Assalamualaikum,
Setiap hari FB (Facebook) tanya "What is on your mind?". Jadi inilah yang bermain di minda setiap hari.
Bahasa Melayu atau disebut Bahasa Malaysia adalah bahasa resmi kita di Malaysia. Mak Long bangga jadi rakyat Malaysia dan terlalu bangga serta sayang dengan bahasa ibunda kita yang menjadi pengirat sillarturrahim rakyat Malaysia. Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil memang tidak asing lagi bagi kita 1 Malaysia.
Mak Long dengar orang Cina dan orang India bertutur dalam bahasa Melayu sangat fasih dengan loghatnya sekali.... Syabas!! Sering kali bila mereka bertutur dalam bahasa mereka sendiri, kemudian mereka selitkan dengan bahasa Melayu terutama perkataan "lah" di hujung ayat mereka. Terasa keiratan di antara kita 1Malaysia.
Tetapi Mak Long rasa ralat, orang Melayu "TIDAK" fasih berbahasa ibunda sendiri. Bahasa Melayu yang cantik dan bernilai itu sudah dirosakkan dengan menggunakan/menukar perkataan dari bahasa yang diceduk dari bahasa-bahasa asing seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab amnya. Bila orang Melayu bertutur, banyak perkataan "ceduk" digunakan. Mithalnya, "Today I makan fried rice with sambal prawn". Di mana-mana sahaja terdengar bahasa Melayu campur seperti itu digunakan seolah-olah itulah bahasa Melayu asli. Malah di kaca TV atau di radio juga bahasa Melayu campur ceduk digunakan.
Melalui penggelaman dengar sendiri dalam pembicaraan anak-anak muda kita tidak tahu adanya perkataan Bahasa Melayu khusus dan tepat untuk digunakan kerana mereka sudah biasa menggunakan bahasa ceduk.
Sayangilah bahasa ibunda kita. Jika tidak bahasa ibunda kita akan hilang dari muka bumi ini.
Mak Long bangga sebagai orang Melayu dan jadi rakyat Malaysia serta sangat bangga menggunakan Bahasa Melayu.
Nota:
Kerana masa tidak membenarkan Mak Long untuk lebih kerap mencoretkan sesuatu di blog dalam bulan ini walau pun dari mata kasar mempunyai waktu terluang. Mak Long menumpukan sepenuh masa memberi perhatian kepada Emak yang terlalu uzur. Mak Long tidak dapat peluang keemasan ini setiap hari bila sudah pulang ke perantauan.