Assalamualaikum,
Cadillac Ranch, Amarillo, Texas
Selepas balik dari kunjungan di Palo Duro Canyon kami singgah di Cadillac Ranch yang tidak berapa jauh dari hotel di mana kami bermalam. Cadillac Ranch ini tidak ada apa yang istimewanya. Ia hanyalah berupa sepuluh buah kereta lama jenis Cadillac keluaran antara 1949-1953 yang ditanam separoh dalam tanah di tengah-tengah padang luas dalam tahun 1974. Tujuannya ialah sebagai salah satu dari seni arca atau sculpture yang dicipta oleh Chip Lord dan Hudson Marque. Penggunjung boleh mengecat, menyembur cat pada kereta-kereta yang sudah pun berwarna-warni itu di luar mahu pun di bahagian dalam kereta itu. Tin-tin cat ada tersedia di situ. Sapa-sapa boleh mengecat apa-apa sahaja.
Pintu masuk ke Cadillac Ranch |
Pintu masuk ke Cadillac Ranch pun dicat dengan berbagai warna dan jenis cat. Dari pintu masuk penggunjung berjalan kaki sahaja ke tempat kereta-kereta Cadillac buruk yang ditanam itu. Ketika kami di situ cuaca sejuk dan berangin deras.
10 buah kereta Caddillac yang diwarna-warnikan |
Tukang cat |
Berposing di sisi kereta Cadillac buruk |
Ada orang tu rasa seronok pula mengecat. Hasilnya selepas mengecat.
salam sejahtera, sangat menarik perkongsian ini. Bagi saya yang belum pernah kesana tentu saja sangat berterima kasih atas perkongsian ini sebagai pengetahuan dan cerita di tempat orang kan. Terima kasih.
ReplyDeleteRuzita Idias Ismail (Ruzita's Kitchen).