Pages

Wednesday, December 25, 2013

Nota Hari Natal


Assalamualaikum,

Sambutan Hari Natal atau Christmas disambut setiap tahun pada 25hb December oleh penganut kristian di setiap pelusuk dunia.  Hari Natal disambut sempena kononya memperingati hari kelahiran Nabi Isa yang dilahirkan oleh wanita beriman bernama Mariam dipanggil Mary oleh penganut kristian.  Mariam melahirkan bayinya tanpa suami kerana itulah kuasa Allah subhanallahtaala.. yang maha esa.  Orang kristian percaya Nabi Isa itu anak Allah.  Di Amerika banyak terdapat sepandok atau kata-kata keramat di papan tanda di merata tempat seperti di gereja iaitu rumah ibadat mereka "God loves his children so much that he sent his only son to save us"…

Menurut beberapa kajian yang dijalankan di Amerika mendapati kira-kira 90 peratus orang Amerika menyambut Hari Natal dengan berbagai cara dan adat.  Kajian juga menunjukkan masih ramai orang di sini menganggap Hari Natal itu sebagai hari cuti agama tetapi tidaklah semua berfikir begitu.  Hakikat sebenarnya hanya segelintir sahaja yang berpendapat sambutan Hari Natal itu cuti agama.  

Yang menariknya dari kajian itu, nyata terdapat berbagai perbezaan pendapat bagaimana orang Amerika mentafsirkan Hari Natal.  Orang-orang angkatan muda beranggapan sambutan Hari Natal itu hanyalah suatu sambutan tradisi yang disambut setiap tahun.  Mereka ini atau lebih dari separuh bilangan mereka tidak akan pergi sembahayang di gereja pada hari tersebut dan mereka tidak mempercayai seseorang wanita boleh melahirkan anaknya tanpa lelaki atau mereka kata "Virgin Birth" itu mustahil.



Bandar Blanco

Court House Di Bandar Blanco


Kajian juga menunjukkan orang America menyambut Hari Natal dengan menikmati hari percutian bersama keluarga dan sahabat handai masing-masing.  Rumah dan berbagai tempat dihias dengan lampu warna-warni yang menarik dan cantik seperti dalam alam impian.  Pokok pine sejenis pokok yang luncup dihujungnya dipanggil Chrismas tree dibawa masuk ke dalam rumah dan pokok ini dihias cantik dengan lampu lap lep dan berbagai bentuk bahan hiasan digantung pada pokok itu.  Di bawah pokok pula disusun dan diatur bungkusan dan kotak-kotak hadian.  Bagi kanak-kakak pula diberi kelebihan mengantung setokin panjang lazimnya warna merah di tempat lungunan api atau "fire place".  Mereka ditanamkan kepercayaan bahawa "Santa Claus" akan datang membawa hadiah ketika mereka tidur dengan syarat mereka berlaku baik maka permohonan dan doa mereka akan dipenuhi.  Di hari itu mereka menjamu selera dengan makanan-makanan istimewa yang dimasak khas untuk sempena sambutan itu.  Bertukar-tukar hadiah menjadi kelaziman dalam agenda sambutan itu.  Kanak-kanaklah manusia yang paling gembira sekali bermakna mereka akan menerima berbagai jenis hadiah seperti alat permainan yang mereka ingini.  





Oleh kerana Hari Natal disambut dalam musim sejuk, suasana terutama di kawasan yang tebal dengan salji turun ke bumi menjadikan suasana langskap yang begitu indah untuk dinekmati.  


Hiasan Pokok Christmas Di Hot Spring, Arkansas

Sehari sebelum sambutan Hari Natal kami bertiga beranak pergi melihat lampu-lampu cantik yang dihias indah di bandar LB Johnson dan bandar Blanco.  Cuaca ketika itu ialah 30 degree F atau -1 celcius.   Aduhai sejuk bukan main sampai ketulang!  Oleh kerana keinginsaan melihat lampu, kuatkan juga…..







Court House Di Bandar LB Johnson

Rumah Individu










No comments:

Post a Comment