 

Hati Mak Long sedih menerima berita itu, namun kita hanyalah manusia biasa yang lemah tiada daya melainkan dengan daya Nya jua.  Mesej keduanya kepada Mak Long:

"Walaikumsalam,
Aminn.  Insya Allah I am ok.  Yang kecewa tu sebab Dato owner pakej tu pun pergi.  He was scheduled to leave on 6th.  That day when we assembled for suaikenal and ceramah akhir .. His last statement to me was "see you Datin kat Mekah".  That time itself I yakin he already had our visas..half of list tak lulus visa..."

Kuasa Allah itu besar dan hanya Dia lah yang memegang segala rahsia.  Manusia merancang, Allah jua yang menentukannya.

Mudah-mudahan kami menerima jemputan istimewa untuk ke sana dari Allah untuk menunaikan fardu haji bagi tahun hadapan.   Harapan dan doa Mak Long juga menerima jemputan istimewa itu.  Aminn....














8 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Jiran kakcik tsng dijadualkan berlepas pada 5hb juga 'tersangkut'. Hanya Allah SWT dan agen yg terlibatlah yang tahu kenapa jadi begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Sedih dan kesihan, lebih-lebih lagi pihak agen memaklumkan saat akhir atas kegagalan mereka mendapatkan visa. Beg pakaian dan sebagainya sudah siap dikemas. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Pastinya ada rahmat sesebalik kejadian.

      Delete
  2. Salam Mak Long ...

    Bila terbaca kisah nih, teringat yg Mak Long dulu sekolah STF ... Rasanya di Calgary nih ada seorang yg sekolah sana gak, nama dia ROGAYAH .... Dia dah ada kat Calgary nih more than 30 years dah rasanya .... Mak Long kenal ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Kecilnya dunia.... Nama tu tidak pasti, tahun berapa beliau tammat belajar dari STF? Mungkin beliau junior Mak Long.

      Delete
    2. Tak jugak .... sebab dia dah pencen dah sekarang nih ...

      Insya Allah nanti kalau jumpa dia saya akan tanyakan ... Nama MakLong apa ya?

      Delete
    3. Mak Long pun dah pencen. Nama Mak Long .... Kamisah Mohd Shah STF SK68

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Idil Adha mak long. Have a pleasant day.

    ReplyDelete
  4. Saya juga tumpang simpati dengan rakan Mak Long tu. Mesti dia amat sedih. Saya dapat rasakan. And you Mak Long, take care!

    ReplyDelete