Assalamualaikum,
Sudah hampir sebulan Mak Long berada di kampung menjaga Emak. Tidak ada masaalah menjaga Emak. Pastikan pakaiannya sentiasa bersih agar dapat menjaga wudhudnya. Menyediakan makan dan minum setiap hari pun tiada bermasaalah. Emak makan sahaja apa yang dihidangkan di hadapannya. Emak suka makan lauk ayam yang sudah Mak Long carik-carik halus supaya mudah Emak konyel. Janji air yang diberi mesti manis medu, bila dirasa Mak Long tidak boleh telan kerana terlalu medu. Hanya satu sahaja, Emak tidak suka mandi, sejuk katanya walaupun Mak Long sediakan air panas suam untuk mandian. Terpaksa dipujuk lembut agar Emak setuju mandi, cuci rambut dan potong kuku bila kukunya panjang. Begitulah jadualnya setiap dua hari sekali apabila masa untuk mandi. Emak tidak boleh berdiri lama atau berjalan jauh, jadi kami belikan sebuah kerusi sorong yang berfunsi sekiranya Emak tidak larat ke bilik air Emak boleh gunakan sebagai tandas. Kalau Emak tidak larat berjalan ke bilik air untuk mandi boleh guna sebagai kerusi sorong dan duduk di situ untuk tempat mandi. Mak Long berasa puas dapat membantu Emak. Emak suka dan selalu senyum apabila selepas mandi ditukar pakaian bersih, sikat dan ikat rambutnya serta sapu bedak wangi di mukanya. Sekali-kali Mak Long buat tocang tinggi di tengah kepalanya. Bila semua sudah siap Mak Long cium pipinya dengan ucapan "Sayang Emak." Emak tidak pernah lupa mengucapkan terima kasih serta memandang lembut kepada Mak Long.
Suatu petang Mak Long membantu Emak dengan minuman petang. Mak Long buatkan air sirap merah paling manis segelas untuknya dan segelas lagi kurang manis dicampur dengan perahan lemon untuk Mak Long sendiri. Emak suka minuman yang manis dan medu, kalau tidak manis Emak tidak mahu minum. Emak sanggup tidak minum apa-apa kalau air yang diberi tidak manis. Tidak ada masaalah makan manisan gula lebih bagi Emak. Emak tidak ada kencing manis atau kolesterol tinggi. Boleh makan apa juga. Petang itu Mak Long rebus kacang kuda dan Along adik ipar belikan sedikit kuih. Emak suka makan kacang kuda rebus. Habis sepiring yang Mak Long bagi padanya. Kuih Emak tidak hendak..tak sedap katanya.

Sambil makan emak bercakap-cakap….. seolah-olah bercakap sendirian sedang matanya melihat arah atas ….
"Atok aku bercakap aku ni hidup macam sirih naik junjung patah. Akak aku atok cakap dia tu bertuah ….. Dapat laki baik, emak mentua baik. Kawin ajer, mak mentua bagi gelang emas, rantai emas……. tapi dia mati dulu…." Emak berhenti mengonyel kacang rebus lembut itu.
Mak Long mendengarnya terkebil-kebil, bengong mengapa tiba-tiba Emak cakap begitu. Kemudian terasa juga ingin tahu lagi lalu Mak Long bertanya, "…. Uda Timah cam mana……?"
"….dia tu orang biasa aje…. Atok marin cakap baka kite tak ramai…. Empat beradik ajer… Anak emak kemudian (ibu tiri Emak) lapan semuanya… Timah dah mati, tinggal Man dengan kite. Man dah mati tinggal kite sorang……"
Mak Long amati air muka Emak. Tidak ada riaksi, sama sahaja. Kini Emak jarang senyum dan ketawa. Gigi pun sudah habis rompong. Hendak kami ganti dengan gigi palsu baru, mati-mati dia tidak mahu. Tidak tahu mengapa? Emak sudah kurang ingatan. Kadang-kadang Emak tidak ingat siapa Mak Long tetapi apabila Emak dengar suara Mak Long dia ingat semula. Mak Long sedih dan sangat sebak melihat keadaan Emak. Sayu tidak sedar air mata membasahi pipi. Mak Long dapati apabila Emak menyantun dirinya kite, Emak tidak ingat dengan siapa dia bercakap. Tetapi apabila Emak ingat, Emak akan menukar santunan panggilan dirinya kepada "Mak". Subhanallah.. Emak tetap bersolat dan membaca ayat-ayat quran.
Percakapan Emak terhenti apabila Idah anak saudara Mak Long memberitahu dia hendak ke rumah kawan sekolahnya untuk bincang-bincang tentang kerja sekolah. Mak Long tanya macam mana dia hendak pergi? Katanya, "jalan kaki…". Jauh juga kalau hendak berjalan kaki. Mak Long memberitahunya Mak Long boleh tolong hantar dengan kereta Daril adik Mak Long iaitu bapa Idah. Tambahan bimbang ramai sangat orang bangsa asing berkeliaran di kampung…rasa tidak ada keselamatan!
Sudah lama sungguh Mak Long tidak memandu kereta yang "manual". Hmmm…kekok rasanya. Idah buka "gate" yang sentiasa ditutup sebab ada dua ekor kambing, Adam dan Hawa selalu lepas kandang. Kadang-kadang pandai pula buka pintu rumah dan masuk dalam rumah. Kambing-kambing itu dibuat seperti binatang mainan "pet" pula. Mak Long tidak berapa suka kambing kerana bau hamis kuat menusuk hidung. Yang lucunya bila Idah hendak masuk kereta pintu kereta pula terkunci. Mak Long cuba buka dengan memicit butang di tepi sebelah kanan….. laa tidak terbuka. Idah tunjuk butang dekat pintu tepi sekali suruh picit itu…. tidak terbuka juga. Kena picit kuat-kuat rupanya. Teruknya Mak Long ha ha ha…. Kami sama-sama tergelak besar….

Emak (28hb Februari 2014) |
SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.
BERBAKTILAH KEPADA IBU MU SELAGI ADA PELUANG
Berapa lama berada dikampong? Seronoklah bersama ibu. Berapa umurnya?
ReplyDeleteHanya dua bulan sahaja, Pakcik Hassan.
DeleteKelahiran Emak tidak pernah ada surat beranak. Menurut angaran melalui duit keping lama yang banyak disimpannya hingga ke hari ini kemungkinan Emak dilahirkan dalam antara tahun 1924-1926. Bermakna umurnya mungkin antara 88-90 tahun. Rasa bersyukur dapat peluang menjaga Emak dan berterima kasih kerana punya suami yang membenarkan isterinya membantu Emak walaupun hanya dua bulan.