Pages

Friday, June 26, 2015

Nota Penerbangan Pulang Lagi

9/6/2015 : Penerbangan Pulang 

Setiap kali Mak Long berhubung melalui talipon dan whatsApp dengan Busu adik Mak Long, hati ini mesti berdebar-debar kuat bercampur kebimbangan yang amat menyakitkan. Kabar tentang Emak kami.  Bila-bila sahaja berita buruk dan sedih akan datang.

Kemarin berita yang disangka selama ini timbul.  Busu menyampaikan berita kurang baik tentang Emak kami.  Hati ini berdebar-debar kencang bercampur kebimbangan sekali.  Emak khabarnya terjatuh dari katil pembaringannya ketika Busu keluar rumah menguruskan sesuatu.  Rendah sahaja katil itu budak baru pandai bertateh pun boleh turun naik di katil itu.  Tetapi walaupun rendah boleh juga memudaratkan.  Kepulangan Busu mendapati Emak sudah terbaring di lantai.  Emak tidak mampu bangun sendiri.  Allah hu kesihannya Emak.  Ditanya bagaimana boleh jatuh, Emak tidak dapat memberi jawapan yang menesabah.  Menurut Busu, Emak seperti bermasaalah untuk memahami percakapan dan soalan dari Busu.  Aduh apakah terjadi pada Emak?  Lantas Emak dibawa ke kelinik terdekat.  Doktor membuat pemeriksaan dan mengarahkan supaya Emak dibawa ke hospital segera.  Kemungkinan Emak mengalami "stroke ringgan".  Bertambah kerisauan Mak Long, bermacam timbul terbayang di benakan.  Mak Long perlu di sisi Emak.

Mak Long bersyukur punya suami yang memahami perasaan dan masaalah isteri.  "Pulanglah jengok Emak..." bisiknya ke telinga Mak Long sambil memberi pelukan irat.  Pak Long segera menempah tiket untuk pulang ke tanah air melalui sesawang alam maya.  Hadirnya kuasa internet kini memberi serba kemudahan yang tiada batasan kepada pengguna.  Membeli tiket penerbangan amat mudah dan cepat sekali.  Apabila siap dibayar, bakal penumpang boleh memilih tempat duduk masing-masing dan memesan jenis permakanan yang dihidang dalam pesawat.  Check-in melalui sesawang juga mudah.  Bila sampai di meja check-in di lapangan terbang semua kerja lebih cepat cuma serahkan begasi yang hendak dicheck-in dan menerima boarding pass masuk ke pesawat.

Oleh kerana pembelian tiket penerbangan dibuat dalam masa yang singkat maka harganya sedikit tinggi, tambahan beberapa penerbangan lain mengambil masa dan berhenti (transit) yang lama melebihi 24 jam.  Mau longlai seluruh anggota nanti.  Mak Long hanya punya satu hari untuk membuat persedian pulang.  Tidak sempat hendak membeli belah buah tangan untuk keluarga.  Tidak mengapalah kata Pak Long, yang penting ialah untuk bersama Emak.  Mereka tentu faham.

Kebetulan minggu itu kami ada tetamu di rumah.  Mereka sahabat kami dari Houston.  Mujurlah mereka pulang sehari sebelum Mak Long bertolak.... Berselerak rumah tidak sempat hendak kemaskan.  "Don't worry about it..." kata Pak Long.

Perjalanan dari rumah kami di Canyon Lake ke Lapangan Terbang Antarabangsa Continental Bush, Houston mengambil masa lebih kurang empat jam lebih.  Kenalah bertolak lebih awal ke sana  sekurang-kurangnya tambah tiga jam basikan masa di jalanraya dan masa check-in serta pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat.

Penerbangan Emirate dijadualkan berlepas pada pukul tujuh malam tetapi lewat disebabkan kesibukan lalu lintas trafik udara.  Pesawat penuh hampir 85% bilangan penumpang adalah orang India.  Loghat!  Penumpang di sebelah Mak Long pun orang India juga.  Penerbangan ini mengambil masa selama tujuh belas jam tiga puluh minit berhenti (transit) selama dua jam di pengkalan induk Emirate Dubai.  Sempatlah juga untuk menyegarkan diri dan menunaikan solat jamak Maghrib dengan Isyak sebelum meneruskan penerbangan ke Malaysia.  Pernerbangan ini mengambil masa selama tujuh jam sahaja.  Dalam pesawat yang ini juga penuh, orang Malaysia kembali dari menunaikan ibadah umrah.  Ketibaan pesawat di KLIA juga lewat setengah jam.  HQ anak Mak Long sudah tercegat berdiri di sisi tiang menunggu Mak Long di luar balai ketibaan. Tersengeh-sengeh apabila ia nampak Mak Long.  Mak Long lagilah, rasa lega dwn syukur selamat sampai ke tanah air tercinta.  Waaaa panasnya cuaca di tanahair ku, rasa melekit-lekit berkeringat huhuhu..

Hari pertama sampai Mak Long berehat sahaja ... Lurus-luruskan urat yang sedang tegang lagi sengal-sengal bahana dari terlalu lama duduk dalam pesawat.  Aduiiii terasa sudah tua... Jetlag lagi. Sampai di rumah Mak Long dikejutkan dengan kepulangan AHQ.  Jelasnya ia baharu habis menghadiri kurus di Putrajaya.  Senggaja tidak bagi tahu Mak Long.  Hendak buat "sweet surprise"....

Hari kedua kami bertolak ke Muar dan terus ke Hospital Sultanah Fatimah menemui Emak di pembaringannya.  Ya Allah ya tuhan ku, susutnya tubuh badan emak, hanya kulit dengan tulang sahaja yang tinggal. Mata Emak cengkong kedalam jelas kelihatan menahan kesakitan yang ditanggungi.  Hati ini bagaikan dirobek tidak tertahan hiba melanda yang teramat dalam melihat keadaan Emak kesayangan.  Emak tiada kudrat, tiada betah dengan orang di sekelilingny, tiada selera makan dan minum.  Mak Long mengawal diri agar air mata tidak berjurai di hadapan Emak.  Tarik nafas dalam-dalam, uraikan senyuman, senyumlah bibir, jangan menangis wahai diriku..  Tambah hiba bila adik-adik memberitahu Emak sering memanggil nama Mak Long tidak putus-putus.  Tangan Emak digenggam irat sambil memberi ciuman rindu di pipi dan di dahi Emak.  Sedihnya hati ini .. Emak tidak ingat dan tidak mengenali Mak Long... Aduhaiii. Hancur luluh hati ini, tidak tertahan kesedihan hati ini.  Emak hanya ingat setelah mendengar suara Mak Long memanggilnya sambil mengulum senyum lemah.

Sesungguhnya Allah telah perkenankan doa Mak Long agar dapat bersua dan menatap wajah tua Emak lagi.  Rasa kesyukuran hanya Allah jua mengetahuinya dan mengerti perasaan hati ini.  Allah hu akbar..












.  



14 comments:

  1. Tumpang sedih baca nukilan maklong...Semoga Allah permudahkan urusan maklong dan ibu maklong sihat kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, terima kasih mokjadeandell. Mudah-mudahan begitulah harapan kami.

      Delete
  2. asalamualaikum maklong..bagaimana mak maklong sekarang....sebak baca entri maklong kali ini...semoga mak mak long sihat2 hendaknya..amin..dan dpermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Amin dan terima kasih tolong doa untuk Emak.

      Delete
  3. Saya doakan semoga bonda Mak Long segera sembuh. Pasti dia gembira apabila mengetahui yang anak-anaknya pulang menjenguk. Gambar sampan tu betul emnusuk kalbu saya, Mak Long!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ribuan terima kasih Uncle. Sampan lama tu Uncle, masih digunakan mereka yang tinggal di Kg Seberang Kolam. Mak Long pernah ikut kawan sekolah menyeberang ke kampung tersebut lepas sekolah. Kena marah bila balik rumah kerana tidak minta kebenaran dari Emak. Nasib tak kena piat telinga hihihi.

      Delete
  4. Mudah2an kesihatan mak Mak Long akan segera beransur pulih sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakcik. Harapan kami sekeluarga begitulah. Dalam mata kasar Emak tidak mungkin bertambah sihat, tetapi Allah jua yang lebih tahu perancangan Nya..

      Delete
  5. Assalamualaikum Mak Long.. semoga bondanya bertambah sihat ..

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum mak long..masih dimalaysia kah? bagaimana kesihatan mak mak long....arap2 bertambah baik...amin...
    take care mak long..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan, yer Mak Long masih di kampung bantu Emak. Emak masih uzur. Kami melakukan untuk Emak sebaik mungkin agar beliau selesa sentiasa. Cabaran dan dugaan yang berat bagi Mak Long sekeluarga tetapi alhamdulillah Mak Long bersyukur walaupun sedikit dapat juga berbakti menjaga Emak. Mak Long redha apa juga rancangan Illahi untuk Emak. Terima kasih bertanya khabar, semuga Yan dan keluarga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  7. asalamualaikum mak long....

    dikesempatan ini..yan menyusun 10 jari andai selama kita berkawan ada terlajak kata tanpa yan sedari...

    maaf zahir batin....kirim salam mak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan.

      Mak Long juga begitu. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk Yan dan keluarga. Mohon ampun dan maaf zahir batin. Sudah banyak buat kuih raya?

      Delete