Pages

Friday, February 19, 2016

Tak Nak Tapi Nak

Assalamualaikum,

"I don't understand.. We are supposed to be on diet.  You are baking a cake!?"

"Desert lah..."

Jadiiii inilah dia, sedap betul basic pound cake.... Sudah tiga kali Mak Long bakar cake ini dalam bulan ini.  Bakaran yang pertama 100% ikut resepi.  Kali kedua dan ketiga Mak Long buat setengah bancuhan.  Guna gula kelapa gantikan gula biasa.  Yang ketiga ini Mak Long guna acuan cupcake.  Pun sedap juga.  Pada Mak Longlah makan cake tanpa icing lebih sedap minum pula dengan kopi pekat panas... Hmmmm.. Memang tidak nampak orang lalu di belakang.




Beberapa minggu lepas dalam perjalanan kami menziarah Barry, kami berhenti di sebuah pasar tani di Sisterdale.  Macam-macam jenis barangan ada dijual.  Kebanyakan jualan hasil dari tanaman kampung, seperti bawang, tomato dan lain-lain.  Ada juga jualan jenis makanan popular mereka seperti "brisket" (daging lembu bahagian dada dibakar dengan api pelahan sehingga daging berderai lembut), hot dog, burger dan lain-lain lagi.  Selain itu ada jualan barang-barang kerjatangan juga.

Mak Long singgah di suatu gerai yang menjual beberapa bahan pencuci barang kemas dan minyak pengilap perabut.  Penjualnya sibuk betul memperkenalkan beberapa barang baru katanya... Antaranya KELAPA!  Memang terkini omputeh di Amerika sedang berkobar-kobar gila perkenalkan keistimewaan bahan-bahan kelapa, asam geluggur dan biji selasih.  Mereka percaya kelebihan istimewa dan keajiaban zat kelapa.  Memacam jenis barangan keluaran menggunakan bahan kelapa seperti syampu kelapa, gula kelapa, tepung kelapa, minyak kelapa, sabun mandi kelapa dan macam-macamlah.   Jelasnya barangan yang dibuat dari kelapa mengandungi banyak khasiat bla..bla..bla..bla... Tapi si mat saleh itu tidak tahu macam mana rupa pokok kelapa!  Mak Long senyum dengar sahaja dari tepi sambil mula mengundurkan diri. "Excuse me maam, do you know that coconut oil is good for you?".  Laaa... "Yes I know... I grew up with coconuts and coconut trees around me from day one..!".




Gula kelapa bernentuk seperti gula tebu dan gula pasir antara keluaran yang digemari. Keluaran seperti ini kebanyakannya datang dari negara tropika.



Keluaran untuk kegunaan mandian juga terlalu banyak terdapat di pasaran di Amerika.  Syampu rambut dari santan kelapa (coconut milk syampoo) adalah kegemaran Mak Long.

Sebentar tadi, ada orang datang mengendeng siap ambil icing dari peti sejuk hendak sapu atas cupcake.  Sedap katanya hahahaha Pak Long nih!  Tak nak tetapi nak!  Mak Long kongsi resepinya.  Satu resepi lama sudah turun temurun..

Pound cake

Bahan:

1 lb butter, lembut suhu bilik
3 cawan gula
6 biji telor sais besar
4 cawan tepung gandum (ayak dua kali dan sukat semula biar tinggal 4 cawan)
3/4 cawan susu cair atau susu segar
1 camca teh esen almond 
1 camca teh esen vanilla

Cara:

Pukul butter menggunakan mesin bancuh letrik (electric mixer) hingga kembang.  (Warna butter jadi putih, ini langkah penting kerana tugas mesin bancuh adalah mengembangkan butter supaya cake naik.  Proses ini mengambil masa antara 1 hingga 7 minit terpulang pada kuasa mesin bancuh. Cake ini tidak menggunakan baking powder.

Pelahan-lahan dan sedikit-sedikit masukkan gula.  Pukul hingga kembang.  Masukkan telur, sebiji demi sebiji hingga habis.  Pelahankan putaran, masukkan tepung berselang dengan susu (masuk tepung dahulu dan yang akhir pun tepung).  Akhir sekali masukan esen.

Tuang bancuhan dalam acuan bulat ukuran 10 inci yang sudah disapu minyak atau butter dan ditabur tepung.  Tentang apa jenis acuan dan bentuk ikut pilihan sendiri.  Bakar cake dalam ketuhar 300 degree F (150 degree C) selama 1 jam 40 minit atau cucuk dengan lidi tidak lekat.  Sejukkan cake yang sudah masak itu di atas wire rack 10 hingga 15 minit sebelum dikeluarkan dari cetak.  Mak Long lebih suka makan cake ini tanpa letak apa-apa, sebab terasa cakenya.









8 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Long..
    Saya tengok resipi pon dah sedap..hahaha... How's the weather now Mak Long? Mak Long tak buat "masak lodeh" ke? Biar "terangkat" Pak Long nanti....tu pon ada bahan dari kelapa jugak! Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Memang sedap Uncle, sebab tidak banyak bahan dalamnya. Pak Long pandai juga makan lodeh hihihi

      Delete
  2. Masa saya sampai Pulau Pinang dulu saya tertanya kenapa di beri nama Pulau Pinang sedangkan yang saya jumpa ialah kebanyakannya pokok kelapa.

    pokok pinang taklah seberapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan... bagaimana agaknya asal nama Pulau Pinang?

      Delete
  3. salam mak long.

    so gula kelapa tu rasa kelapa lah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Azian,

      Rasanya lemak-lemak manis seperti gula kelapa buku yang ada dijual di Malaysia.

      Delete
  4. Assalamualaikom Mak Long,

    Maaf, lama saya menyepi. Saya juga tersenyum dari jauh bila Mak Long kata omputeh itu memperkatakan tentang kelapa, tapi dia tak tahu rupa kelapa.
    Sejujurnya Mak Long ini pertama kali saya tahu gula kelapa. Gula tentunya bersifat manis. Sedangkan kelapa bersifat lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Pak Mail,

      Itulah tertanya-tanya juga kenapa Pak Mail lama tidak menulis. Alhamdulillah, sudah terjawab pun. Bagusnya gula kelapa ini tidak begitu manis. Manisnya bercampur lemak.

      Delete