Pages

Thursday, November 7, 2013

Nota Pokok Limau Nipis Ku!

Assalamualaikum,


Pagi-pagi seperti biasa selepas Subuh Mak Long ke dapur jerang air buat kopi.  Sambil lalu ke dapur intai keluar tingkap.  Aduhai!!  Apa dah jadi dengan pokok limau nipis kesayangan Mak Long?  Satu dahan dengan buahnya terkopak jatuh ke bumi....  Sampainya hati kau rusa!  Tidak pun dimakannya daun dan buah, saja jahat memusnahkan tanaman.  Seminggu lepas pokok cactus kesayangan Pak Long dirosakkan.  Sedih ... apakan daya.. diberi makan atau tidak diberi makan setiap hari pun sama.  Dahlah rebeh sebelah pokok limau nipis Mak Long!  Harap-harap pokok itu tak mati, tambah-tambah cuaca sejuk sekarang.  Nanti Mak Long nak balut batangnya dengan kain dan plastik macam tahun-tahun lepas bila terlalu sejuk.



Cactus 

Inilah hasil kerja rusa yang sering merosakkan tanaman.  Pada hal cactus itu berduri keras bukan main lagi.  Ranab dan punah dibuatnya ..dimakan tidak!  Dipagar atau tidak sama sahaja.  Rusa boleh melompat pagar setinggi 6-8 kaki tinggi.

Pak Long cakap "I will stop feeding them after those bags of corn are finished!!!!!...."  Yalah tu!  




Rusa betina


Inilah rupa musuh ketat Mak Long!  Toya jer rupa muka dia......










2 comments:

  1. assalamualaikum kak long
    comellah rusa tu
    ni kllau kat Malaysia serupa kambing la yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ina. Kalau di Malaysia mungkin dah masuk dalam kuali atau dibuat sop panas! Kambing di sini pulak bagus tak ganggu tanaman orang.

      Delete