Dua hari lepas puteri sulung bawa Mak Long ke Jalan Mesjid India, pusat jualan tersohor bagi peniaga jalanan di kalangan penduduk tempatan bandaraya Kuala Lumpur. Kami naik LRT ke situ kerana ia lebih mudah dari memandu kereta. Lalu-lintas di kota terlalu sibuk. Dari rumah kami menaiki taxi ke perhentian LRT, tidaklah jauh. Tetapi kalau berjalan kaki berpeluhlah juga. Kira-kira ini adalah kali ke empat atau kelima Mak Long merasa menaiki LRT semenjak projek ini ditubuhkan beberapa tahun lalu. Hahahaha... Mak Long senyum sendirian memikir diri yang rasa kejakunan lagi kagum melihat dan mengalami kecangihan perkhidmatan pengangkutan moden negara sendiri. Semua sudah menggunakan kuasa komputer canggih! Ya, Mak Long berasa bangga sekali melihat tanah air tercinta pesat membangun dalam rangka masa hampir 17 tahun iaitu dalam masa pemergian Mak Long ke negara asing. Rasa tidak percaya dalam jangka masa itu beratus bangunan besar-besar dan menjulang tinggi tersergam tegap di seluruh bandaraya seperti cendawan tumbuh selepas hari hujan. Bangunan lama "Perhentian Bas Stand Kelang" (nama yang sering disebut-sebut oleh orang kota) juga sudah dirobohkan menyembah bumi.
I am very proud of my Malaysia!!!
LRT berhenti di Perhentian Mesjid India. Kami bergegas keluar dari keretapi itu. Mak Long hampir-hampir tidak mengenali suasana sekitar di kawasan tersebut. Sibuk sekali dengan manusia dari berbagai kaum berpusu-pusu membeli belah terutama apabila menjelangnya hari perayaan bulan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Separuh dari jalan itu ditutup dari lalu lintas memberi ruang untuk anak tempatan berniaga. Di situ beratus peniaga jalanan memenuhi jalan raya menjual perbagai jenis pakaian terutama pakaian Islam moden. Bangunan Wisma Yakin yang sangat tersohor dengan barisan peniaga-peniaga anak watan masih ada berniaga kain, baju hinggalah buku-buku agama pun ada. Kalau ingin menempah membuat pakaian Melayu terutama baju Melayu lelaki, di situlah tempat pakarnya. Mereka menyediakan pelbagai jenis kain yang sangat sesuai untuk membuat baju Melayu. Mungkin upah jahitan juga berpatutan agaknya.
Mak Long bukanlah hendak membeli belah, tetapi hanya mahu melihat dan menyusur kembali kenangan dan gambaran yang pernah Mak Long lewati berpuluhan tahun dahulu ketika menjadi sebagai penduduk kota raya. Melewati kenangan nostalgia gitu. Dulu-dulu tempat ini tidak begitu sibuk seperti sekarang. Tidak ramai ada orang asing dari seberang berniaga di Jalan Mesjid India. Kini sudah sudah berubah, didapati terlalu ramai, malah peratusnya sangat tinggi pada kiraan Mak Long orang seberang berniaga membolot mengambil alih peniaga Melayu. Ke mana perginya peniaga-peniaga Melayu?
Di suatu kedai kami singgah, jurujual itu juga seorang dari seberang lantas Mak Long bertanya, "Anda datang dari mana?"
"Saya dari Indonesia.... saya kawin dengan orang sini...."
Kemudian kami singgah di kedai lain yang menjual telekong pula. Ingin pula untuk memiliki sepasang lagi telekong. Macam-macam jenis dan warna telekong ada, bersulam penuh seluruh kain telekong menjadi tradisi kegemaran wanita Muslim sekarang. Susah hendak mendapatkan telekong yang biasa-biasa tanpa bersulam tebal dan penuh berkerawang. Mak Long tidak berminat langsong pada telekong yang berjahit sulam tebal dan berbunga penuh seperti yang terdapat sekarang. Buat rasa gatal-gatal dan mencucuk sahaja bila memakainya hingga tidak khusyok bersolat. Allah tidak pandang kecantikan atau harga telekong yang mahal untuk menunaikan solat. Semuanya terletak pada keikhlasan hati sendiri untuk mendekatkan hati kepada yang Esa.
"Anda orang di sinikah? Tanya Mak Long pada seorang anak muda, penjual telekong itu.
"Tidak, saya dari Indonesia. Sudah lama saya tinggal di sini," terangnya. Loghat percakapannya tidak banyak telor orang Indonesia lagi.
"Sudah jadi rakyat Malaysia?", Tanya lagi kerana ingin tahu.
"Tidak jugak. Saya kerja sini tidak perlu ada paspotnya....," jelasnya tanpa rasa takut atau bimbang. Hmmmmm pendatang haram rupanya. Boleh hidup dengan senang lenang dia. Kemana lesapnya orang Melayu kita? Agak menggeciwakan! Kegusaran ini bermain-main di kepala Mak Long.... kalau begini keadaan berterusan sudah tentu Melayu akan hilang di muka bumi ini. Wahai kaum Melayu bangunlah dari bermimpi di siang hari. Ia merugikan kita semua! Bangunlah demi bangsa dan Negara ....
Mesjid India masih ada. Sudah lama masjid ini.

Bunga Raya Bunga Negara |
Begitulah ceritanya tentang peniaga diibu kota. Sedih dimana pergi orang asli tempatan. Kalau berada di Texas baguslah, Alhamdulillah. Tergaris hati bila melihat mereka menjadi hamba donegeri sendiri kerana kemalasan dan tidak pula berusaha memperbaiki keadaan dengan berusaha memberi pelajaran kepada anak2 dalam jagaan - terbiar membesar bagai lalang.
ReplyDelete