Assalamualaikum,
Dari nota harian:
Penerbangsn Pulang kerana Emak
Dua minggu lepas, Mai adik bungsu Mak Long telah menghantar berita kurang baik mengenai Emak kami. Emak semakin uzur, tiada selera makan dan minum. Asik termenung sepanjang hari dan tidak mahu berkumunikasi sangat dengan keluarga. Dalam minda Mak Long terbayang wajah Emak yang cengkong, pucat dan lesu. Kesedihan dan kebimbangan terus melanda hati dan fikiran. Ada peluangkah untuk bersama-sama dengan Emak membantunya lagi seperti yang sudah-sudah? Dapatkah peluang berkata-kata dengan Emak lagi? Dapatkah menatap wajah Emak sekali lagi? Hish! Macam-macam serabut dalam fikiran. Betullah orang kata orang perempuan mempunyai terlalu banyak persoalan dan masaalah bermain di kepala. Perkara penting atau tidak tetap bermain di kepala. Namun begitu seseorang wanita itu harus bersikap terbuka dan sentiasa menimbangkan masaalah itu dengan bijak tidak mengikut sesuka hati. Segera Mak Long hubungi Mai untuk mengetahui keadaan Emak lebih lanjut.
Katanya Mai, ia hanya bimbang dengan keadaan Emak begitu, mungkin tidak ada apa-apa berlaku pada Emak. Mai berjanji memantau keadaan Emak dan akan membawanya bertemu untuk pemeriksaan doktor seterusnya menghubungi Mak Long atas sebarang perubahan pada Emak. Berita penting seperti ini Mak Long wajib menghabarkan kepada Pak Long. Pak Long menasihatkan agar Mak Long segera pulang ke Malaysia untuk bersama Emak samaada keadaannya teruk atau tidak. Katanya "you never know how much time she has...." Benarlah katanya itu, kita hanya ada seorang Emak sahaja.....
Satu sahaja yang tidak dapat dielakan iaitu tentang permakanan yang disajikan. Tidak banyak pilihan seperti terdapat dari pesawat-pesawat lain seperti Pesawat Singapore Air atau lain-lain pesawat, penumpang dibenarkan memilih sajian yang mereka inginkan. Maka terpaksalah berhati-hati bila mana kita sebagai orang Islam patutlah berhati-hati makanan yang disajikan.

Pak Longlah yang berusaha membeli tiket penerbangan. Kali ini Mak Long terbang dengan penerbangan Korean Air. Harga tiket bagi dua hala pun sangat berpatutan. Dulu pun pernah juga menaiki penerbangan ini beberapa kali tetapi tidak mengemarinya kerana destinasinya dari Houston ke Kuala Lumpur ketika itu mengambil masa lebih panjang dan terpaksa menempuh beberapa transit bertukar pesawat yang amat meletihkan. Dari Houston ke LA menaiki pernerbangan biasa kemudian tukar pesawat menaiki Korean Air ke Seoul, Korea seterusnya baharulah ke Kuala Lumpur. Begitu juga dengan pernerbangan pulang semula ke USA. Mak Long sudah mengalami dan melalui beberapa pernerbangan seperti ini di mana masa transitnya pendek, terpaksalah bergegas segera ke pintu perlepasan seterusnya mengejar masa agar tidak ketinggalan penerbangan. Apabila mengalami keadaan seperti ini hati tidak tenang penuh dengan kebimbangan. Beberapa kali juga mengalami begasi Mak Long tidak sempat dimuatkan ke dalam pesawat yang dinaiki. Bila ini berlaku, Mak Long akan sampai dahulu dari begasi dan begasi itu akan menyusul kemudian sehari lebih lewat. Biasanya bila ini berlaku pihak penerbangan terbabit akan menghantar begasi hingga ke rumah dengan percuma. Kali ini khidmat ke destinasi penerbangan mereka sudah bertambah baik. Kini sudah ada penerbangan terus dari Houston ke Kuala Lumpur dengan satu persinggahan di Lapangan Antarabangas Incheon, Seoul sahaja.
Oleh kerana penerbangan ini bertolak awal pagi, kami bertolak satu hari lebih awal ke Houston untuk memastikan tiada masaalah trafik pada hari bertolak. Alhamdulillah semuanya berjalan baik walaupun pesawat penuh samaada kelas pertama atau kelas ekonomi. Mak Long terpaksa menerima tempat duduk agak jauh ke belakang pesawat tetapi selesa. Peramugari semuanya mesera melayan penumpang. Wanita Korea juga sangat cantik walaupun kebanyakan mereka ramai yang menjalankan perawatan kecantikan plastik.
Satu sahaja yang tidak dapat dielakan iaitu tentang permakanan yang disajikan. Tidak banyak pilihan seperti terdapat dari pesawat-pesawat lain seperti Pesawat Singapore Air atau lain-lain pesawat, penumpang dibenarkan memilih sajian yang mereka inginkan. Maka terpaksalah berhati-hati bila mana kita sebagai orang Islam patutlah berhati-hati makanan yang disajikan.
Orang Korea sudah tentu tidak dapat lari dari permakanan kegemaran kebangsaan mereka iaitu kimchee. Aduhai, kuat sungguh baunya menusuk penuh seluruh hidung dalam pesawat apabila mereka memanaskan makanan itu. Orang Melayu pula sudah tentu suka makan belacan, budu dan cencalok dimana baunya juga teruk pada orang yang tidak biasa baunya. Nasib baik pesawat MAS tidak menghidangkan sambal belacan dan berbagai kalau tidak tentu haru semerbak seluruh dalam pesawat bau belacan kebanggan kite orang Melayu.
Penerbangan selama 22 jam lebih sungguh menyeksaan. Tambahan apabila pesawat penuh penumpangnya. Penerbangan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon tepat masanya seperti yang diramalkan. Mak Long hanya ada satu jam sahaja untuk meneruskan pertukaran pesawat ke Kuala Lumpur. Sempatlah cuci muka dan bersugi serta tukar pakaian bersih. Penerbangan dari Seoul ke KLIA mengambil masa lebih kurang enam jam lebih dan selamat mendarat jam 10.00 malam. Melalui pintu imigresen, menunggu begasi keluar dari karesol memakan masa juga. Hampir jam sebelas baharu boleh keluar. Anak lelaki kesayangan HQ sudah menunggu di antara ramai-ramai orang lain yang menunggu ketibaan penumpang-penumpang lain.
Emak |
"Syukur Mak selamat sampai..... Kami semua berdoa supaya penerbangan Mak selamat..." kata Hylmi nampak lega sambil memeluk Mak Long erat. Hylmi memberitahu penerbangan MAS MH17 telah ditembak jatuh di kawasan peperangan antara Russia dan Ukrain. Pesawat MH17 sedang dalam perjalanan pulang ke KLIA dari Amsterdam dan mengorbankan semua 283 orang penumpang dan 15 orang anak kapal pesawat. Sesampai kami di rumah adik Mai, sudah ramai adik beradik lain sedang menunggu ketibaan Mak Long. Masing-masing mengucap kesyukuran sambil bergilir-gilir memelok Mak Long selamat sampai, mesera dan penuh dengan kasih sayang. Emak pun ada sama. Air mata Emak mengalir sambil mengusap kepala Mak Long ketika Mak Long cium tangan emak dan memberi pelukan sayang padanya. Kami bersyukur kerana terlepas daripada kecelakaan dan musibah yang tidak disangka…..
Alhamdulillah……
Di awal tahun 2014, satu minggu selepas Mak Long pulang dari Malaysia berlakunya musibah kehilangan pesawat Mas yang tiada siapa tahu di mana, mengapa dan apa terjadi dengannya. Sesungguhnya Allah juga yang mengetahui.

No comments:
Post a Comment