Pages

Friday, February 26, 2016

Terapi Minda Pagi Jumaat

Assalamualaikum,

Suasana tenang di pagi hari Jumaat ini.  Embun pagi yang telah beku semalam putih bersih mulai meleleh di cucur atap kerana sang suria sudah muncul.  Ungas dan haiwan liar berkeliaran sibuk mencari rezeki di belakang rumah.  Ungas-ungas berkicau sedang menikmati butir-butir bijiran dalam sangkar yang sentiasa tersedia ada.  Rusa jantan dan betina menunggu penuh harapan untuk memakan butiran jagung habuan mereka.  Pak Long segera mengenakan baju panas terus ke belakang menabur jagung.  Alhamdulillah KAU beri peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Mu lagi hari ini.


Menunggu!

Tunggu lagi!

Terlambat!

Tunggu lagi!

Sarapan pagi

Cik punai kutip yang gugur

Tiada masaalah cari makan..

Bib! Bib! Bib!

Burung roadrunner cari ulat..

Burung roadrunner











4 comments:

  1. sejauhmana kita mengejar kemodenan akhirnya kita akui bahawa alam semulajadi jugalah yang mampu memberi kita ketenangan dan kenyamanan...

    ReplyDelete
  2. Oh.. begitu rupanya burung roadrunner. Semasa kecil selalu tengok siri kartun Roadrunner Show.....

    ReplyDelete
  3. As Salam Mak Long
    So mesmerizing seeing animals in the wild which are not that wild!

    Hank

    ReplyDelete