Pages

Thursday, July 10, 2014

Nota Jalan-jalan (5) - Utara Illinois

Assalamualaikum,

Tarikh 10hb Mei, dari rumah Ernie kami teruskan perjalanan menuju ke Daerah Joliet letaknya di utara Illinois.  Perjalanan mengambil hanya lebih kurang 3 jam lebih.  Keadaan di sepanjang perjalanan sama dengan pandangan tanah pertanian, masih banyak lagi tanah ladang yang belum dibuat persediaan untuk penanaman.  Arah perjalanan kami kali ini menuju ke rumah sahabat lama Pak Long.  Mereka berdua telah pun membuat temujanji untuk menggunjungi rumah sahabatnya.  Cuaca hari itu dingin walau pun matahari sudah bersinar tinggi dan kami selamat sampai ke rumah sahabat Pak Long tengah hari itu tanpa masaalah.  Alat GPS memanglah canggih mampu menunjuk arah jalan dengan betul.  Dick dan Aileen Smith begitulah nama sahabat Pak Long.  Kami disambut sungguh mesera walaupun Mak Long tidak pernah bertemu mereka.  Pak Long memberi tahu, Dick pernah bekerja bersamanya suatu masa dahulu di Kentucky dan mereka berkawan baik.  

Mereka beria-ia sangat mengajak kami bermalam di rumah mereka malam itu dan kami terima dengan senang hati.   Seronok juga bersembang-sembang dengan Aileen.  Beliau bijak melayan tamu membuat kami berasa selesa.

Amboi, cantiknya rumah baru mereka, bersih bersinar lantai batu  mar-mar dengan perabut serba mahal.  Sekeliling rumah pula ditanam dengan rumput tebal menghijau segar dan luas kawasannya.  Rumah mereka terletak di pinggir tasik kecil di mana penduduk di situ boleh bersantai tanpa gangguan, mengail ikan atau berihat mengayoh perahu kecil tanpa gangguan.  Di bahagian belakang rumah pula Dick mendirikan sebuah pondok khas untuk berihat atau melayan tetamu yang berkunjung ke rumahnya.  Kemas kerja pertukangannya.


Rumah Kediaman Dick & Aileen Smith


Tasik Kecil 


Tasik kecil di belakang rumah Dick Smith.  Ia adalah sebuah kelumpuk kediaman mewah yang cantik dan tenang keadaan sekeliling.







Mereka telah menyediakan bilik tidur khas untuk kami dengan pemandangan dari jendela menghadap tasik.  Bilik mandinya juga istimewa dilengkapi dengan kolam jakuzi.  Bilik untuk mandi pula dikelilingi dengan dinding kaca buat hati kurang senang pula untuk membersikan diri.



Dick & Aileen Smith

Pasangan ini nampak bahagia dan tinggal di rumah besar yang cantik.  Kebetulan Aileen mempunyai kegemaran hobi yang sama dengan Mak Long…. berkarya seni membuat quilt.  Beliau telah menunjukkan beberapa helai quilt yang telah dibuatnya.  Cantik semuanya dengan pilihan warna ceria.  Seperti Mak Long, beliau juga tidak berminat menjual quilt-quilt yang dibuat.  Quilt yang sudah siap katanya disimpan atau dihadiahkan kepada keluarga terdekat.  Kami berjanji akan berhubungan selalu, bertukar fikiran serta berkongsi rekaan yang kami reka dan temui dari majalah atau buku. 

Keesokan paginya selepas sarapan pagi dengan segelas jus oren, secawan kopi pekat dan sekeping roti bakar Mak Long sudah bersedia untuk menghadapi hari itu dengan rasa lebih bersemangat.  Susah betul hendak berpisah dengan pasangan Dick dan Aileen sahabat Pak Long itu.  Ada-ada sahaja yang hendak diceritakan oleh mereka sejak malam lagi.  Sungguh ramah dan baik hati mereka.  Kami terpaksa menolak bekalan yang hendak dibekalkan kepada kami.













4 comments:

  1. The scenes look so peaceful. It is change from our tropical countryside, with tall trees and bushes.I wonder where your Hari RRaya will be. and when will your next Hari Raya in Malaysia be.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed it is a beautiful lake. Sometimes in winter the lake will freeze. I am forever grateful for having the opportunity to see and enjoy some the great and beauty of HIS creations. Umur panjang dan ada rezeki in-sha-Allah akan beraya di Malaysia bersama Emak seperti tahun lepas. Akan bertolak dari Houston pada 17hb ini dan sampai pada 18hb. Penerbangan mengambil selama lebih kurang 22 jam.

      Delete
  2. Assalamualaikum Mak Long,

    terima kasih kerana sudi singgah di blog kakcik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kakcik Nur. Terima kasih kembali. Membaca nukilan Kakcik Nur banyak membantu melepas rindu tahan air.

      Delete