Assalamualaikum,
Peristiwa ini telah berlaku beberapa tahun dahulu. Anak-anak masih kecil di bangku sekolah rendah.
Emak: Mana adik?
Bang Uchi: Huh?!? Ehh..tadi ada... (sambil pusing-pusing mencari..)
Emak: Adik tak naik bas sekali ke?
Bang Uchi: Ada ..... dia duduk ngan kawan dia. Chi duduk depan.
Emak: Ya Allah Chi tak ingat adik ke?
Bang Uchi nampak susah hati dan mula berair mata... Aduihai anak ku. Apalah.... Emak menghubungi pihak bas sekolah bertanya hal. Jawapan di hujung talian berkata semua budak-budak sekolah yang tinggal di Paka dan Dungun sudah balik dengan bas sekolah. Hati emak sudah mula berdebar kencang curiga entah apa-apa terjadi! Dalam kekalutan cuba menghubungi polis tidak perasan sebuah bas sekolah berhenti di depan rumah.
Pemandu: Assalamualaikum Kak.. Anak akak tertidur dalam bas, saya tak perasan. Saya dah sampai Dungun nak bersihkan bas jumpa dia tidur. Ini dia...maaf Kak saya tak perasan.
Emak: Alhamdulillah .... Akak hampir talipon polis tadi. Terima kasih Dik.
Lega hati Emak tidak terkira sambil memelok Icah irat. Syukur tidak apa-apa dan Icah selamat. Selamba sahaja mukanya.
Bang Uchi: Icah nie teroklah mak...
Emak: Napa?
Bang Uchi: Nyonk (tengok) tu... degil tol
Icah: Apa lak?
Bang Uchi: kite jual jer mak budak nie!
Emak: Ish! Jangan cakap macam tu tak baik.. adik tu! Kan Mak dah cakap jagaa adik.
Wahai anak-anak........