Pages

Saturday, July 6, 2013

Nota Aktiviti 4th July, 2013

Assalamualaikum,

Dua hari lepas adalah hari menyambut kemerdekaan Amerika Syarikat.  Lebih dikenali dengan 4th of July bagi orang Amerika.  Pak Long merancang keluar menilau-nilau aktiviti di beberapa tempat berdekatan dengan daerah kami.  Boncing motosikal katanya.  Haaah hah... merempit!! Ooooooo kkkkk....

Kami keluar sedikit awal.  Matahari pula alhamdulillah tidaklah panas sangat di awal pagi ...... boleh tahanlah!  




Dari rumah kami mulakan ke Stazville.  Ketika kami lalu di pekan Stazville, orang ramai sudah berduyun-duyun sedia bersidai di tepi kiri kanan jalanraya menunggu perarakan sampai.  Berbagai ragam manusia ada.  Ramai mem-mem siap dengan cermin mata hitam sudah duduk bersandar atas kerusi yang mereka dibawa sendiri sambil berkipas-kipas menahan kepanasan pagi.  Kanak-kanak berlari-lari seperti anak rusa lepas, manakala pihak keluarga pula cuba menjaga keselamatan mereka.  Polis juga sibuk menjalankan tugas mereka.  Kami tidak singgah dan terus berlalu dari situ.



Boerne, Texas

Antler Cafe, Boerne

Lantas kami terus ke daerah Boerne.  Tidak ada perarakan di sini malah tidak banyak bendera Amerika dikibarkan.  Cuba agak bagai Boerne disebut!    Nanti Mak Long eja sebutannya di bawah nanti.  Boerne ialah perkataan Jerman.  Pak Long cakap orang Jerman dan Perancis tidak tahu mengeja.  Lain ejaan, lain pula disebut.  Boerne ialah sebuah pekan orang Jerman terletak dalam daerah Texas Hill Country seperti tempat kami Canyon Lake.  Nama pekan ini dinamakan untuk mengingati seorang penulis dan publisis (publicist) Yahudi bangsa Jerman  bernama Boerne.  Banyak rumah dan bangunan lama yang dijaga masih digunakan sebagai tempat kediaman atau perniagaan.  Kami singgah di Antler Cafe iaitu sebuah restauran yang menyediakan makanan laut.  Mak Long meminta ikan bakar sembilang (cat fish), salad, bendir goreng tepong dan air kosong.  Di dalam restauran dihiasi dengan tanduk-tandur rusa dan lain-lain bahagian kepala binatang buruan.


Tandok Rusa

Selepas makan kami teruskan ke Luckenback, satu lagi daerah yang diteroka oleh seorang Jerman bernama Jacob Luckenback dalam tahun 1845.  Ia hanyalah sebuah kampung petani kecil yang tidak ada keistimewaan.  Hanya yang menjadi tarikan ramai ialah sebuah bangunan lama merupakan pejabat pos lama dan kedai biasa yang menjual minuman, makanan ringan dan barang-barang cenderamata.  Hujung minggu atau hari-hari tertentu merupakan tempat tumpuan penunggang motosikal dan pelawat dari merata ceruk untuk mendengar lagu-lagu country (Texas country songs) persembahan dari ahli-ahli pancaragam yang diundang.  Kami di situ tidak sampai lima  minit pun terus berlalu.



Luckenback, Texas




Tempat terakhir kami ke Fredericksburg.  Fredericksburg dibuka dalam tahun 1846 dan mengambil nama sempena Putera Fredrick berasal dari Prussia.  Menurut sejarah Fredericksburg merupakan pusat penting bagi orang Jerman yang datang dari Negeri Jerman.  Mereka meneroka dan memajukkan kawasan itu.  Bahasa Jerman masih lagi digunakan hingga hari ini oleh anak watan di sini.  Terdapat bekas-bekas seperti rumah, sekolah dan cara hidup mereka dahulu yang dikekalkan sebagai tarikan perlancungan.  Kini Fredericksburg menjadi sebuah dari bandar perlancungan penting di bahagian Hill Country Texas.  Hari mulai panas terik tidak seronok lagi merempit!  Kami singgah untuk menikmati ice cream di Dairy Queen.  Mak Long minta ice cream cawan yang dicelup dengan cekelat pekat.  Hmmmm memang sedap ice cream di sini.  

Perjalanan pulang kami lalu di sepanjang  Sungai Guadalupe.  Sebutannya "gua-da-lupee".  Dalam sungai penuh dengan pengunjung bersuka ria, berkelah, berenang, naik pelampung (tube) dan macam-macam lagi.



Sungai Guadalupe 

Selepas Magrib kami ke Bandar San Marcus pula.  Ada permainan pancaragam tempatan percuma.  Beratus-ratus ramainya pengunjung malam itu.  Ada juga jualan makanan masakan orang tempatan seperti taco, jagong bakar, kaki ayam belanda dan lain-lain.  Bau makanan sungguh menyelerakan tekak dan hidung!   Kami tengok sahajalah.....   


Taman Awam San Marcus

Pertunjukan bunga api bermula jam 9.30 malam.  Cantik!  Sayang pertunjukan itu hanya selama lebih kurang tiga puluh minit sahaja tetapi memuaskan.  Mak Long tidak berapa pandai mengambil gambar bunga api,  tapi inilah di antara yang dapat dirakamkan!











Boerne:  Sebutannya ialah Berrr- nie (gulungkan sedikit lidah bila sebut berr..)


















No comments:

Post a Comment