Pages

Thursday, October 10, 2019

Cadillac Ranch, Amarillo, Texas

Assalamualaikum,

Cadillac Ranch, Amarillo, Texas

Selepas balik dari kunjungan di Palo Duro Canyon kami singgah di Cadillac Ranch yang tidak berapa jauh dari hotel di mana kami bermalam.  Cadillac Ranch ini tidak ada apa yang istimewanya.  Ia hanyalah berupa sepuluh buah kereta lama jenis Cadillac keluaran antara 1949-1953 yang ditanam separoh dalam tanah di tengah-tengah padang luas dalam tahun 1974.  Tujuannya ialah sebagai salah satu dari seni arca atau sculpture yang dicipta oleh Chip Lord dan Hudson Marque.  Penggunjung boleh mengecat, menyembur cat pada kereta-kereta yang sudah pun berwarna-warni itu di luar mahu pun di bahagian dalam kereta itu.  Tin-tin cat ada tersedia di situ.  Sapa-sapa boleh mengecat apa-apa sahaja.


Pintu masuk ke Cadillac Ranch


Pintu masuk ke Cadillac Ranch pun dicat dengan berbagai warna dan jenis cat.  Dari pintu masuk penggunjung berjalan kaki sahaja ke tempat kereta-kereta Cadillac buruk yang ditanam itu.  Ketika kami di situ cuaca sejuk dan berangin deras.  



10 buah kereta Caddillac yang diwarna-warnikan



Tukang cat


Berposing di sisi kereta Cadillac buruk


Ada orang tu rasa seronok pula mengecat.  Hasilnya selepas mengecat.

















Palo Duro Canyon, Texas

Assalamualaikum,


Palo Duro Canyon, Texas

Kami baru sahaja balik dari Palo Duro Canyon, Texas.  Cadangnya hendak ke sana pada hari Isnin lalu selepas hujung minggu untuk mengelakkan dari keadaan kesesakan dan sibuk di kawasan itu.  Tetapi ada sahaja hal yang tiba-tiba timbul.  Musim panas terutama di akhir musim, cuaca sangat baik dan menyenangkan kerana tidak terlalu panas hingga ke 100 degree lebih.   Tambahan kawasan itu letaknya di sebelah utara Texas nun..


Palo Duro Canyon, Texas

Palo Duro Canyon terletak di bahagian yang dikenali sebagai Texas Panhandle iaitu sebelah Utara barat Texas.  Perjalanan dari rumah mengambil masa tujuh jam, lengohlah juga duduk dalam kereta lama.  Rata-rata bahagian sini tanah rata tiada gunung dan bukit-bukit tinggi di mana terdapat banyak kawasan perindustrian yang besar, pertanian kapas dan jagong.  Bandar-bandar yang dilalui antaranya ialah Lubbock, Amarillo dan lain-lain.


Ladang kapas dan kincir angin

Kami sampai di Bandaraya Amarillo sudah petang dan bermalam di sana.  Dulu-dulu kalau berjalan jauh tidak menjadi hal.  Sekarang rasa penat bukan main.  Sedar dah tua dah...  



Perjalanan ke Palo Duro dari Amarillo

Awal paginya bersiap-siap dan sarapan, kami bertolaklah ke Palo Duro Canyon.  Tidak jauh dari hotel cuma 40 batu lebih sahaja.   Cuaca mendung dan agak dingin.  harp-harap hujan tidak turun hari ini.  Sampai di Palo Duro masih belum ramai pengunjung lain sampai.  Pegawai Ranger memberi kami peta dan keterangan kawasan itu.


Gate masuk ke Palo Duro Canyon


Kad tahunan masuk ke taman-taman di Texas


Penggunjung dikenakan bayaran untuk masuk.  Penggunjung juga boleh membeli pas atau kad tahunan di mana pemegang kad boleh datang keluar masuk bila-bila masa sahaja.  Kad ini juga boleh digunakna di mana-mana “national park” dalam Texas.  Mereka yang gemar camping boleh bercamping dengan mengummunkan kepada pihak Ranger keinginan si penggunjung.


Boleh pandu kereta di jalan yang disediakan

Penggunjong dibenarkan memandu kereta sendiri  untuk melihat keliling kawasan itu.  Juga boleh berjalan kaki dan hiking di lorong-lorong kecil atau memdaki bukit-bukit di situ.  Untuk memudahkan penggunjung setiap lorong hiking itu ditanda seperti berapa jauhnya dan sampai hingga ke mana.  



Kelihatan lorong-lorong kecil untuk pejalan dan hiking

Sebenarnya ini adalah kali kedua kami datang ke Palo Duro Canyon.  Banyak perubahan terdapat semenjak kami ke situ dahulu.  Dulu 10 tahun yang lalu jalan-jalan di situ masih lagi jalan tanah merah.  Kini jalan sudah bertar.  Aktiviti hiking memang sesuailah untuk orang-orang muda.  Kami dah tak larat dah... keliling kawasan naik keretalah hahaha...

Bangunan "Visitor Centre" 

Bangunan "Visitor Centre" terletak di pinggir gaung dalam menghadap gaung yang luas.  Indah pemandangan dari situ.



Bahan perubtan Red Indian


Jenis minyak sapu Red Indian

Di dalam bangunan Visitor Centre ada menyediakan jualan perbagai barang artifak, rangka binatang yang terdapat di situ beribu-ribu tahun dahulu serta bahan bacaan berkenaan sejarah Texas dan Red Indian.

Terdapat juga beberapa bahan perubatan orang Red Indian seperti minyak sapu untuk sakit-sakit sendi, sakit digigit serangga dan lain-lain.  


Pemandangan dari "Visitor Centre"

Di situ terdapat beberapa jenis tumbuhan yang merupakan tumbuhan liar biasa tumbuh di kawasan tandus, seperti di Big Bend National Park, Mafa, Fort Davis National Historic Park dan kawasan-kawasan berpadang pasir atau desert di bahagian barat Texas.




Bunga di atas sangat cantik tetapi Mak Long tidak tahu namanya.  Daun dan batang sangat keras seperti dawai.  Lebah sangat suka berkerumun pada bunga itu.


Bunga matahari liar








Tumbuhan liar yang banyak adalah cactus dan agave. 





Mula-mula kami bercadang hendak bermalam di Palo Duro Canyon di tempat "camping" yang disediakan.  Tetapi dibatalkan kerana didapati tempat itu tidak mempunyai bilik mandi dan kemudahan yang diperlukan.  Kami balik sahaja ke hotel hahahah mudah cerita...