Oak Alley Plantation House |
Oak Alley Plantation ialah sebuah dari ladang-ladang tebu lama yang banyak terdapat di Louisiana. Oak Allley Plantation mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia terletak di tebing Sungai Mississippi daerah Vacherie, Louisiana mengandungi beberapa buah bangunan iaitu rumah besar (kediaman tuan rumah), beberapa rumah lebih kecil dipanggil rumah 'Garconniers' (rumah orang bujang), dan rumah-rumah hamba yang berkerja di ladang tersebut. Sepanjang-panjang lorong terdapat pohon Virginia Live Oak di kiri dan kanan meneduhi jalan dari jalan raya ke rumah dan juga di bahagian belakang. Jauhnya lorong itu ialah kira-kira satu suku batu panjangnya dan pokok oak telah ditanam sebelum pembinaan rumah besar itu lagi. Menurut sejarah pokok oak itu ditanam oleh mereka yang mula-mula meneroka kawasan itu lebih 300 tahun dahulu. Sejarah tidak memastikkan siapakah peneroka pertama itu.
Ini adalah kali kedua Mak Long datang melawat tempat itu. Kali pertama ketika kami tinggal di Baton Rouge, Louisiana dalam tahun 2002 di mana Pak Long bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas. Kali ini kami membawa kedua puteri kami ke tempat ini dalam perjalanan balik ke Texas dari North Carolina. Hari itu cuaca tidak menyembelahi kami, hujan tidak berhenti walaupun tidak lebat tetapi ia tidak mematahkan hasrat kami dari berjalan kaki dan berhujan menuju ke kawasan rumah besar. Oak Alley Plantation sekarang dikelolai oleh Oak Alley Foundation yang diterajui oleh mendiang isteri tuan punya ladang terakhir. Setiap pelawat yang datang dikenakan bayaran untuk masuk kawasan perumahan. Agak tinggi juga bayaran hendak masuk! Kutipan dari bayaran pelawat digunakan untuk kerja baik pulih dan penjagaan Oak Alley Plantation.
Rumah besar itu ialah hadiah dari Jacques Telesphone Roman(1800-1848) kepada isterinya Celina (1816-1866). Seni bina rumah itu mengikut pengaruh reka bentuk 'Greek Rival' (seni bina Greek) dan telah direka bentuk oleh bapa Celina sendiri. Kerja-kerja pembinaannya dilaksanakan oleh hamba-hamba ladang memakan masa selama tiga tahun. Sementara bahan binaan pula diambil dan dibuat sendiri dari kawasan ladang itu. Alat-alat perabut dalam rumah dibawa dari Eropa dan dari merata Amerika. Oak Alley Plantation telah bertukar tuan beberapa kali selepas kematian Jacques dan Celina. Antara mereka ialah Jacque T. Roman, John Amstrong dan Hubert Bonzano, Hector Humphreys, Andrew and Josephine Steward dan kini dimiliki oleh Oak Alley Foundation. Faundation inilah yang membaik pulih bangunan dan kawasan. Penanaman tebu masih lagi mengeluarkan hasil tebu hingga ke hari ini.
Isteri tuan punya Qak Alley Plantation yang terakhir Josephine Steward yang tinggal di situ dari 1925-1972 lebih mengemari aktiviti luar seperti menunggang kuda dan berkebun daripada duduk di rumah. Beliau telah berusaha membuat sebuah taman Inggeris (English Garden) ini yang dipanggil 'boxwoods'. Taman ini telah berumur 100 tahun lamanya.
Mangkok besar di tengah-tengah bulatan bunga itu ialah kuali besi yang digunakan untuk memasak air tebu. Air tebu yang sudah dimasak dan kering dijadikan gula merah.
Ini adalah kali kedua Mak Long datang melawat tempat itu. Kali pertama ketika kami tinggal di Baton Rouge, Louisiana dalam tahun 2002 di mana Pak Long bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas. Kali ini kami membawa kedua puteri kami ke tempat ini dalam perjalanan balik ke Texas dari North Carolina. Hari itu cuaca tidak menyembelahi kami, hujan tidak berhenti walaupun tidak lebat tetapi ia tidak mematahkan hasrat kami dari berjalan kaki dan berhujan menuju ke kawasan rumah besar. Oak Alley Plantation sekarang dikelolai oleh Oak Alley Foundation yang diterajui oleh mendiang isteri tuan punya ladang terakhir. Setiap pelawat yang datang dikenakan bayaran untuk masuk kawasan perumahan. Agak tinggi juga bayaran hendak masuk! Kutipan dari bayaran pelawat digunakan untuk kerja baik pulih dan penjagaan Oak Alley Plantation.
Bahagian Hadapan Rumah Besar |
Bahagian Belakan Rumah Besar |
Taman Steward Di Tepi Rumah Besar Dan Rumah Bujang (Gareonniere) |
Isteri tuan punya Qak Alley Plantation yang terakhir Josephine Steward yang tinggal di situ dari 1925-1972 lebih mengemari aktiviti luar seperti menunggang kuda dan berkebun daripada duduk di rumah. Beliau telah berusaha membuat sebuah taman Inggeris (English Garden) ini yang dipanggil 'boxwoods'. Taman ini telah berumur 100 tahun lamanya.
Bahagian Belakan Rumah Besar |
Mangkok besar di tengah-tengah bulatan bunga itu ialah kuali besi yang digunakan untuk memasak air tebu. Air tebu yang sudah dimasak dan kering dijadikan gula merah.
Pokok Virginia Live Oak |
Tumbuhan tumpang yang hidup di dahan pokok oak dipanggil 'resurrection fern'. Dalam bahasa Melayu lebih kurang maknanya 'paku hidup semula'. Nama saintifik dipanggil 'Pleopeltis polypodioides'. Tumbuhan ini mampu hidup lama di musim kemarau kering. Daun paku itu akan kering berwarna merah gelap dan mati. Apabila mendapat titisan air paku itu akan kembang semula dan bertukar warna hijau.
Pokok Oak berumur lebih 300 tahun |
Rumah besar ini ada tiga tingkat. Di tingkat bawah mempunyai beberapa bilik besar di antanranya ialah bilik makan utama di mana di bilik inilah tempat makan seluruh keluarga yang tinggal di rumah besar. Di dalam gambar di bawah. Tabir warna merah di tengah-tengah gambar ialah kipas menghalau lalat dan serangga yang berterbangan. Waktu makan setiap penghuni rumah dimestikan berpakaiaan sopan. Ketua rumah duduk di hujung meja memberi arahan. Seorang hamba perempuan berdiri berhampiran menunggu tuan rumah makan dan menunaikan perintah dari mereka.
Bilik Makan Utama |
Kami naik ke tingkat atas melalui anak tangga kayu yang diukir melihat bahagian tingkat kedua. Semua bilik tidur terletak di tingkat rumah. Tingkat ke tiga kecil digunakan sebagai tempat keluarga berihat.
Kamar Bayi |
Kamar Tidur Utama |
Kamar Tidur Anak Gadis Jacques dan Celina |
Pakaian Wanita Di Rumah Oak Alley |
Rumah Hamba Di Oak Alley Plantation |
Selain rumah besar ada beberapa rumah lebih kecil dipanggil 'Garconnieres'. Apabila anak-anak muda dari rumah besar menjangkau umor 15 tahun, anak-anak muda itu berpindah ke Garconnieres dan tidak dibenarkan tinggal di rumah besar lagi. Hanya mereka yang sudah berumah tangga dan beranak pinak sahaja dibenarkan tinggal di rumah besar. Rumah-rumah tempat kediaman hamba abdi terletak jauh sedikit dari kawasan perumahan tuan punya rumah. Sebuah loceng besar terletak di rumah besar akan dibunyikan untuk memberi arahan kepada hamba-hamba. Bunyi loceng itu mempunyai beberapa makna melalui berapa kali loceng itu dibunyikan. Umpamanya loceng waktu hamba mula berkerja di ladang, waktu berihat, waktu makan dan sebagainya. Teruk hidup jadi hamba!
Seorang daripada hamba bernama Antoine menjadi tukang kebun. Kerjanya menjaga tanaman, pokok dan hal-hal pertanian. Ia berjaya memcantum benih biji pecan yang baik berkulit nipis. Baka biji benih pecan itu dinamakan Centennial Papershell Pecan dan masih terdapat lagi hingga sekarang.
Hampir satu jam lebih kami berada di kawasan Oak Alley Plantation barulah kami berjalan pulang ke kereta di mana Pak Long sedang menunggu kami dengan sabar.