Assalamualaikum,
Alahan atau allergy dalam bahasa Inggeris. Pernahkah anda mengalami alahan? Ada beberapa jenis alahan yang menyebabkan seseorang itu mengalami alahan. Ada orang alah bila memakan makanan laut, kacang, buah-buahan dan lain-lain. Ada alahan pula bila terkena percikan getah sesuatu pokok pada kulit badan seperti terkena getah mempelam menyebabkan kulit mendapat kegatalan, bengkak, perit membuat kulit kudis. Ada alahan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan segera. Umpamanya alahan memakan makanan laut lazimnya seperti ketam, udang dan sotong juga kacang tanah. Alahan ini bertindak menyekat pernafasan seseorang yang mengalaminya. Alahan dengan bulu binatang seperti bulu kucing boleh membuat seseorang itu mengidap asma.
Setiap kali bertukar musim bunga dan musim luruh Mak Long mengalami alahan. Di Malaysia, apabila musim durian atau mangga berbunga Mak Long dapat alahan. Di Amerika pula Mak Long mendapat alahan dari pokok cedar dan bunga rumput "rag" (Ragweed). Ragweed pula ada beberapa jenis dan banyak tumbuh melata di Texas. Pokok cedar banyak di sekeling rumah dan kawasan kami. Tahun ini paling teruk rasanya. Yalah umur semakin jauh ke hujung, maka lagi mudah segala penyakit suka datang menghampiri. Alahan yang dialami menyekat Mak Long dari membuat kerja-kerja luar rumah. Setiap kali keluar sahaja mulalah gejala datang meyerang - mata berair serta gatal, seluruh muka berasa gatal pula. Bila masuk rumah, ok pulak! Waktu-waktu macam ini habuk dalam rumah pun boleh buat hal... Semua ini buat Mak Long manjalah, tidak boleh bersihkan rumah, hehehehe Pak Long kena buatlah! Bermacam jenis ubat untuk melawan alahan sudah Mak Long telan. Semua lali tidak berkesan. Jumpa doktor!
Lihatlah betapa banyaknya pokok cedar di belakang rumah kami. Mana tidaknya buat Mak Long alah....

Ragweed (Rumput Rag) |
Pokok Cedar |
Lihatlah betapa banyaknya pokok cedar di belakang rumah kami. Mana tidaknya buat Mak Long alah....
Pokok Cedar |
Apakah yang berlaku pada tubuh anda apabila mengalami alahan?
Immune system dalam tubuh kita mengenal pasti alahan sebagai penceroboh atau perosak, dan ia melawan dan memeranginya dengan mengeluarkan beberapa kimia dalam badan, antaranya dinamakan "histamine". Phasa awal untuk histamine melawan alahan, ia menyebabkan beberapa gejala atau symptom seperti pesakit:
Bersin
Sempit pernafasan hidung
Mata berair dan gatal
Berhingus cair
Kulit, tekak berasa gatal
Debunga yang berterbangan di udara sekiranya masuk kedalam mata membuat mata berair dan gatal-gatal. Apabila ini terjadi, bagi anda yang menggunakan contact len hendaklah membersihkan mata dengan titisan air mata palsu (eye drops). Debunga akan melekat pada contact len membuat keperitan dan sakit pada mata.
Alahan, demam atau virus demam sesema?
Gejala atau symptom ketiga-tiga penyakit ini agak sukar juga untuk dibezakan kerana gejalanya mirip sama. Alahan mempunyai gejala lebih kuat dari virus demam dan virus demam sesema dan kepastian hanya doktor yang dapat membantu menentukan.
Gejala Alahan:
Hidung berhingus cair
Gejala di kala musim bunga atau musim gugur
Gejala akan berlaku lebih dari sepuluh hari
Kegatalan pada mata, muka, tekak dan hidung
Bersin
Gejala sepanjang tahunan
Letih
Gejala virus demam dan demam sesema:
Demam
Sakit tekak
Berhingus pekat
Batuk
Badan berasa sejuk-sejuk
Sakit-sakit badan
Letih
Walau apa sekali pun sekiranya apabila kita berasa tidak sihat hendaklah bertemu doktor untuk mendapat rawatan.

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Salam perkenalan Sewi Aja. Terima kasih berkunjung ke blog Mak Long. Mak Long akan melayari dan melihat-lihat website itu.
DeleteSemoga Mak Long beroleh kesihatan yang baik dan cepat sembuh.Di tempat saya , musim padi dan pokok buluh juga boleh memberi alahan.Habis gatal gatal.
ReplyDeleteTerima kasih mokjadeandell,
DeleteAlhamdulillah sudah baik. Ya benar buluh juga membuat seseorang itu mendapat alahan. Orang kampung Mak Long kata dapat alahan "miang buluh".
Assalamu'alaikum Mak Long...
ReplyDeleteSemoga kesihatan Mak Long sudah kembali pulih sepenuhnya.
Satu yang saya perasan alahan pada diri saya adalah saya tak boleh makan makanan yang sudah dimasak, tapi bila tak habis simpan dalam peti sejuk. Bila makanan itu dipanaskan semula dan saya makan, siaplah hidung saya akan gatal sampai rasa macam hendak dicabutkan sahaja...
Waalaikumsalam Kakcik,
DeleteAlhamdulillah sudah baik. Kami kena jauhkan diri dari pokok cedar. Kenalah jalan jauh sikit ke utara Amerika makan angin sikit.
Kalau macam itu kenalah makan semua makanan supaya tak berlebihan..tidak perlu masuk peti sejuk. Tapi kan Kakcik makanan yg sudah bermalam seperti gulai asam pedas yg dipanaskan tu lagilah sedap!
It is somewhat pitiful as Hank experienced it first hand. Hank's late FIL was asthmatic, but it skipped one generation and Shadah is ok. But Hank's son and 2 cucus are afflicted. The sniffing, the swelling and watery eyes are apparently painful.
ReplyDeleteCarpets and cats are avoided where possible or they would get affected! They too may need to go to the Dr's in certain instances.
Hank
Saya doakan semoga Mak Long cepat sembuh/tak kena alahan.....Tapi tak boleh dengan durian? Itu bukan alahan...itu "alahai..."
ReplyDeletesaya kalah dengan seafood.. mudah gatal idung.
ReplyDeleteSalam Mak Long ...
ReplyDeleteMuga Allah memberi kesihatan yang baik buat Mak Long dan Pak Long ....
Take a good care yaaa ...
asalamualaikum mak long...apa khabar? lambat singgah rumah mak long...internet tergendala..take care...
ReplyDeleteinternet dekat texas laju tak mak long :-))