Assalamualaikum,
Beberapa hari lepas sementara menunggu waktu Maghrib, Mak Long rehat-rehat di ruang sisir rumah di mana kami selalu menjamu selera bila cuaca membenarkan. Sambilan itu Mak Long melayari halaman di alam maya dan minum air teh hijau kosong. Sayub-sayub Mak Long terdengar seperti bunyi anak kambing tidak jauh dari rumah di mana rimbunan pokok oak dan cedar hidup segar. Mengalih pandangan kesitu Mak Long nampak seekor ibu rusa sedang melahirkan anak. Masya Allah........ Ketika itu Mak Long tidak bersedia dengan camera, kalau tidak sudah tentu ambil gambar. Mak Long panggil Pak Long keluar dan kami sama-sama menyaksikan peristiwa kelahiran satu dari makhlok Allah. Anak rusa yang baru dilahirkan itu kecil sahaja lebih kurang sebesar seekor kucing. Lebih tepat lagi samalah besarnya dengan anak kambing yang baharu dilahirkan. Bulunya berwarna kemerahan dengan bintik-bintik putih terang yang masih basah lagi. Ia cuba bangun beberapa kali sambil berbunyi tetapi jatuh semula. Setelah beberapa kali jatuh bangun akhirnya ia berjaya berdiri dan bertateh perlahan mendekati susuan ibunya. Kami asyik memerhatikan peristiwa yang jarang kami temui. Tidak berapa lama selepas itu, ibu rusa bangun dan berjalan perlahan-lahan kedalam rimbunan pokok-pokok diikuti anak rusa yang masih kecil dan bertatih berjalan. Anak rusa yang baharu sahaja dilahirkan dalam beberapa minit sahaja sudah boleh bangun dan berjalan... subhanallah. Itulah kebesaran Allah yang maha esa. Kami pandang hinggalah mereka hilang dari pandangan.
Pak Long beritahu supaya tidak mendekati mereka kerana ibu binatang liar yang baru melahirkan sangat garang dan merbahaya.
Rusa Mengutip Jagong Yang Ditabur |
Musim Mengawan |
Anak rusa nani baru kembang ekor
Apa dosa kami lalu tidak mahu tegur
Mak Long teringat pantun dua kerat ini. Masa kami adik beradik kecil dahulu Emak biasa berpantun buat nyanyian ketika beliau membuai adik di buaian. Sekarang ibu-ibu jarang atau tidak langsong mendodoi, membuai untuk menidurkan anak mereka. Tidak dinafikan hakikat ini kerana Mak Long juga termasuk dalam gulungan ibu yang terpaksa keluar rumah di awal pagi dan balik lewat petang mencari rezeki untuk keluarga. Namun, walaupun badan berasa letih dan penat bila pulang dari kerja, tugas tanggung-jawab pada anak-anak tidak diabaikan walaupun ada pembantu rumah. Melihat anak-anak gembira menerkam di muka pintu menyambut kepulangan sudah cukup membuat hati seseorang ibu cair. Kebanyakan ibu moden tidak mempunyai masa berbuat begitu. 90% tugas menjaga anak-anak diserahkan kepada pembantu rumah atau di pusat jaga anak. Pendapat Mak Long dalam perkara ini walau sesibuk mana sekali pun ibu dan bapa wajib meluangkan masa untuk anak-anak walau pun sebentar. Tanggung-jawab ibu bapa hendaklah memastikan memenuhi keperluan mereka baik dari segi makan, minum dan pakaian amnya. Paling penting sekali ialah memberi kasih dan sayang serta didikan yang sewajarnya.
Tandok Rusa |
Assalamualaikum kak long
ReplyDeleteina dah post resepi jeruk limau di inbox fb akak yer
Waalaikumsalam Ina. Terima kasih.
DeleteDeer around the house sounds amazingly unusual. It is somewhat hard to image the wild west is truly wild.
ReplyDeleteAl-Manar Pakcik, Texas is the second largest U.S. state, after Alaska. It has differences in soils, topography, geology, rainfall and plant and animal communities. Texas is divided into Gulf Coastal Plains, Interior Lowlands, Great Plains and Basin and Range Province. We live in the central Texas the state's hill country. Di sini kawasannya agak gersang, berbukit dan binatang seperti rusa jenis "white tail deer" menjadi penghuni utama. Keadaan semulajadi di kebanyakan kawasan perumahan ditetapkan walaupun berhampiran bandar2 utama. Kerana itulah binatang dan burung liar hidup tanpa gangguan. Berpuluh ekor burung punai merayap di kawasan rumah kami setiap hari.
Deletesalam... nasib baik paklong x suka berburu
ReplyDeleteWaalaikumsalam, kami terhibur melihat binatang liar di kawasan rumah kami. Tidak perlu ke zoo.
Delete