Assalamualaikum,
Malam tadi Pak Long pesan supaya siap awal boleh pergi ke Austin. Bandaraya Austin adalah ibu negeri Texas, kira-kira satu jam memandu dari rumah. Bandaraya ini lebih kecil dari Dallas dan Houston. Kami sering ke situ hanya untuk berbelanja bahan makanan halal. Tetapi kali ini Pak Long berhajat untuk membeli sebuah tangki tandas ganti tangki di bilik mandi tingkat atas yang pecah dua beberapa hari lalu. Patutlah lama benar Pak Long mengadap komputer, rupanya melayari sesawang "craiglist" cari benda. Terjumpalah seseorang mempunyai set tangki yang hendak dijual. Omputeh di sini sekiranya ada barang yang tidak perlu, mereka jual sahaja tidak disimpan buat semak kawasan.
Pak Long dengan pertolongan Brenda jiran kami membaik-pulih bilik mandi utama kami. Sementara kerja siap kami gunakan bilik mandi di tingkat atas. Leceh! Pak Long tergelincir dalam tab mandi (bath tub) ketika cuba mengambil sebuku sabun yang terlepas dari tangannya lalu terkena pada tangki. Melimpah air hingga tiris ke bawah melalui saluran lampu di dapur. Basah dapur! Alhamdulillah Pak Long tidak apa-apa. Tahun ini sudah dua kali beliau jatuh. Kali pertama berlaku bulan lalu. Mak Long sibuk menjahit, Pak Long pula tidak ada kerja pergi merayau belakang rumah mencari kayu cedar kering dan tunggul buruk untuk menambah timbunan kayu kering yang diatur bertingkat jadikan macam tugu atau monument kayu. Tunggul yang terkumpul diletakkan atas kereta sorong. Gamaknya terlalu penuh dan berat apabila ditarik, tayar kereta sorong tersangkut akar... tunggul dan kereta sorong sekali terbalik menghempap Pak Long. Tidak boleh bergerak katanya bila cuba bangun dan tangan pula tidak sampai hendak mencapai talipon bimbitnya dari saku seluar untuk panggil Mak Long. Bergelut dia sorang-sorang melepaskan diri. Mujur tidak apa-apa. Mak Long tegur agar lain kali tidak mengulangi perbuatan begitu tanpa sesiapa bersama. Udah tua, kekuatan sudah banyak yang kurang.....

Sebelah kanan sekali itulah tugu kayu cedar yang Pak Long kerjakan sedikit demi sedikit hingga tinggi. Pokok-pokok di sekeliling ialah pokok cedar. Kayu cedar cantik berbau wangi boleh dibuat perabut, tahan lama tidak lut dimakan anai-anai.
Apabila kami sampai di Austin di rumah yang maksudkan menjual tangki sudah menunggu kami. Amboi cantik dan besarnya rumah dia. Macam istana, lengkap dengan taman dan kolam renang besar. Beliau menunjukkan kami pada tiga set tangki dan harganya cumalah USD35.00 seunit. Pilih sahaja yang mana kami suka. Masih baru. Tetapi sayangnya design tangki tersebut tidak sesuai untuk dipasang di bilik mandi kami. Jenis lain! Menurut lelaki muda itu, dia hendak menganti tangki tandas baru mengikut design baru. Orang muda kaya!
Seterusnya kami singgah ke rumah sahabat kami yang tinggal di Austin. Lisa seorang agen jual-beli rumah dan harta tinggal di apartment mewah menghadap Tasik Travis. Indah dan tenang di situ. Selepas makan tengahari, Lisa membawa kami turun ke tasik...jalan kaki dan turun tangga.
Tasik Travis |
Pemandangan Tasik Travis dari atas bukit |
Tasik Travis |
Pelantar boat |
Boleh memancing dan naik boat kalau ada boat sendiri. Dalam tasik itu, airnya hijau disebabkan banyak lumut dan rumpai. Pelantar itu terapong, maksudnya apabila air naik tinggi ia akan naik juga tidak tenggelam.
Air menghijau |
Tangga-tangga ke tasik |
Lamalah juga kami di situ menikmati suasana tasik yang indah dan tenang. Mak Long perhatikan tangga untuk naik semula ke atas sangatlah tinggi dan curam. Lisa tanya samaada kami hendak ikut jalan mula-mula turun bukit tadi atau hendak menapak naik tangga dalam gambar atau hendak naik tram. Pak Long kata ikut suka. Mak Long perasan Lisa nampak letih jadi kami naik tram sahajalah. Heee.... gayat duduk dalam kotak tram yang sempit. Jalan pelan-pelan panjat tangga lebih baik. Mak Long ada masaalah kalau masuk di tempat kecil yang sempit.
Lisa mengidap barah dua kali, barah paru-paru dan dua tahun lepas ia disahkan dengan barah payu dara pula. Doktor berjaya membuat pembedahan dan merawat ke dua-dua barah yang diidapinya. Namun begitu ia masih memerlukan mengambil perubatan setiap hari supaya barah lama tidak kembali.

Tangga dan tram |