Pages

Saturday, February 13, 2016

Duri Landak

Assalamualaikum,






Minggu lalu ketika kami dalam perjalanan meziarah Barry di pusat pemuliahan "The Village" di Bandar Kerville, kami terlecet bangkai seekor landak di jalan.  Landak dalam bahasa Inggeris ialah "porcupine".  Landak dikatakan sejenis haiwan mamalia termaksuk dalam keluarga tikus.  Tubuhnya dipenuhi duri sebagai bulu yang keras dan tajam berfungsi melindung diri mereka daripada musuh.  Sekiranya keadaannya terancam, landak akan mengembangkan bulu durinya sehinggga seluruh tubuh akan kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras. Tajam betul durinya hingga mampu lekat pada tayar truck.  Mak Long mula cabut beberapa duri itu dari tayar bila Pak Long nampak "No! No! don't do that, Dear.. you never know they may carry disease...."  Haah pulak!  Lalu terbantut dan tarik tangan cepat-cepat cuci tangan.

Pertama kali Mak Long melihat landak di Amerika ialah ketika kami berkunjung ke mini zoo di Cattleman's Steakhouse, Febens, El Paso, Texas.  Kali keduanya pula terjumpa berhampiran dengan kawasan rumah kami.  Rupanya landak boleh panjat pokok!
  
Masa Mak Long kecil-kecil dahulu arwah atok suka memburu binatang liar di hutan.  Landak dan ayam denak adalah antara dari tangkapan yang pernah beliau tangkap hidup-hidup.    Ada orang kata daging landak halal dimakan dan ada pula kata dagingnya haram dimakan.  Seingat Mak Long arwah atok tidak pernah menyuruh Mak Ener memasaknya.  Arwah atok jual sahaja landak-landak itu kepada orang yang memang mencari binatang itu.  

Kawan-kawan sekolah pula pernah memberi Mak Long duri landak, sahaja untuk suka-suka.  Mak Long simpan satu dua duri itu dan buat penunjuk membaca buku.












1 comment: