Pages

Wednesday, February 12, 2014

Nota Mesin Buat Anak Kunci

Assalamualaikum,

Menjalani hidup sebagai pesara dan warga emas mempunyai banyak hikmahnya bagi kami.  Kami tidak perlu tergocoh-gapah membuat kerja-kerja di waktu pagi untuk menyediakan diri dan menyediakan sarapan makan pagi sebelum pergi keluar untuk menjalankan tugas harian mencari rezeki keluarga.  Bagi sesetengah orang mungkin berpendapat lain.  Selepas Pak Long bersara sepenuh masa hidup kami lebih teratur dan tenteram serta bersedia melalui hari-hari yang mendatang.  Kami sentiasa bersama-sama melakukan apa sahaja di rumah bersama.  Pak Long sangat perihatin dan mengambil berat terhadap Mak Long.  Hanya dua perkara sahaja Pak Long tidak suka buat, iaitu memasak dan kemas rumah!  Bagi Mak Long itu tidak ada masaalah, lagi pun tidak ramai orang lelaki yang suka buat kerja semua itu.  Sekali sekala kalau Mak Long malas dan tidak tahu hendak masak apa, kami akan makan di luar mencuba makanan laut yang mudah terdapat di kawasan kami. 

Kami sering keluar ke bandar-bandar terdekat.  Saja jalan-jalan.  Biasanya kami suka pergi ke kedai pengedar alat bahan-bahan perumahan dan pertanian seperti "Lowes" dan "Home Depot".  Tempat-tempat ini menyediakan berbagai jenis barangan dari semua alat membuat rumah, perabut hinggalah benih pokok dan baja untuk tanaman.   

Satu hari minggu kami seperti biasa mengunjungi Lowes di bandar San Marcos.  Ketika kami sedang melihat-lihat beberapa jenis lampu meja untuk meja jahit Mak Long,  kami ternampak sebuah mesin "Copy Your Key".  Kami hampiri mesin itu.  Belum pernah kami jumpa mesin begitu.  Biasanya bila memerlukan anak kunci baru, ada orang yang membuatnya.  Kini sudah ada mesin dan kita boleh buat sendiri kunci yang diperlukan.  Pak Long kata "Nak cuba tak?"

"Ya... saya ada anak kunci rumah dan perlu ada satu lagi sebagai spare".  Lantas kami ke mesin tersebut.  Ada cara-cara diterangkan bangaimana hendak menggunakan mesin itu.  Pertama tekan butang mula, kemudian pilih jenis anak kunci seterusnya tekan butang berapa banyak  anak kunci yang diperlukan, masukkan anak kunci asal kita yang hendak disalin sebagai anak kunci kedua kedalam suatu lubang yang tersedia.  Akhir sekali masukkan kad keredit di lubang kad.  Tekan butang "start".  Itu sahaja dan tunggu sebentar sementara mesin membuat salinan anak kunci.  Apabila siap mesin akan memuntahkan anak kunci baharu diikuti dengan anak kunci asal.  Sekarang semua sudah canggih, mudah dan cepat. 



Mesin Buat Anak Kunci





















3 comments:

  1. I wish they sold this machine here. I am sure there is for a price. Making duplicate at a shop is cheap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe one day the machine will be available any where in Malaysia. Only time will tell. The price is not that much different and it is convinence and fast.

      Delete
  2. berapa harga mesin kunci tu??pm saya 011-2346 0927

    ReplyDelete