Pages

Friday, November 15, 2013

Nota Hot Spring, Arkansas

Assalamualaikum,


Selepas dua hari di Dallas, kami meneruskan perjalanan ke Hot Sprimg, Arkansas.  Sahaja jalan-jalan makan angin sedikit menikmati musim luruh.  Berjalan melihat-lihat tempat orang adalah satu dari kegemaran kami di waktu terluang, tambahan pula Pak Long kini sudah pencen sepenuh masa.  Alhamdulillah Pak Long penuhi janjinya.....  Hidup bukan hanya untuk mencari kebendaan dan kesenangan di dunia.  Manusia tidak hidup menungkat langit, justeru hari kematian pasti akan datang tidak ditentukan bila, bagaimana, di mana dan perlulah manusia bersedia membekalkan diri dengan amalan-amalan yang dituntut di dunia untuk bekal menemui Penciptanya.....  

Perjalanan dari Dallas ke Hot Spring mengambil masa lebih kurang empat jam.  Cuaca hari itu cantik tetapi dingin.  Di kiri dan kanan sepanjang perjalanan sungguh indah sekali.  Gambar-gambar yang dilekarkan di sini tidaklah secantik seperti yang disaksikan sendiri di hadapan mata.  Pokok-pokok pine menghijau tinggi menjolok langit sedang pokok-pokok lain juga berlumba-lumba mengejar ketinggian pokok pine.  Dedaun sudah bertukar warna kepada berbagai warna indah kuning keemasan dan kemerahan cerah.  Akhirnya nanti akan gugur jua menyembah bumi meninggalkan ranting dan dahan kekeringan kosong.  Pohon-pohon yang hanya tinggal ranting dan dahan di celah-celah dan di antara pokok pine yang tidak bertukar warna maka tercipta lukisan terindah yang tiada siapa mampu meniru keasliannya.  Indahnya ciptaan Pencipta alam semesta ini.



Highway 30 Ke Hot Spring, Arkansas

Dedaun Kuning Dan Merah Cerah

Sampai sahaja di Hot Spring, kami terus menujuk ke tempat penginapan di Hampton Inn juga.  Hotel ini telah menjadi kelaziman kami bermalam di mana sahaja kami berpergian.  Hotel ini ialah satu daripada rangkaian Hotel Hilton memberi perkhidmatan yang baik dalam hemah kami.  Bilik sentiasa bersih dan selesa.  Sarapan pagi disediakan percuma dan mereka menyediakan kopi panas bila-bila masa pelangan perlu.  Pak Long sibuk mencari risalah-risalah disediakan oleh pihak hotel yang boleh kami lawati di situ.  Rupanya banyak aktiviti yang menarik bagi pelancung-pelancung dan masyarakat tempatan disediakan.  Malam itu kami menjamu selera di Fisherman's Wharf yang menyediakan makanan laut.  Boleh tahan juga sedapnya salad udang dengan daun spinach, arugula dan lain-lain jenis daun lagi.  Sayangnya terlalu gelap untuk melihat di sekeliling dan mengambil gambar.

Hot springs terkenal dengan ujutnya beberapa mata air panas semula jadi yang mengalir keluar dari bawah tanah Gunung Hot Spring dengan suhu 147 F (64C).  Difahamkan ada 47 buah mata air panas mengalir memberi sumba air panas di kawasan itu.  Oleh itu bandar ini dinamakan Hot Spring.  Tidak hairanlah terdapat banyak perusahaan SPA mandi air panas di bandar ini.  Tambahan pula Hot Spring adalah tempat kelahiran bekas President United States Bill Clinton.  Penduduk di sini sangat megah dan bangga dengan bekas president mereka walaupun beliau pernah mencalit arang di mukanya sendiri dari skandal dengan wanita di bawah pemerintahannya.  



Bill Clinton

Bandar Hot Spring
Bandar Hot Spring

Tempat menyediakan air mineral percuma juga disediakan di beberapa tempat di bandar kepada orang ramai seperti gambar di bawah.


Bekalan Air Mineral Percuma

Mak Long cadangkan pergi dan melihat Garvan Woodland Gardens.  Tempat ini bentuknya seperti semenanjong kira-kira 4 1/2 batu jauh dari tanah besar Arkansas di Tasik Hamilton.  Ia dipenuhi dengan pokok pine yang tinggi melangit memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang tumbuh sendiri juga ada yang ditanam khas untuk mencantikkan lagi kawasan itu.  Garvan Woodland Gardens mempunyai misi penting iaitu membina dan mencantikkan langskap yang unik sebagai sebuah taman botani yang mengandungi pelbagai jenis pokok dan pokok bunga.  Ia juga berfungsi sebagai institute penyelidikan dan pertanian universiti tempatan, di Arkansas.



Bunga Camelia Di Camelia Trail
Bunga Mums Sepanjang Lorong
Lurah indah
Jambatan Joy Manning Scott Full Moon
Air Terjun
Tasik Hamilton
Taman Jepun
Pokok Bunga Azelia 
Kolam Ikan Koi
Milsap Canopy Bridge
Persedian Untuk Menyambut X'mas

Sungguh luas dan jauh kami berjalan kaki menikmati suasana taman botani itu, tidak sedar rupanya hampir dua jam lebih kami berjalan hingga terasa lengohlah kaki.  Di penghujung perjalanan kami sampai di sebuah bangunan mirip sebuah chapel yang pernah kami lawati di Eureka Springs, Arkansas tidak berapa lama dahulu iaitu Thorncrown Chapel.  Chapel ini dinamakan Anthony Chapel.  Thorncrown Chapel dijaga lebih rapi dan baik daripada Anthony Chapel.  Di luar dan di dalam chapel ini memang serupa dan kami diberitahu oleh mereka, ada 19 buah chapel serupa ini di Amerika.  Beberapa ela dari chapel ini suatu menara loceng yang juga rangka binaannya hampir menyerupai binaan chapel dinamakan Anthony Family Carillon.  Di sini juga ada agenda upacara perkahwinan bagi mereka yang inginkan sesuatu keistimewaan suasana rimba.



Anthony Chapel

Dalam Anthony Chapel
Menara Loceng Anthony Family Carillon

Hari sudah lewat tengahari apabila kami keluar dari Garvan Woodland Gardens.  Dari situ habiskan lawatan kami ke Menara Hot Spring (Hot Spring Tower).  Harga tiket bagi warga emas untuk naik ke menara hanyalah USD6.00 seorang.  Pelawat boleh naik ke atas dengan lift atau memanjat tangga.  Kami naik lift sahaja dan turun dengan tangga tidaklah teruk sangat begitu.  Ada juga mereka yang berani naik ke atas dengan memanjat anak mata tangga.  Tercungap-cungap engkau!!




Menara Hot Spring

Pemandangan Dari Menara Hot Spring

Pemandangan Sayup Dari Menara Hot Spring


















2 comments:

  1. teringin nak lihat masjid kat sana... macamana rupa dia. sama kat sini ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak banyak masjid terdapat di USA. Kebanyakan rumah atau kedai persendirian atau harta yang diwakapkan dibuat masjid walaupun sudah bertambah bilangan Muslim di negara ini.

      Delete