Pages

Wednesday, February 12, 2014

Nota Mesin Buat Anak Kunci

Assalamualaikum,

Menjalani hidup sebagai pesara dan warga emas mempunyai banyak hikmahnya bagi kami.  Kami tidak perlu tergocoh-gapah membuat kerja-kerja di waktu pagi untuk menyediakan diri dan menyediakan sarapan makan pagi sebelum pergi keluar untuk menjalankan tugas harian mencari rezeki keluarga.  Bagi sesetengah orang mungkin berpendapat lain.  Selepas Pak Long bersara sepenuh masa hidup kami lebih teratur dan tenteram serta bersedia melalui hari-hari yang mendatang.  Kami sentiasa bersama-sama melakukan apa sahaja di rumah bersama.  Pak Long sangat perihatin dan mengambil berat terhadap Mak Long.  Hanya dua perkara sahaja Pak Long tidak suka buat, iaitu memasak dan kemas rumah!  Bagi Mak Long itu tidak ada masaalah, lagi pun tidak ramai orang lelaki yang suka buat kerja semua itu.  Sekali sekala kalau Mak Long malas dan tidak tahu hendak masak apa, kami akan makan di luar mencuba makanan laut yang mudah terdapat di kawasan kami. 

Kami sering keluar ke bandar-bandar terdekat.  Saja jalan-jalan.  Biasanya kami suka pergi ke kedai pengedar alat bahan-bahan perumahan dan pertanian seperti "Lowes" dan "Home Depot".  Tempat-tempat ini menyediakan berbagai jenis barangan dari semua alat membuat rumah, perabut hinggalah benih pokok dan baja untuk tanaman.   

Satu hari minggu kami seperti biasa mengunjungi Lowes di bandar San Marcos.  Ketika kami sedang melihat-lihat beberapa jenis lampu meja untuk meja jahit Mak Long,  kami ternampak sebuah mesin "Copy Your Key".  Kami hampiri mesin itu.  Belum pernah kami jumpa mesin begitu.  Biasanya bila memerlukan anak kunci baru, ada orang yang membuatnya.  Kini sudah ada mesin dan kita boleh buat sendiri kunci yang diperlukan.  Pak Long kata "Nak cuba tak?"

"Ya... saya ada anak kunci rumah dan perlu ada satu lagi sebagai spare".  Lantas kami ke mesin tersebut.  Ada cara-cara diterangkan bangaimana hendak menggunakan mesin itu.  Pertama tekan butang mula, kemudian pilih jenis anak kunci seterusnya tekan butang berapa banyak  anak kunci yang diperlukan, masukkan anak kunci asal kita yang hendak disalin sebagai anak kunci kedua kedalam suatu lubang yang tersedia.  Akhir sekali masukkan kad keredit di lubang kad.  Tekan butang "start".  Itu sahaja dan tunggu sebentar sementara mesin membuat salinan anak kunci.  Apabila siap mesin akan memuntahkan anak kunci baharu diikuti dengan anak kunci asal.  Sekarang semua sudah canggih, mudah dan cepat. 



Mesin Buat Anak Kunci





















Tuesday, February 11, 2014

Nota Baru Sedar Dah Tua

Assalamualaikum,

Hari itu Pak Long keluar sendirian ke kedai "General Store" (iaitu kedai yang lazim terdapat di merata seluruh Amerika Syarikat) yang tidak berapa jauh dari rumah kami.  Kalau di Malaysia kedai roncit yang menjual barang-barang serba-serbi sedikit untuk keperluan pengguna di kawasan itu.  Sekejap sahaja perginya sudah balik.

"What did you get from the store?", tanya Mak Long kerana tidak nampak benda yang dibelinya.

"Just this...." sambil menunjukan barang yang dibelinya dari dalam saku bajunya.  Kemudian duduk menghadap Mak Long.   "Dear, I never feel this old before........" dari air mukanya nyata nampak perasaan kesediahan.  Anak mata hijaunya nampak lebih hijau lagi..

"why do you say that?....". Tanya Mak Long ingin tahu.

"a customer at the store...Big old Mexican man asked me if that Italian Restaurant across the street is any good.  He said "hey Pop! Is that restaurant across has good food?".  I answered him, yes.  Then he asked again if the food is really good and I told him again that they have good food!  Then he said "ok Pop..thanks I'll try if the food is really good! ".  He raised his hand waiving at me like I was his buddy, buddy.... As if I didn't tell him the truth! ...."

"Pop" kalau di kalangan orang putih di Amerika di sesetengah tempat adalah panggilan untuk orang tua petani kampung sahaja.  Biasanya digunakan hanya panggilan dalam keluarga sahaja bukan digunakan untuk orang luar yang tidak dikenali.  Rupanya panggilan begitu tidak disenangi Pak Long dan beliau berasa tidak dihormati.

Mak Long cuba memujuknya kemungkinan lelaki tua itu tidak bermaksud apa-apa, cuma mahu beramah mesera sahaja.  "I know I am old, but that old Mexican called me "pop.....". Whatever... I know that I am old!"

Laa sensitive juga abang Mak Long ni, tetapi syukurlah dia menyedari dirinya sudah tua.