Selamat Hari Bapa .... Jasa mu sungguh besar...
Friday, June 19, 2020
Saturday, June 13, 2020
Ke Pasar Costco, San Antonio, Texas
Assalamualaikum,
Pagi semalam seawal 8:00 pagi kami sudah keluar ke San Antonio. Tujuannya untuk ke Costco gedung “wholesale” di sana. Dah lama tidak ke situ hingga kad ahli kami pun dah mati. Tambahan keadaan covid-19 ni lagilah malas hendak ke mana-mana pun. Warga Emas sudah bertatah belian nih perlu lebih berhati-hati. Sebelum itu kami tanya si google kot ada peraturan2 baru sebelum pergi ke Costco.
Peraturan yang mesti dipatuhi:
1. Waktu khas warga emas berbelanja di Costco ialah di antara 9:00 am hingga 10:00 setiap hari.
Cukup masakah dalam 1 jam untuk membeli belah? Bagi kami lebih dari cukup. Berjalan dan berdiri lama2 sakit kaki tua nih.
2. Mesti pakai “mask” sepanjang dalam gedung itu serta mematuhi arahan “social distancing” .
Tidak ada masaalah pun. Tetapi kalau pakai “mask” di luar bangunan, itu tak boleh tahan, panas dan tidak selesa.
3. Pemakaian sarong/sampul tangan tidak diperlukan.
Kami pun tak suka pakai sampul tangan - panaslah!
Peraturan di atas tidak ada masaalah bagi kami, namun ada juga sekelumpuk manusia yang angkoh berpendapat itu tidak munasabah. Apa-apa pun “precaution is better than cure”.
Penggunjung dikendaki beratur dengan jarak 6 kaki antara satu yang lain untuk masuk ke dalam gedung - tawab sedikit keliling ratusan troli ke pintu besarnya. Di muka pintu masuk seorang penjaga ambil bilangan penggunjung yang masuk. Tidaklah pasti samaada ditetapkan bilangan yang dibolehkan berada dalam gedung buat sesuatu masa. Warga emas sahaja dibenarkan masuk ketika itu (9:00 am). Mereka yang muda-muda dilarang masuk sama. Mereka ini kena tunggu di luar hingga pukul 10:00 am walaupun mereka cuba berdolak-dalih dengan pengawal tu .... biasalah perangai manusia tidak mengira apa jua bangsa!
Bila tamat berbelanja, penggunjung boleh bayar sendiri melalui mesen layan diri atau pun cara seperti biasa melalui kaunter jurujual. Mudah tiada masaalah.
Wednesday, June 3, 2020
Sembang Kami
Assalamualaikum,
Masing- masing duduk diam-diam layan fikiran sendiri. Tiba-tiba :
Mokcik : Dear, my skin is all wrinkled...
Pokcik : Hmmm ...... I think that is sign of old
Pokcik & Pokcik : Hahahaha
Alhamdulillah, growing old together is rahmat..
Alhamdulillah, growing old together is rahmat..
Subscribe to:
Posts (Atom)