Pages

Thursday, June 27, 2013

Nota Rose Mary

Assalamualaikum,



Panas sungguh hari ini, suhu diramalkan akan mencecah 100 degree lebih.  Nampaknya duduk dalam rumah sahajalah.  Badan pun berasa lesu dan malas.  Pak Long ingin memonton wayang gambar di panggong wayang.  "Bosan dok di rumah aje...", katanya.  Ikutkan ajelah.  Mak Long pun malas hendak cara tambahan perasaan malas menyelubongi segala.  Rasa malu pula pada diri sendiri membiarkan diri berfikir demikian!  Tetapi sekali sekali ingin juga memanjakan diri ......  Hmmm... Jangan salah faham ek...  Selepas balik dari menonton sedang baik pula masuk waktu Zohor.  Rihatkan badan dan terlelap pula hinggalah tersedar Pak Long mengerak Mak Long dan memberitahu ada tetamu datang.

Rose Mary datang rupanya.  Beliau menunggu dan menjaga rumah jiran sebelah sementara mereka berpergian selama tiga minggu.  Rose Mary sudah berumur juga orangnya dalam lingkungan tujuh puluh tiga tahun.  Beliau kaya dengan senyuman dan gelak ketawa.  Mak Long dapati beliau seorang yang beriman teguh dengan kepercayaan agamanya.  Bila beliau bercakap sering diakhiri dengan gelak kecil.  Katanya rumah jiran itu terlalu sunyi dan beliau suka mendengar musik.  Rose Mary menerangkan kepada kami dia kurang faham bagaiman hendak menggunakan alat musik di rumah jiran itu, ..."I tuned it on but I don't hear sound!... Could you take a look at it for me.....?"  Kasihan Rose Mary.

Kami mengikutnya ke rumah jiran dan melihat apa masaalahnya dengan alat pemain CD yang Rose Mary cuba mainkan.  Selepas beberapa minit membelek alat itu, tekan itu dan ini Pak Long pun tidak tahu apa masaalahnya kerana tidak nampak di mana butang atau wayar saluran suara.  Yang kami jumpa dan nampak ialah enam jenis "remote control" di sisi alat permain musik itu .... semuanya tidak berfunsi!  Rupanya ada juga orang suka punggut dan kumpul remote control yang sudah tidak berguna!   Pak Long nampak sebuah radio Bose kecil di atas TV lalu memetiknya.  Naa... lagu rentak rancak berkumandang di udara.  Tersentak Ros Mary,  "it works!?.... it's all I want... just the music!"  Kami terangkan itu radio dan kami beritahunya tidak dapat membantu dengan alat pemain CD.  Rose Mary gembira dapat dengar musik walau pun dari sebuah radio.  Kami tinggalkan Rose Mary dengan radio selepas memberi penerangan bagaimana hendak buka dan tutup radio tersebut. 

Hampir setiap hari Rose Mary berjalan kaki keliling kawasan perumahan bersama seekor anjing jiran.  Katanya anjing jiran itu sudah berumur 13 tahun, pekak dan buta pula.  Jiran mintanya membawa anjing itu berjalan sebagai senaman tetapi menurut Rose Mary anjing itu tidak suka berjalan jauh, selalu hendak pusing balik ke rumah.  Dalam hati Mak Long berkata .... "..manalah anjin tu suka berjalan, bukan boleh tengok atau dengar apa-apa pun.  Sudahlah begitu tidak bebas pula walau pun dapat keluar berjalan sebab kena pakai tali cawak di leher..."  

Penduduk di kawasan perumahan tidak dibenarkan melepaskan anjing mereka keluar bebas merata kawasan atau pun masuk di kawasan rumah-rumah penduduk.  Tuan punya anjing dikehendaki bertanggung-jawab mengawal anjing-anjing mereka. Mereka disyaratkan menggunakan tali cawak untuk mengawal anjing apabila membawa anjing-anjing mereka keluar.  











No comments:

Post a Comment