Pages

Thursday, August 1, 2013

Nota Tidak Puasakah?

Assalamualaikum,
 
Semua penumpang dari berbilang bangsa dan agama dalam pesawat MAS itu sudah duduk selesa dengan mengenakan tali pinggang keselamatan.  Pihak anak-anak kapal pula sedang sibuk menyediakan hidangan minuman ringgan dengan sebungkus kacang tanah bakar kepada penumpang-penumpang.  Seorang daripada anak kapal yang jelita menghampiri Mak Long sambil menghulurkan bungkusan kacang dan minuman.
 
"Saya puasa...... " jawab selamba sambil merenung mukanya.  Tetapi tiada riaksi dari mukanya.
 
"Ooo..."  pendek jawab pramugari tersebut
 
Si jelita itu terus berlalu ke belakang meneruskan tugasnya menghulur hidangan ringgan itu kepada penumpang-penumpang lain.  Ramai juga orang Melayu di antara kami dan Mak Long beranggapan tentulah mereka juga orang Islam.  Ada yang menerima hidangan itu..... tidak puasakah mereka?  Mungkin mereka lupa atau beranggapan kerana bermusafir jauh dari tempat kediaman.  Yalah macam-macam kerenah manusia.  Sesungguhnya tidak baik beranggap buruk terhadap orang lain.  Cepat-cepat Mak Long berastrafal dan buangkan tanggapan itu...   Wahai... banyaknya dugaan ya..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.   

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya. Dimana menyambut hari raya dan bersama semua dalam keluarga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Idil Fitri. Alahamdulillah tahun ini kami dapat beraya di kampong bersama Emak.

      Delete