Pages

Friday, June 26, 2015

Nota Penerbangan Pulang Lagi

9/6/2015 : Penerbangan Pulang 

Setiap kali Mak Long berhubung melalui talipon dan whatsApp dengan Busu adik Mak Long, hati ini mesti berdebar-debar kuat bercampur kebimbangan yang amat menyakitkan. Kabar tentang Emak kami.  Bila-bila sahaja berita buruk dan sedih akan datang.

Kemarin berita yang disangka selama ini timbul.  Busu menyampaikan berita kurang baik tentang Emak kami.  Hati ini berdebar-debar kencang bercampur kebimbangan sekali.  Emak khabarnya terjatuh dari katil pembaringannya ketika Busu keluar rumah menguruskan sesuatu.  Rendah sahaja katil itu budak baru pandai bertateh pun boleh turun naik di katil itu.  Tetapi walaupun rendah boleh juga memudaratkan.  Kepulangan Busu mendapati Emak sudah terbaring di lantai.  Emak tidak mampu bangun sendiri.  Allah hu kesihannya Emak.  Ditanya bagaimana boleh jatuh, Emak tidak dapat memberi jawapan yang menesabah.  Menurut Busu, Emak seperti bermasaalah untuk memahami percakapan dan soalan dari Busu.  Aduh apakah terjadi pada Emak?  Lantas Emak dibawa ke kelinik terdekat.  Doktor membuat pemeriksaan dan mengarahkan supaya Emak dibawa ke hospital segera.  Kemungkinan Emak mengalami "stroke ringgan".  Bertambah kerisauan Mak Long, bermacam timbul terbayang di benakan.  Mak Long perlu di sisi Emak.

Mak Long bersyukur punya suami yang memahami perasaan dan masaalah isteri.  "Pulanglah jengok Emak..." bisiknya ke telinga Mak Long sambil memberi pelukan irat.  Pak Long segera menempah tiket untuk pulang ke tanah air melalui sesawang alam maya.  Hadirnya kuasa internet kini memberi serba kemudahan yang tiada batasan kepada pengguna.  Membeli tiket penerbangan amat mudah dan cepat sekali.  Apabila siap dibayar, bakal penumpang boleh memilih tempat duduk masing-masing dan memesan jenis permakanan yang dihidang dalam pesawat.  Check-in melalui sesawang juga mudah.  Bila sampai di meja check-in di lapangan terbang semua kerja lebih cepat cuma serahkan begasi yang hendak dicheck-in dan menerima boarding pass masuk ke pesawat.

Oleh kerana pembelian tiket penerbangan dibuat dalam masa yang singkat maka harganya sedikit tinggi, tambahan beberapa penerbangan lain mengambil masa dan berhenti (transit) yang lama melebihi 24 jam.  Mau longlai seluruh anggota nanti.  Mak Long hanya punya satu hari untuk membuat persedian pulang.  Tidak sempat hendak membeli belah buah tangan untuk keluarga.  Tidak mengapalah kata Pak Long, yang penting ialah untuk bersama Emak.  Mereka tentu faham.

Kebetulan minggu itu kami ada tetamu di rumah.  Mereka sahabat kami dari Houston.  Mujurlah mereka pulang sehari sebelum Mak Long bertolak.... Berselerak rumah tidak sempat hendak kemaskan.  "Don't worry about it..." kata Pak Long.

Perjalanan dari rumah kami di Canyon Lake ke Lapangan Terbang Antarabangsa Continental Bush, Houston mengambil masa lebih kurang empat jam lebih.  Kenalah bertolak lebih awal ke sana  sekurang-kurangnya tambah tiga jam basikan masa di jalanraya dan masa check-in serta pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat.

Penerbangan Emirate dijadualkan berlepas pada pukul tujuh malam tetapi lewat disebabkan kesibukan lalu lintas trafik udara.  Pesawat penuh hampir 85% bilangan penumpang adalah orang India.  Loghat!  Penumpang di sebelah Mak Long pun orang India juga.  Penerbangan ini mengambil masa selama tujuh belas jam tiga puluh minit berhenti (transit) selama dua jam di pengkalan induk Emirate Dubai.  Sempatlah juga untuk menyegarkan diri dan menunaikan solat jamak Maghrib dengan Isyak sebelum meneruskan penerbangan ke Malaysia.  Pernerbangan ini mengambil masa selama tujuh jam sahaja.  Dalam pesawat yang ini juga penuh, orang Malaysia kembali dari menunaikan ibadah umrah.  Ketibaan pesawat di KLIA juga lewat setengah jam.  HQ anak Mak Long sudah tercegat berdiri di sisi tiang menunggu Mak Long di luar balai ketibaan. Tersengeh-sengeh apabila ia nampak Mak Long.  Mak Long lagilah, rasa lega dwn syukur selamat sampai ke tanah air tercinta.  Waaaa panasnya cuaca di tanahair ku, rasa melekit-lekit berkeringat huhuhu..

Hari pertama sampai Mak Long berehat sahaja ... Lurus-luruskan urat yang sedang tegang lagi sengal-sengal bahana dari terlalu lama duduk dalam pesawat.  Aduiiii terasa sudah tua... Jetlag lagi. Sampai di rumah Mak Long dikejutkan dengan kepulangan AHQ.  Jelasnya ia baharu habis menghadiri kurus di Putrajaya.  Senggaja tidak bagi tahu Mak Long.  Hendak buat "sweet surprise"....

Hari kedua kami bertolak ke Muar dan terus ke Hospital Sultanah Fatimah menemui Emak di pembaringannya.  Ya Allah ya tuhan ku, susutnya tubuh badan emak, hanya kulit dengan tulang sahaja yang tinggal. Mata Emak cengkong kedalam jelas kelihatan menahan kesakitan yang ditanggungi.  Hati ini bagaikan dirobek tidak tertahan hiba melanda yang teramat dalam melihat keadaan Emak kesayangan.  Emak tiada kudrat, tiada betah dengan orang di sekelilingny, tiada selera makan dan minum.  Mak Long mengawal diri agar air mata tidak berjurai di hadapan Emak.  Tarik nafas dalam-dalam, uraikan senyuman, senyumlah bibir, jangan menangis wahai diriku..  Tambah hiba bila adik-adik memberitahu Emak sering memanggil nama Mak Long tidak putus-putus.  Tangan Emak digenggam irat sambil memberi ciuman rindu di pipi dan di dahi Emak.  Sedihnya hati ini .. Emak tidak ingat dan tidak mengenali Mak Long... Aduhaiii. Hancur luluh hati ini, tidak tertahan kesedihan hati ini.  Emak hanya ingat setelah mendengar suara Mak Long memanggilnya sambil mengulum senyum lemah.

Sesungguhnya Allah telah perkenankan doa Mak Long agar dapat bersua dan menatap wajah tua Emak lagi.  Rasa kesyukuran hanya Allah jua mengetahuinya dan mengerti perasaan hati ini.  Allah hu akbar..












.  



Wednesday, June 17, 2015

Nota Selamat Berpuasa

 Assalamualaikum,






Hari ini bermulalah seluruh umat Islam mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun 2015 ini.  Sempena itu Mak Long ucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan dengan penuh taqwa, sabar dan ikhlas. Dengan itu juga Mak Long mohon ampun dan maaf kiranya ada terkasar bahasa dalam ulasan-ulasan dari Mak Long dalam blog anda yang Mak Long pernah lawat.

Ikhlas ialah kedudukan yang paling tinggi selepas Iman.  Ikhlas itu adalah rahsia Allah sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri juga tidak dapat mengesannya.  Ikhlas adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak oleh Allah SWT.