Pages

Wednesday, July 3, 2013

Nota Apabila Alis Kening Cantik

Assalamualaikum,

Semalam kami keluar ke bandar....saja-saja.  Cuaca sedikit mendung tidak begitu panas seperti semalam 108 degrees.  Panas kering di sini tidak membuat kita berpeluh.  Pak Long kata, "kite pergi ke pasaraya Target, yes?"  Mak Long setuju.  Lama sudah tidak pergi ke situ.  Target ialah sebuah pasaraya popular di Amerika.  Setiap negeri di sini ada pasaraya Target kekadang ada dua atau lebih buah pasaraya ini di satu-satu tempat.  Seperti pasaraya Wal-Mart juga tetapi Target lebih bersih, barangan dijual lebih bermutu dan lebih baik khidmatnya.  Biasanya di suatu sudut ada kedai kopi "Starbucks Coffee" yang jadi kegemaran ramai orang sini.  Kalau musim sejuk chocolat campur kopi panas jadi kegemaran utama.

Ketika kami hendak masuk ke pasaraya, sekumpulan keluarga juga bersaingan hendak masuk.  Mata Mak Long ini kekadang buat hati ini berasa bersalah selalu sebab ada-ada  sahaja mata ini nampak.  Sesungguhnya Allah menyuruh kaum hawa menundukkan pandangannya tetapi ya Allah .......  Pandangan terpaut kepada seorang anak lelaki mungkin dalam lengkongan sebelas tahun atau mungkin lebih sedikit.  Berbaju-T berwarna-warni terang dan berseluar pendek besar lagi londeh.  Yang menjadi tarikan utama ialah mata dan alis bulu keningnya dicukur dan dibentuk cantik, bersih seperti bulu kening seorang wanita.... hmm ini kalah wanita!  Mak Long alihkan pandangan ketempat lain dan kami berlalu dari mereka.

Tidak berapa lama kemudian kami bersua lagi dengan kumpulan tersebut di suatu barisan barang-barang makanan kering.  Kali ini Mak Long menyedari setiap orang dalam kumpulan itu mempunyai alis mata dan bulu kening yang memang dibentuk cantik terutama wanita yang dalam lengkong tiga puluhan tahun itu siap bermekap.  Memang mereka semua menarik.

Moral dalam pekara ini ialah mengapa digalakan seseorang anak lelaki yang tegap dan gagah seperti anak lelaki itu dibiarkan bersifat dan berlagak sebagai perempuan.... menjadi seorang bapok atau mak nyah.  Mungkin tidak menjadi sebarang masaalah atau kesalahan bagi orang-orang yang bukan Islam.  Matalamatnya supaya kita tidak menukar sifat yang sudah ditentukan Allah dalam ciptaan Nya untuk kita.  

Semuga kita sentiasa diberi Nya hidayah dan petunjuk ke jalan yang lurus lagi benar.  Amin.




Tangan yang menghayun buaian
bisa mencorakan kehidupan seseorang individu






Melentur buluh biarlah dari rebungnya










No comments:

Post a Comment