Pages

Monday, June 11, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum, 








Istimewa untuk muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia tanah air tercinta terutama ahli keluarga yang dirindui, tidak kira di mana juga berada di bumi Allah, juga tidak dilupakan kepada sahabat handai yang berada di perantauan yang tidak dapat pulang untuk bersama-sama keluarga.  Sempena menyambut hari kemenangan berakhirnya Ramadan 1439H, kami sekeluarga di rantauan mengucapkan:  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Salam dihulur memohon maaf zahir dan batin atas segala kehilapan dan keterlanjuran bahasa dalam kata-kata dan penulisan.

Kepada yang pulang ke kampung, bersabar dan berhati-hati ketika memandu kenderaan agar selamat sampai kepangkuan keluarga.  Biar lambat asal selamat.


Salam Eid Mubaraq
Mak Long sekeluarga
Canyon Lake
Texas  




Saturday, June 2, 2018

Sembang Kami..Talipon

Assalamualaikum,


Lepas subuh pagi ini...

Pak Long :   I haven’t seen my phone...

Mak Long:   I’ll call your phone.. showing your phone is ringging ..!  But I don’t hear it...

Pak Long keluar melalui pintu belakang terus ke garage.  Lama jugalah.  Cari taliponlah tu!  Mak Long tekan butang buat panggilan talipon Pak Long sekali lagi.  Mak Long punya talipon berdering tetapi talipon Pak Long tidak ada berdering di mana-mana.

Pak Long :  I got it!

Mak Long:  Where did you find it?

Pak Long :   At the car port.  The alarm went off must have scared the deer this morning!

Mak Long:   Hahaha it must have scared the baby birds too!  (Ada sarang burung di alang-alang tempat kereta.


















Kami Balik Kampung Wickliffe, Kentucky


Assalamualaikum,

7hb - 10hb Mei, 2018


Dari Linville Falls, North Carolina kami teruskan perjalanan arah Kentucky melalui Tennessee dan berhenti untuk tegang-tegangkan urat di perhentian Greenville.  Mak Long berminat tangkap gambar-gambar alam semula jadi dan bangsal-bangsal (barns) peladang baru atau lama seperti gambar di bawah ini.  Kalau di kawasan peladangan bangsal memang memainkan peranan penting dalam usaha pertanian.  Ia digunakan sebagai tempat menyimpan bijiran, benih dan lain-lain.   


Bangsal merah
Red barn

Masuk seawal bulan Mei peladang daerah itu sudah mula mengerjakan kerja-kerja membajak tanah, menyemai dan menanam beberapa jenis tanaman terutama gandum dan jagong buat tahun ini.  


Ladang Gandum

Kami sampai di rumah Judy sepupu Pak Long sudah petang.  Ketika kami sampai Judy sedang sibuk membuat persiapan menanam pokok bunga.  Katanya Junior suami Judy sedang tidur tidak sihat.  Dia jatuh dihempap besi ketika membuat kerja berat di belakang rumah..mungkin retak tulang selangka kata Judy sebab susah bernafas dan sakit bila bergerak.  Baru pertama kali tengok omputeh tidak mahu pergi jumpa doktor bila sakit.  Sanggup menahan sakit!   Adoiiii..  Jadi kami ke bangunan besar di belakang rumah di mana bangunan itu diguna sebagai dewan serba-guna.  

Gambar di bawah ini ialah sehelai quilt yang Mak Long buat dan hadiahkan pada Judy beberapa tahun lalu.  Masih dia simpan sampai sekarang....  


Quilt pelangi

8hb Mei, 2018

Malam itu kami bermalam di rumah Judy di bilik biasa yang kami gunakan setiap kali bila kami balik kampung.  Rumah lama peninggalan bapa Judy iaitu bapa saudara Pak Long.  Pagi itu kami merayau-rayau kawasan belakang rumah.  Pak Long tunjukkan bangsal lama sudah berpuluh tahun.  Pak Long kata bangsal itu sepanjang hidupnya memang sudah ada, tidak tahu berapa lama.  Dulu ia digunakan untuk mengeringkan daun tembakau.  Keluarganya menanam dan mengusahakan tembakau untuk dijual di suatu abad dahulu.  Kini tidak lagi..bangsal itu jadi tempat letak barang-barang lama seperti batu bata abad 1600an dan beratus batang kayu digunakan untuk sangkut dan sidai daun tembakau.  Masih utuh dan tidak rosak. 

Bangsal Lama bahagian hadapan

Bangsal lama bahagian belakang

Gambar di bawah ini adalah dalam bangsal.  Batang-batang kayu yang kelihatan itulah batang untuk menyidai daun tembakau.


Peran atas dalam bangsal lama

Gambar yang ini ialah panaroma sebahagian dari belakang kawasan rumah dan tanah.  Luas betul tanah keluarga mereka.




Judy ajak kami pergi ke rumah terapong yang Junior bina tiga, empat tahun lalu.  Rumah itu dibina ditebing sungai di mana apabila air pasang atau musim tengkujuh rumah akan terapong.  Hanya mereka yang menjadi ahli kumpulan daerah itu sahaja dibenarkan membina rumah terapong.  Mak Long tidak minat rumah macam itu ..... banyak nyamok!  Lagi pun perbelanjaan tinggi, selalu hendak perbaiki apabila banjir musim tengkuju.  Tetapi suasana di situ sunyi dengan pemandangan yang indah.  


Kawasan memancing ikan dan memburu itik


Aktiviti di situ ialah memancing ikan air tawar, memburu itik dan rusa.  Kata Pak Long memburu itik seronok.  Itu kalau suka memburu itik.  Hobi macam itu Mak Long tarik dirilah kerana hobi itu kadang-kadang terpaksa duduk berendam di paya atau di sungai atau tempat lecah, tentunya ada cacing-cacing dan lintah sekali.  

Gambar di bawah ialah patong itik (decoys) digunakan untuk menarik itik datang.  Ia diletakkan terapong di permukaan air.  Disamping itu pemburu meniup wisel meniru seperti itik berbunyi memanggil itik datang.  Kata Pak Long kena berlajar dan berlatih macam mana hendak tiup wisel seperti bunyi itik.  Kalau tidak nanti itik lari dan terbang takut bunyi wisel hahaha...



Patong itik

Gambar di bawah ini adalah antara rumah-rumah terapong di situ.  Nampak tak dua batang galah besi lurus di sisi kiri berganding dengan rumah itu?  Itu adalah galah yang mengimbangkan turun naiknya rumah apabila air naik dan pelampong di bawah rumah agar rumah timbul berapong.



Rumah terapong

Gambar yang di bawah ini pula adalah rumah terapong Judy dan Junior bersais kecil menampung satu bilik tidur, bilik air, dapur dan ruang tamu.  Selesa juga dalam rumah kecil itu.

Rumah terapong milik Judy dan Junior

Wanita yang duduk goyang kaki di bawah itulah Judy, mem kaya sedang duduk di beranda rumah terapongnya.  Kini beliau sudah pencen menghabiskan masanya dengan pelbagai aktiviti bercucuk tanam.  


Judy

Gambar di bawah ini adalah bahagian dapur rumah terapong.  Selesa juga rumahnya.   


Dapur rumah terapong

Gambar di bawah, inilah Junior.  Pagi itu dia boleh bangun tapi katanya masih terasa sakit.  Bila tanya kenapa tidak mahu pergi jumpa doktor.  Jawabnya apa?  "Sama jer, kalau saya jumpa doktor, dia bagi ubat tahan sakit buat saya tidur.  Buang masa!  Kalau ada tulang patah pun sama juga saya kena tunggu baik juga!"  Peliknya dia!


Junior

Hari kedua kami ke rumah sahabat Pak Long bernama Tom Cruise (bukan bintang filem terkenal Tom Cruise yang kacak itu).  Pak Long hadiahkan Tom sebuah kerusi besi (iron bench) yang sudah dibaik-pulih beberapa bulan dahulu.  Sukanya dia!  Tom seorang yang peramah dan kelakar suka bercerita kisah-kisah zaman sekolah bersama Pak Long.  Bila Tom membuka mulut bercerita maka tidak kering gusi mendengarnya.  Dia bekerja kampung sahaja, bertani dan menggumpulkan besi-besi barang lama untuk dijual.  Ketika kami berada di kawasan rumahnya adalah beberapa roda besi buruk besar.  Memang sudah lama Pak Long cari roda besi.  Hendak dibuatnya sebagai hiasan di kawasan rumah.    

Pak Long:   Tom are those for sale?

Tom:           Yey, yeh they are...  Why?

Pak Long:   How much?

Tom:           Oohhh  $120 for all of them!

Pak Long:   I take them...

Maka inilah.... tengok kami menggangkut besi buruk bawak balik Texas!  Hahaha ...  Tom tambah lagi sebuah kerusi besi buruk yang katanya dia hendak bagi sahaja...  Senyum lebar Pak Long... "No, no, no Tom.  I pay for it!"  Tom menolak tetapi Pak Long tetap bayar juga.  Maka terdapatlah tiga pasang roda, dua buah kerusi buruk (yang sebuah itu kerusi buruk Robin tidak mahu lagi) dibawa pulang ke Texas.


Anggkut besi buruk!