Baru-baru ini Pak Long ubah cara permakanan beliau. Hendak diet katanya, hendak kurangkan berat badan yang sudah mulai boyak hmm. Yerlah! Pagi untuk sarapan beliau minta Mak Long sediakan telor dua biji dimasak dalam apa cara sesuka hati kitalah. Tidak kesahlah, memang tiap-tiap pagi pun mesti buat kopi dan sarapan untuknya. Tengahari makan ala kadar sahaja dan sedikit kunyahan seperti "pop corn"- bertih jagong. Musim panas tidak ada masaalah sangat kerana boleh aktif di luar rumah dan berpeluh, boleh lupa pasal perut kurang berisi makan. Ini, musim sejuk! Perut asik-asik minta makan... Hendak buka pintu keluar sebentar pun adohhh sejuknya..
Pagi ini seperti biasalah selepas subuh Mak Long terus ke dapur sediakan sarapan. Pecahkan telor dua biji masak dadar campur susu segar sedikit, di atasnya letakkan daging cincang goreng dan sedikit keju, tangkup dua dan letak atas pinggan siap untuk Pak Long sarap. Kita pun panggillah Cik Abang:
"Sarapan dah siap..jom sarap”, panggil Mak Long dari dapur. Dengar atau tidak tu?
"Oookkk..." suara macam orang tua sakit sambil berjalan arah ke meja makan. Kaki terhenjut-henjut, seret kaki seperti orang tempang! Mak Long buat tidak tahu, pepagi buta malas hendak berkata-kata... “silent is golden!”, hahaha perangai orang tua!
Pak Long duduk pelan-pelan, buat mulut senget dan hirup kopi panas kemudian menjamah sarapannya. Aduhaii apalah kenanya! Tiba-tiba Mak Long perasan Pak Long tengah pandang pada kita dengan senyum lebar mulut senget dari telinga kanan ke telinga kiri. Kita pula tengah terkial-kial menyejukkan oat campur susu panas..yang ini sarapan sendiri. Ya Rabbi he was flirting at me! Adoi Pak Long pengsan aku! Asik-asik mengusik ajer.... sabor ajerlah...
Kemesraan di hujung usia, lebih ikhlas terasa... :)
ReplyDeleteAs Salam, Mak Long
ReplyDeleteSo much fun to bergurau-gurau waktu pagi. It has been said fruit juice self made fresh from one's own kitchen (not from the tin) is best to start the day. Perhaps freshly cut fruits together taken on an empty stomach (as espoused by the health guru!)
Regards
Hank