Assalamualaikum,
Kita sudah pun meninggalkan tahun 2013, semuga tahun yang baru lepas itu memberi dan meninggalkan berbagai kenangan dan pengajaran dalam hidup untuk kita renungkan. Samaada azam yang kita buat sepanjang tahun dahulu dapat dilaksanakan dengan jaya atau di sebaliknya, tidaklah semestinya azam itu dijayakan atau ditinggalkan, tetapi itu hanyalah sebagai garis pandu untuk kita menjalankan kehidupan seharian. Semuga tahun 2014 kita sudah bersedia dengan azam baru, kalau tidak pun kita perlu berhati-hati menghadapi cabaran yang mendatang yang penuh duri dan onak serta berwarna warni yang tidak dijangkakan. Sungguh pantas masa berlalu. Beberapa pengajaran dan kenangan manis juga baik dan buruk telah melalui dalam hidup Mak Long dalam sepanjang 2013.
Melangkah undur setapak merenung kembali ke belakang mengingati detik-detik sejarah dalam hidup yang telah dilalui dalam setahun lalu.
Pak Long bertolak ke Dammam, Saudi Arabia atas permintaan sahabatnya membantu mereka dalam syarikat pengeluaran minyak dan gas. Janji Pak Long inilah jawatan terakhir sebelum bersara sepenuh masa. Ya, janjinya pemergiannya ke sana hanya untuk tiga bulan. Gitu gini masuk enam bulan juga! Alhamdulillah, kini sudah bersara sepenuhnya.
Mak Long menjalani pembedahan untuk rawatan perubatan macular hole di mata kiri. Doktor bertanggung jawab menjalani pembedahan ialah Dr Michael Singer dan Dr Burns. Pembedahan selama lebih kurang satu jam telah berjaya dilakukan. Pak Long telah menjaga Mak Long dengan sempurna dan penuh kasih sayang ketika dalam masa pemulihan yang sangat mencabar bagi Mak Long. Selama tiga minggu Mak Long diarahkan agar menundukkan kepala ke lantai sepanjang 24 jam sehari agar mempercepatkan perubatan menutup lubang yang dirawat itu. Pembedahan kali kedua pada mata kanan pula untuk membuang selaput cataract dan menganti kanta baru melalui pembedahan laser. Peroses baik pulih kesihatan mata mengambil masa sepanjang tahun 2013. Alhamdulillah sekarang sudah baik sepenuhnya. Namun demi tugas sebagai suami Pak Long terpaksa meninggalkan Mak Long sendirian sebahagian daripada peringkat awal proses baik pulih tersebut. Alhamdulillah, semua baik-baik..
Nasihat Mak Long jangan abaikan kesihatan mata. Mata adalah cermin utama kita melihat dunia.
Melalui musim sejuk sendirian buat berberapa bulan tanpa Pak Long hinggalah beliau pulang pada lewat bulan March. Ketika gambar ini dirakamkan Mak Long sudah boleh memandu kereta semula dan berulang alik berjumpa Dr Singer dan Dr Burns. Tidaklah bawak laju macam selalu-selalu.
Kembali semula mengamalkan pengambilan permakanan sihat juga memastikan meminum jus sayuran dan buahan yang diperah sendiri setiap hari.
Hasilnya sungguh menggalakan kerana berat badan turun ke aras yang dikehendaki walaupun tidaklah gemok sebelum ini. Mak Long tidak diet tetapi hanya mengamalkan makan makanan berhasiat hingga ke hari ini. Melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang segar.
Sebenarnya dalam pengelaman Mak Long menjaga permakanan sendiri secara berseorangan lebih mudah kerana mudah mengawal diri.
Apabila Pak Long balik dari Saudi Arabia,
beliau juga ingin bersama mengamalkan makan makanan berhasiat. Tetapi Pak Long ni mudah hendak terlebih makan hahaha.. yang pedas dan pahit tidak berminat ditelan… macam mana nak turun berat badan?
Musim bunga 2013 yang indah diserikan dengan tumbuhan bunga bluebonnet, bunga kebangsaan Texas di kawasan kami.
Mengisi masa lapang dengan hobi mengambil gambar di sana sini.
Ke Houston menguruskan truck Pak Long.

Awal April, 2013 menjelang musim bunga kami ke Arizona yang dikenali dengan gelaran "The Sun City" disebabkan cuaca panasnya di negeri tersebut terutama dalam musim panas. Sahabat kami Elaine Raymer disahkan mengidap barah usus peringkat terakhir. Suatu keinginan yang pelik pada pendapat Mak Long tetapi yalah lain orang lain cara dan keinginan utama masing-masing sebelum mati. Sebelum memejamkan mata beliau berhasrat menikmati percutian melawat beberapa tempat di Arizona dengan bermotorsikal. Memandangkan kesihatannya tidak berapa sihat suaminya Mike memohon kami menemani mereka bersama dan mengheret motorsikal kami dengan 'trailer' bersama. Mak Long tidak begitu setuju cadangannya, pertama cuaca masih sejuk untuk bermotosikal, kedua bimbang kalau penyakitnya bertambah parah. Pastinya itu tidak bermasaalah bagi mereka berdua dan tidak mengindahkan kebimbangan kami. Selepas kembali dari percutian itu Mak Long meluahkan rasa hati pada Pak Long tidak mahu lagi pergi bersama-sama mereka dalam apa juga perjalanan yang melibatkan pergi bersama-sama untuk masa-masa akan datang. Mak Long rasakan tidak bersuaian untuk kami. Di antara tempat-tempat yang kami lawati seperti dalam gambar di bawah:
Gambar baris 1:
a. Mengheret 2 buah motorsikal Harley Davidson dengan trailer.
b. Melawat perkampungan dan bandar tua Bisbee, Arizona. Menurut Elaine ibu saudaranya tinggal di situ.
Gambar baris 2:
a. Tombstone bandar cowboy tua yang punya sejarah pergolakan zaman rebutan mencari emas.
b. Pokok cactus yang hanya terdapat di Arizona
Gambar 3:
a. Suatu pemandangan indah cipatan Allah di Jerome, Arizona dari arah tinggi
b. Hari itu sahaja 40 accident motorsikal berlaku termasuklah Mike dan Elaine Raymer. Tempat curam dan bahaya. Mereka tidak apa-apa.
Gambar 4:
a. Mike dan Elaine Raymer
b. Sedona suatu kawasan cantik terkenal dengan batu, bukit dan gunung berwarna merah.
Gambar 5:
a. Coconino National Forest perkampungan Red Indian Reservation
b. Sliding Red Rock, Arizona
Gambar 6:
a. Sedona batu merah
b. Cactus tumbuhan asli utama di Arizona
Minggu terakhir bulan April sekembalinya dari percutian di Arizona, Putera MM datang ke Texas melawat kami dan meraikan kejayaan Puteri SH menerima ijazah. Di antara tempat-tempat yang kami bawa beliau melawat ialah:

Lukenback, Texas
River Walk di San Antonio, Texas
The Alamo, tempat bersejarah Texas di San Antonio, Texas
The Alamo, San Antonio, Texas
Natural Bridge Cavans, Texas
Gua di bawah tanah iaitu sebuah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya. Ia terletak di bawah Natural Bridge.
Universy Of North Texas, Denton
10hb May, 2013 hari bersejarah bagi Puteri SH menerima Ijazah dari University of North Texas, Denton, Texas. Kejayaannya yang amat bermakna bagi kami sekeluarga. Semuga kejayaan ini memberi galakan dan membawa SH ke dunia luas untuk diterokai hingga mencapai kejayaan dalam hidup dunia dan akhirat. Tetapi tugas sebagai seorang ibu masih belum berakhir di sini….
June, kami melawat Eureka Springs, Arkansas. Di atas adalah Thorncrown Chapel, sebuah bangunan yang unik bentuknya.
Kami juga mengunjungi steam engine train, Eureka Springs, Arkansas. Suatu ketika dahulu khidmat keretapi itu adalah untuk membawa penumpang dan barang.
Akhir June kami mengunjungi dan menaiki satu lagi kereta api lama berengin "Bertram steam engine train ride", Austin, Texas. Saja-saja mengisi hari minggu bersama Pak Long.
Menghabiskan hari minggu menunggang motorsikal ke Bendera, Texas iaitu sebuah bandar cowboy tua di Texas Hill Country.
4hb July, menyambut hari kemerdekaan Amerika Syarikat. Kami menyaksikan pertunjukan bunga api di Bandar San Marcus, Texas.
22hb July dalam bulan Ramadhan Mak Long pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama keluarga terdekat menyambut hari mulia Idil Fitri. Melepaskan rindu yang sudah lama terpedam dan tidak pernah padam di hati.
Tahun yang bersejarah sekali dalam erti hidup Mak Long kerana dapat bersama-sama si kecil dalam gambar ini. Allah telah pertemukan kami buat kali pertama. Harapan semuga hubungan sentiasa irat dan mesera hendaknya.
Menziarah sebuah keluarga yang telah lama tidak bertemu.
Bertemu ahli keluarga semula selepas kira-kira enam belas tahun tidak pernah bertemu.
Pertemuan diatur dengan sebilangan bekas pelajar-pelajar Sri Kandi Sekolah Tun Fatimah di ruamah Kak Ramlah Mahpus di Tanjung Karang, Selangor. Pertemuan yang penuh mesera dan kerinduan selepas hampir 46 tahun berpisah apabila kami tamat sekolah untuk meneruskan perjalanan hidup masing-masing yang penuh cabaran dan pengorbanan. Ada yang terus berjaya ke mercu kejayaan dan ada juga yang bahagia dengan kehidupan yang dianugerah Allah seadanya. Ada juga yang sudah kembali dijemput pulang kepada Penciptanya terlebih awal.
Berpeluang menemui Puan Jamilah Salleh, sahabat sekolah di rumahnya di Kg Nyalas, Melaka. Kami belajar sekelas, makan semeja, tidur bersebelahan katil di asrama and kami berkawan rapat ketika di sekolah. Hubungan kami terputus hampir 46 tahun baharu kini dapat bertemu kembali. Berpisah ketika masih remaja dan bertemu kembali setelah masing-masing menjadi nenek.
Setiap kali Mak Long pulang ke Malaysia, Datin Fauzian Hj Ismail adik ipar Mak Long sentiasa meluangkan masa untuk kami bersama. Seorang wanita dari Pantai Timur yang sangat gigih dalam perniagaan, berhati mulia dan cekal menghadapi dugaan yang mendatang.
Bertemu pula dengan Puan Zainul Akmal dari Negeri Sembilan. Kami bertemu di Taman Melawati, Ulu Kelang. Beliau juga kawan sekolah dari Sekolah Tun Fatimah kini sudah bersara dan menjaga cucu-cucu beliau.
Bertemu dengan kawan sekelas Puan Naemah, Puan Maimun Ibrahim dan Hamsiah (Kak Ham). Kak Ham mengalami sakit urat saraf dan tidak mampu bergerak bebas. Kami telah mengunjunginya di rumah beliau di Batu Caves di suatu petang.
Tidak ketinggalan adik angkat iaitu Wan Anizam Wan Ali juga meluangkan masa untuk kami bersama-sama. Seorang ibu tunggal cantik, gigih dan kuat berusaha dalam perniagaan meningkatkan taraf hidup dan menyara dua orang anak remaja yang masih menuntut di pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Kegilaannya yang tidak dapat difahami ialah bermain golf..kaki golf! Sanggup berpanasan di bawah matahari asal dapat bermain golf menghitamkan kulitnya yang putih melepak.
Bertemu dengan Puan Selamah Mansur juga kawan sekolah dari Sekolah Tun Fatimah. Beliau telah bersusah payah datang ke Lapangan Terbang KLIA di hari Mak Long hendak bertolak pulang semula ke Texas semata-mata hendak bertemu dengan Mak Long. Sungguh mulia hatinya..
Berpeluang bersama-sama dengan sahabat baik lama Haminah Hamzah dan Normah Yusof di kediaman mereka di Kelana Jaya selama tiga hari. Tali persahabatan kami sudah lama terjalin semenjak zaman remaja lagi. Mak Long tidak berani memandu kereta di Kuala Lumpur, serun dengan gelagat pemandu-pemandu di sana. Mak Long belajar menggunakan khidmat keretapi LRT yang banyak memberi kemudahan kepada rakyat jelata. Juga yang manisnya Mak Long dapat bertemu buat kali pertama dengan sahabat Facebook Puan Fauziah Khadari yang bertugas di Universiti Malaya. Meseranya mereka dan murah hati memberi berbagai kenangan manis dan buah tangan.
September, Puteri AM menemani Mak Long balik ke Texas untuk beberapa waktu. Kami membawa kedua-dua puteri bercuti ke Pergunungan di North Carolina, Tennessee, Oklahoma kemudian turun semula ke Texas. Di antara tempat-tempat yang kami lawati ialah:
Biloxi, Mississippi
The Oak Alley Plantation, Lousiana
New Orleans, Lousiana
Oktober, Pak Long telah mengupah seorang untuk menyambung tempat letak kereta yang telah sedia ada, untuk melindungi kenderaan dari panas terik dan hujan air batu yang sering berlaku.
Melawat Puteri SH di Dallas dan berkesempatan melihat pertunjukan motorsikal dan kereta yang kebetulan sedang diadakan di situ.
Awal November kami berjalan-jalan ke Hot Springs, Arkansas. Sebenarnya niat kami ialah ingin melihat musim luruh di sana. Di samping itu kami juga berpeluang mengunjungi Garvan Woodland Gardens di mana terdapat sebuah tempat sembahayang orang Kristian dinamakan Anthony Chapel. Seni bina yang unik menyerupai Thorncrown Chapel di Eureka Springs Arkansas.
Menara Hot Spring. Kami naik ke puncak menara dengan lif dan turun dengan anak tangga entah berapa ratus mata anak tangga. Lenguh jugalah kaki menatih turun ke bumi. Dari atas menara kami melihat keindahan alam di sekeliling yang berwarna warni di musim luruh.
December, sehari sebelum Christmas kami keluar melihat pertunjukan lampu di Bandar Blanco dan Bandar LB Johnson sempena menyambut perayaan Christmas dan Tahun Baru 2014. Dengan ini tamatlah tahun 2013 dan menyambut pula tahun 2014. Mudah-mudahan tahun 2014 akan terus lebih baik dari tahun yang sudah-sudah memberi keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Amin rabbal'alamin...