Assalamualaikum,
Penerbangan tinggi di awan biru telah ditetapkan pada lewat petang 22hb. Bagi Mak Long setiap kali menghadapi penerbangan adalah satu penyiksaan zahir dan batin. Tidak kiralah apa kelas tempat duduk yang dipilih. Perasaan pobia sentiasa menyelubungi suasana. Seminggu sebelum penerbangan hati sudah mula berdebar dan tidak selesa walau pun puas cuba menteteramkan keadaan. Pak Long cakap mungkin Mak Long perlu ambil pil vallium dan jumpa doktor untuk mangurangkan rasa demikian Hmmmmm... Tak maulah!
Pada hari berangkat, Pak Long hantar ke Lapangan Penerbangan IAH. Sibuk dan ramai di lapangan. Macam-macam rupa dan ragam manusia ada. Ada yang kelam kabut dan ada yang tenang menangani urusan perjalanan masing-masing. Pak Long membantu hinggalah saat Mak Long masuk ke ruang pemeriksaan keselamatan terperinci yang mendebarkan. Pak Long pandang dari jauh .... di wajahnya nampak kebimbangan hingga Mak Long masuk ke dewan menunggu. Kasih seorang suami ya... Mak Long mampu senyum sendirian kerana syukur.
Pesawat penuh, setiap kerusi dipenuhi. Kebanyakan penumpang orang Asia dan orang Russia. Ya pesawat menuju ke Moscow mengambil masa selama sepuluh jam kemudian meneruskan penerbangan ke Singapore pula selama empat belas jam. Penyakit Mak Long tidak boleh melelapkan mata menyebabkan badan berasa terlalu letih. Ada beberapa pilihan movie, musik, game dan macam-macam untuk tontonan menghiburkan penumpang. Kebanyakan movie keluaran Hollywood sudah ditonton. Cuba juga tonton yang lain dan dengar lagu-lagu pilihan. Selebihnya dihabiskan dengan membaca sambil menikmati minuman dan jajan yang disediakan oleh pramugari bertugas. Hidangan yang dihidangkan juga baik. Jenis makanan mengikut keperluan sendiri seperti makanan Muslim, makanan Yahudi dan lain-lain boleh dipesan terlebih dahulu sebelum penerbangan melalui internet di halaman penerbangan yang digunakan.
Di Moscow semua penumpang yang meneruskan pernerbangan ke Singapore diperiksa keselamatan lagi walaupun di Houston sudah pun diperiksa. Leceh betol! Orang Russia mahal senyuman, tidak ramah dan kasar!
Penerbangan ke Singapore juga penuh. Makanan terakhir dihidangkan jam 4:30 pagi sedang baik waktu sahor. Pesawat selamat mendarat seperti yang dijangka jam 5:08 pagi dan sempatlah Mak Long melapurkan tiket untuk terus ke Kuala Lumpur dengan pesawat MAS pula yang berlepas pada pukul 7:00 pagi. Sampai di KLIA pula pukul 7:45 pagi, alhamdulillah selamat sampai ke tanah air tercinta.

Hanya gambar sahaja |
No comments:
Post a Comment