Pages

Sunday, October 11, 2015

Nota Burung Kelicap (Hummingbird)

Assalamualaikum,


Dari catatan (Lewat Ogos):


Burung Kelicap

Cacatan cuaca yang sentiasa tergantung di dinding rumah hari ini memanjat hingga 105 degree (40.6 celcius).  Panas Oo...  Panas terik serta kering.....tidak berpeluh walaupun terasa panas membakar. Siang dan malam sama sahaja rasa panasnya.  Penghawa dingin dua puluh empat jam sentiasa dibuka.  Masuk waktu subuh barulah nyaman cuaca sedikit hinggalah matahari keluar semula di awal pagi hari. Tidak lama lagi pusingan cuaca akan bertukar ganti.  Musim luruh yang bakal tiba dinantikan dengan kesyukuran.  Ia pusingan musim yang cantik dan indah; kebanyakan dedaun bertukar rupa berwarna warni. Sebelah malam setelah semua  jadual harian selesai, kami gemar duduk-duduk bersembang di luar bahagian belakang berandar rumah dengan kipas berputar laju macam hendak tercabut dari siling!  Rasa berangin sikit..  Sengaja tidak pasang lampu kerana suka gelap begitu boleh nampak bintang cerah di langit.  Tiada nyamok mengganggu kami.  Ada potongan tembikai yang sudah dipotong di dalam mangkok baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk.  Tabur garam halus sedikit. Hmmmm .... Best juga!

Pak Long bangun terus masuk ke garage.  Tidak lama kemudian datang semula ke meja dan berkata, "Come, I need your help!!".  

Mak Long bangun cepat-cepat mengekurinya dari belakang ke garage.  Apa hal agaknya ek?  Laa hai... rupanya ada seekor burung kelicap (hummingbird) sesat sedang terbang berpusing-pusing dalam garage.  Tidak tertuju pintu hendak keluar agaknya?  Pintu itu kan terbuka besar boleh lalu kereta!  Pintu besar garage sudah dibuka luas tetapi si kelicap tidak mahu keluar jua.  Tidak nampak atau apa agaknya!?  Hari pula sudah gelap di luar.  Lama-lama akhirnya ia berhenti terbang dan hinggap di daun pintu.  Ekor kecilnya nampak mengeletar, takutkah atau kepenatankah...?  Mesti berasa kedua-dua sekali agaknya!  Pak Long ambil tangga dan cuba menhalaunya keluar sementara Mak Long cuba mengarahkannya hala ke pintu dengan penyapu.  Kelicap terbang keluar garage tetapi tidak terus keluar ke laman, malah terbang berlegar-legar di bumbung garage kereta bahagian luar mengelilingi lampu.  Aduhai, sekejap dan pantas sekali kelicap masuk semula ke dalam garage utama terus terjelepuk ke lantai simen..

Mak Long dekati kelicap itu, keras, tidak bergerak lagi seperti sudah mati.  Kena kejutan sakit jantungkah dia?!  Perlahan-lahan dengan cermat Mak Long kaup kelicap dengan kedua belah tapak tangan.  Perhatikan dengan teliti... betulkah si kenit ini sudah mati?  Tiada tindak balas bila diusik sedikit..  Sedihnya hati, kelicap mungkin mati keletihan kehilangan tenaga!  Pak Long bantu carikan sesuatu bekas kecil untuk isikan air manisan yang memang sentiasa ada dalam botol berisi air manisan untuk burung kelicap, mungkin kelicap boleh menyedut sedikit air memberi tenaga. Ya, Pak Long dapat tudung botol..isikan air manisan di situ.  Kelicap dibaringkan di lantai berdekatan dengan tudung botol berisi air manisan tadi.  Mak Long titikkan setitik air manisan di hujung muncungnya.  Kedua-dua matanya terbuka besar tidak berkelip dan tiada sebarang riaksi...!





Sedihnya hati Mak Long, melihat burung kelicap...  sambil berdoa agar ia tidak mati dan agar ia bangun terbang semula kepangkuan keluarganya.  Hilang rasa selera hendak makan tembikai.....




Pak Long kembali duduk bersama dan pujuk Mak Long, mungkin burung itu kepenatan dan pengsan sahaja katanya.  Ya mungkin..!

Sejam kemudian ketika Mak Long sudah masuk ke dalam rumah, Pak Long panggil "Dear!  Come!  Come quick!... you won't believe this!!!"  Mak Long berlari menghampiri Pak Long yang sedang berdiri hampir dengan tempat burung itu diletakkan tadi.  Di mana burung?  

Pak Long kata dia hanya usik burung itu perlahan-lahan di kepalanya dan titikkan air manisan ke hujung muncung.  Tetiba burung tersebut bergerak dan terus terbang dari tangan Pak Long.  Alhamdulillah, burung kelicap hidup...


Hummingbird (Kelicap)

Keesokan paginya, seperti biasa kami minum pagi di tempat yang sama di beranda bahagian belakang rumah.  Seekor burung kelicap terbang rendah berdekatan di mana kami duduk sambil mengeluarkan bunyi buzzzz buzzzz gitu...  Bulunya berwarna hijau berkilat seperti yang malam tadi itu.  Adakah ia burung yang sama telah kami selamatkan malam tadi?  Entahlah...


Botol penuh dengan air manisan untuk humingbird














 

12 comments:

  1. Asalamualaikum mak long...alhamdulilah hidup burung tu..yan tak gemar burung kelicap..pagi2 dah bising kat tingkap umah...kadangkala taiknya bersepah sepah kat lantai...

    Sarap apa maklong pagi ni...take care mak long

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan,

      Hahaha kesihan Yan. Mak Long pula sangat suka burung dan binatang melainkan rusa yang suka makan tanaman Mak Long. Mak Long sarap biskot celop kopi panas ...

      Delete
  2. Salam kenal Mak long..
    sedih juga..ingatkan burung kelicap tu mati.. tapi Alhamdulillah hidup juga... kicaun burung di waktu pahi kadang amat mendamaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan disambut dengan kesyukuran dan senang hati. Mak Long berkunjung ke blog aTie tadi. Menarik entri tentang kunjungan aTie ke Bohey Dulang. Tentunya bagus untuk berkemah dan berkelah.

      Delete
  3. Mak Long, lain kali letakkan sign didinding..."This Way Out!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Uncle.. ada satu sign Pak Long gantung kat dinding keluar "Harley Davidson Parking Only!". Hummingbird tak nampak!

      Delete
  4. As Salam Mak Long,
    It's just fascinating to see a hummingbird in flight but still remaining stationery. Mak Long captured it most vividly in three of the snapshots.The flappings of the wings are too fast for the eyes 'to capture' which Mak Long did with the lenses. Glad to know it finally recovered.

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hank,

      It takes a lot of patient to snap a good picture of the hummingbird in flight....at least I have three or more times of trying. Facts about hummingbirds :
      They do perch.
      They have very weak feet and do not use them for transportation
      They fly forward, backward, shift sideways, stop in midair.
      They can beat their wings 60 to 200 times per second.
      They lap nectar with their tongues.
      They can fly up to 60 miles per hour.
      They can live 5-6 years in the wild.
      They are the smallest bird in the world.
      They consume, on average, half their weight in sugar each day.

      Delete
  5. Mak Long ...

    Saya memang suka burung burung dan segala haiwan nih ... hehehhee

    Kat sini , saya perhatikan tak pernah lak nampak hummingbird ... tapi memang teringin sangat nak tengok secara live gitu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hummingbirs suka bunga di mana mereka boleh menghisap nectar. Cuba Ghazali isi air manisan dalam botol makanan hummingbird dan gantung tepi rumah. Botol makanan itu banyak terdapat di Lowes, walmart dll. Bancuhan manisan ialah 1 part gula pasir + 4 part air

      Delete
  6. Ada burung kelicap kat umah sy ni. X boleh terbang. Nampak macam sayap dia ada kesan minyak hitam. Jatuh dlm longkang kot.. kesian lak... suami basuhkan sikit buang minyak hitam tu. Tapi nampak macam ada luka sikit. X tau nak buat mcmana.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Maklong...burung kelicap ni bina sarang dekat bawah bumbung tepi tingkap dapur rumah sy di luar..maybe nak bertelur...saya lihat burung bina sarang sampai siap sarangnya...sungguh rajin dan x pernah putus asa...burung paling pantas...
    Dulu kelicap pernah bina sarangnya..lepas dah anaknya boleh terbang..sarangnya jatuh ditiup angin masa hujan...skrg dibina sarang baru ditempat yg sama semula 😊

    ReplyDelete