Pages

Thursday, January 19, 2017

Selamat Ulang Tahun

Assalamualaikum,







20hb Januari, 2017
Tercatit tarikh ini 
Ulang tahun kamu

Atur langkah kamu, mara kehadapan
Keberanian mengejar kejayaan
 Warnakan sejarah baru

Tapi ...... Awas! 

Keimanan
Tanggung-jawab
Kematangan
Kebijaksanaan
Harta bernilai
Kaya harta, miskin jiwa

Tinggalkan bayang semalam 
Di lipat kenangan
Baik jadikan tauladan
Buruk jadikan sempadan


Selamat Harijadi, 
Anak muda bonda















Sunday, January 15, 2017

Sembang Kami



Assalamualaikum,






Him:    How do you feel, sayangku


Her:    I feel fine. The bigger stitches on the wounds feel so itchy..... sign of healing I guess


Him: Yes... sign of healing. You'll be seeing the doctor tomorrow.... He is taking off your bandages.  Maybe he will find something else.... (He chuckled!) Maybe there are some stitch worms eating your wounds.......reason for "itching"!


I did not smile.  I looked at him, long and hard scrutinizing him for some clues and reactions from his face.  He did not smile either.  He just looked straight ahead on the road concentrating on his driving.  I hated it when he did that.  All the times... why is he like that?!  Then........... slowwwwly turning his face towards me all beaming with his biggest smile ever from ear to ear!   Ding bat!   He could not stand it any longer.  I knew it!!  Should have known!


Him & Her :     Hahahahaha (laughing really hard until my belly hurt)














Saturday, January 14, 2017

2016 Dalam Kenangan

Assalamualaikum,

Dari catatan:


Hidup kami sering di atas jalan, memang jarang lekat di rumah!  Ada-ada sahaja tempat yang hendak ditujui dan jelajah.  Tambah-tambah lagi Pak Long, kakinya sentiasa gatal hendak memanjangkan langkah.  Ke mana sahaja hala dan arah, anggok sahaja beliau sanggup.   Sesungguhnya bumi Allah ini terbentang luas untuk diterokai, dipelajari, dinikmati selain melihat ciptaan Illahi yang luas tiada noktahnya.  Kami tidak pernah jemu menikmati ciptaan NYA.  Justeru kami amat bersyukur atas rezeki, peluang serta kesihatan baik yang dilimpahi Allah memberi peluang menikmati kebesaran NYA.  Alhamdulilla....

Tahun 2016 langkah kami menjangkau lebih jauh lagi hingga dapat meliputi beberapa buah lagi negeri yang belum pernah kami jejakkan kaki seperti California, Michigan dan Minnesota.  Suka Mak Long kongsi apa yang kami alami dan pelajari sepanjang pengembaraan kami berdua.

Perjalanan kami bermula awal musim bunga pada 18hb April, 2016 ke Lake Tahoe, California Selatan melalui dan menyeberangi beberapa buah negeri yang pernah kami lalui dahulu iaitu:

1.  New Mexico  -  kami singgah dan bermalam di sana.

Perjalanan jauh melalui pelbagai tempat

2.  Arizona  -  kami singgah juga bermalam di sana.

Cactus Saguaro hanya banyak terdapat di Arizona

3.  Lake Tahoe di sebelah Selatan California.  Kami bermalam di sana.

Lake Tahoe sebelah California


4.  Lake Tahoe sebelah Nevada di mana pada hari kami sampai tiba-tiba cuaca berubah menjadi sejuk diikuti ribut salji yang tidak disangka-sangka.

Lake Tahoe sebelah Nevada

5.  Perjalanan kami ke utara California tergendala satu hari disebabkan ribut salji yang hampir-hampir meragut nyawa di banjaran Pergunungan Sierra Nevada/California.


Ribut salji di pergunungan

6.  Dari Red Bluff, California menuju ke Redwood National & State Parts di Eureka utara California melawat hutan lipur pokok gergasi "the red wood".


Pokok gergasi red wood, California

7.  Suasana perhutanan lipur "red wood" yang dinamakan "The Giant Avenue".



8.   Antara keunikan pokok gergasi redwood termasuklah:

       a.   Klamath Drive-through redwood 
       b.   Shrine Drive-through redwood
       c.   Chandelier Drive-through redwood

Lubang rompong di pangkal pokok gergasi itu membolehkan kenderaan sederhana melaluinya.  Hanya Shrine Drive-through redwood sahaja lubangnya itu terjadi semula jadi.  Dua lagi itu ditebuk oleh tuan punya tanah persendirian untuk menarik pelancung.

Drive-through red wood tree, California

9.  Rumah yang lengkap dengan perabut asas dibina dalam sebatang pokok gergasi redwood.

"One-log house" diperbuat dari pokok red wood

10.  San Francisco, California.  Melalui jambatan besi berwarna merah yang tersohor "The Golden Bridge of San Francisco.

Golden Bridge of San Francisco, California

11.  Fisherman's Wharf, pelabuhan tersohor di pinggir Lautan Pacific.

Fisherman's Wharf, San Francisco

12.  Pulau Alcatraz.  Sebuah pulau kecil di mana terletak sebuah penjara menempatkan penjahat-penjahat merbahaya.  Kini penjara Alcatraz telah dijadikan sebagai pusat pelancung yang mesti dilawat.

The Alcatraz

13.  Lebuhraya 1 (Highway 1).  Pemandangan yang menakjobkan dan paling indah di sepanjang pantai Lautan Pacific.  Lebuhraya yang berliku-liku dan merbahaya.

Big Sur, California Highway 1

14.   Hearst Castle, San Simeon, California.  Sebuah istana milik keluarga jutawan Hearst letaknya hampir sepanjang wilayah San Simeon di persisiran Lautan Pacific.  Kini istana itu telah diuruskan oleh pihak negeri dan ia dijadikan sebagai satu dari pusat pelancungan.

Hearst's Castle

15.  Berpeluang bertemu dengan seorang sahabat berasal dari Penang di rumahnya.  Beliau menetap di San Francisco setelah mendirikan rumah tangga dengan seorang berbangsa Itali.

Rose Galleta


16.  Deming, New Mexico.  Kami pernah tinggal di sana selama lebih kurang setahun lebih ketika Pak Long bertugas di sana (di kawasan desert).


Deming, New Mexico

Bulan Ramadhan dan Shawal tahun ini kami menyambut di kediaman kami, di Canyon Lake.  Kami beraya tiga beranak sahaja, kerana di daerah kami tidak ada umat Islam. 


Menyambut Aidilfitri 


Perjalanan jauh kali kedua pula mulai 9hb July, 2016 ke Kentucky, Illinois, Michigan, Minnesota dan Wisconsin.


1.  Wickliff, Kentucky 

Menghadhiri hari perjumpaan murid-murid lama Pak Long dan menziarah keluarga Pak Long.

Kebun jagung keluarga
Wickliff, Kentucky


2.   Thomas Jefferson's Tower, Kentucky

Singgah di sebuah tugu yang menjadi pertingkaian supaya dirobohkan oleh orang-orang puak pelampau.  Sejarah negara yang mahu dilupai oleh mereka - Thomas Jefferson's Tower.

Thomas Jefferson's Tower, Kentucky


3.   Champange, Ilinois

Singgah dan menjengok adik Pak Long.

Pak Long bersama Ernie


4.  Harley Davidson Museum, Milwaukee, Wisconsin

Menunaikan impian Pak Long melawat Harley Davidson Museum.  Tertunai sudah impiannya.  




5.  Superior Lake, Michigan

Kami singgah di sana.  Sebuah tasik terbesar di Amerika.


Superior Lake

6.   Dulluth, Minnesota

Melihat keindahan alam di pinggir tinggi Superior Lake di mana terdapat sebuah rumah api.  Rumah api itu adalah Split Rock Light House.  Ia berfunsi untuk memberi amaran kepada penduduk setempat dan pelayar-pelayar kapal ketika keadaan cuaca buruk seperti kabus menebal di sana.

Split Rock Light House

Malaysia

1.  Pulang ke Malaysia selama lebih kurang sebulan lebih untuk bersama-sama keluarga tersayang.  Yang lebih penting sekali ialah berpeluang besar menjaga Emak yang uzur.


Makan durian 

2.  Durian bukanlah buah kegemaran, tetapi sekali-sekali, terutama bila sudah berkumpul anak-beranak durianlah yang dijamu dan dinikmati beramai-ramai bersama.  Ditambah meriah sekali apabila Icah juga balik bersama Mak Long dan kali pertama beliau bertemu Anna.


Anna di rumah terbalik, KL

3.  Kami berpeluang menghabiskan masa untuk bermesera bersama-sama Anna, cucu sulong Mak Long.  Seronok juga jadi nenek nih....  Yang membuat lagi seronok bila hendak ke mana-mana kami tidak memandu kereta.  Kami kuatir lalu-lintas di KL sesak tambahan susah mendapat tempat letak kereta.  Kami gunakan khidmat "Uber" yang amat mudah, cepat, murah dari khidmat teksi.




4.  Terengganu

Berpeluang curi-curi masa ke Terengganu menziarah adik angkat kesayangan bersama Icah.

Terengganu

Kemaman, Terengganu




Corpus Christi, Texas

Balik dari Malaysia, kami ke Corpus Christi terletak di selatan Texas.  Kami melawat USS Lexington terkenal dengan gelaran "The Blue Ghost".  Ia adalah pelantar kapal induk pesawat udara dalam Perang Dunia Kedua.


USS Lexington, WW11 aircraft carrier



Arkansas


November adalah lewat musim luruh, kami ke Arkansas sahaja melihat keindahan warna dedaun luruh, tetapi sayang cuaca tidak begitu baik..hujan lebat pula pada hari kami sampai.  Kami singgah dan menziarah sahabat zaman kanak-kanak Pak Long di Huntville, Arkansas.  Jauh di nun rumah mereka di kawasan perkampungan di atas bukit.  Pertama kali jumpa omputeh memilih hidup betul-betul seperti orang kampung.  Jalan masuk ke rumahnya semak dan berlopak-lopak buat kereta melambung-lambung seperti naik boat bergelombang..  


Ronnie dan isteri Lisa

Di keliling rumah mereka banyak pokok buah-buah seperti pear, apple dan lain-lain jenis pokok.  Semua tanaman dipagar tinggi.  Menurut Ronnie kawasan rumah mereka ada banyak rusa yang merosakkan tanaman.  Mereka menternak ayam sebagi sumber telor dan lebah untuk madunya.  Tahi ayam merata terpaksa berhati-hati supaya tidak terpijak tahi ayam punai hahaha.  Lain betul cara hidup mereka... tiada TV di rumah untuk hiburan juga tiada internet ....  Boleh tahankah kalau kita tidak mempunyai TV atau internet untuk keperluan utama kini?  Kain yang dicuci disidai di jemuran tanpa guna mesin pengering.  


Bentonville, Arkansas

Kami berpeluang meziarah Musium Wal-Mart.  Di sinilah lahirnya pasaraya Wal-Mart yang pertama ditubuh oleh Mr Walton.  Kini ia menjadi antara rangkaian pasaraya terbesar di seluruh Amerika Syarikat.  Siapa yang tidak kenal Wal-Mart di Amerika?  



Musium Wal-Mart, Bentonville

Musim sambutan hallooween

Tahun ini pertama kali Mak Long jumpa labu kulitnya warna putih.  Labu mempunyai berbagai bentuk, warna dan jenis menjadi kemestian mesti "ada" bagi keluarga omputeh di Amerika di musim perayaan "Halloween".


Labu putih

Apabila sambutan Halloween tammat, berlambak-lambak labu dijual murah-murah.  Mak Long pun sibuk beli satu... besar!  Bila dipeluk hujung jari kiri dan jari kanan pun tidak bertemu, punyalah besar dan beratnya.  Tidak terangkat kita....  Pak Longlah yang kena angkat labu itu balik ke rumah.  Merengkek dia bawak hahahaha....  Letak di luar rumah dulu sebagai hiasan sebelum Mak Long masak.

Mak Long ingat hendak buat kuih koci labu, pai labu dan masak gulai lemak tetapi tidak ada rezeki.  Cuaca sejuk tahap beku (-12 degree celcius) melanda di tempat kami dan kami terlupa membawa labu masuk ke dalam rumah.  Nasiblah maka labu pun punah dengan labu-labunya.....!  Jadi rezeki rusalah... dua hari mereka kerjakan sampai licin.


Labu gergasi