Pages

Friday, July 13, 2018

Passport Antarabangasa Malaysia, New York

Assalamualaikum,

Tinggal merantau di luar negara beberapa keperluan penting yang sentiasa diberi perhatian seperti tarikh hidup dan luput passport antarabangsa, sijil tarap permastautin dalam sesebuah negara dan lain-lain lagi mengikut garis pandu keperluan dan undang-undang negara yang dilawati atau tinggal.  Malaysia mempunyai hubung kait dengan negara-negara asing di mana khidmat embassy dan consulate amat penting sebagai wakil resmi negara.   

Di Amerika Syarikat ada tiga tempat bagi urusan passport dan visa, iaitu: 

1.
Malaysian Embassy di Washington DC
3516 International Court, N.W. 20008
Washington DC
District of Columbia
United States

Telepon No.
+1-202-572-9700

Fax No.
+1-202-572-9882

Email
mwwashington@kln.gov.my

Website URL
http://www.kln.gov.my/web/usa_washington/home



Consulate General of Malaysia, New York

2.
Malaysian Consulate
313 East 43rd Street
New York 10017 
United States

Telepon No.
+1-212-490-2722
+1-212-490-2723
+1-212-490 1420

Fax No.
+1-212-490-2049
+1-212-490-1420

Email
mwnewyorkcg@kln.gov.my
iminycg@yahoo.com

Website URL
http://www.kln.gov.my/web/usa_new-york/home


3.
Malaysian Consulate
777 South Fiqueroa Street, Suite 600
Los Angeles 90017
United States

Telepon No.
+1-213-892-1238

Fax No.
+1-213-892-9031

Email
lax.info@kln.gov.my

Passport Mak Long tinggal beberapa bulan akan luput tarikhnya dan memerlukan pembaharuan segera.  Biasa-biasa urusan passport diurus di Kuala Lumpur apabila pulang ke sana, tetapi kali ini Mak Long tidak ada rancangan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini.  Pejabat Malaysian Consulate yang terdekat bagi kami di Texas ialah samaada di New York atau Washington DC.  Mak Long telah membuat beberapa panggilan talipon di Malaysian Embassy di Washington DC dan General Consulate of Malaysia di New York atas urusan memperbaharui passport. 

Menurut keterangan yang diterima, passport antarabangsa rakyat Malaysia yang sudah luput tarikhnya selama sepuluh (10) tahun atau lebih ketika masih berada di USA tidak boleh diperbaharui di mana-mana wakil pejabat embassy dan consulate di USA.  Rakyat terbabit perlu pulang dan berurus sendiri di pejabat imigresen di Malaysia.  Ia perlu memohon surat  perlepasan khas untuk satu kali perjalanan pulang ke Malaysia.  Jadi jangan ambil ringan dengan perkara penting ini.  

Pembaharuan passport dan visa boleh dilakukan samaada di Washington DC atau di New York.  Hanya bezanya urusan pembaharuan passport yang diurus di Washington DC mengambil masa lebih panjang atas sebab urusan pembaharuan passport itu akan dihantar ke pejabat di New York untuk diproses selanjutnya.  Mana kala di New York pula urusan passport mampu siap dan selesai dalam satu hari.  Waktu urusan ialah 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari iaitu waktu untuk penyerahan borang permohonan dan lampiran-lampiran kertas yang diperlukan iaitu passport antarabangsa dan kad pengenalan.  Gambar tidak perlu kerana mereka menyediakan kemudahan mengambil gambar.  Pembayaran pembaharuan passport dan salinan dokumen (kiranya menggunakan khidmat mesen mereka) dikenakan dalam matawang USD.  Waktu penyerahan passport yang sudah siap pula mulai jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.



Malam di New York dari tingkap Mellinium Hilton tingkat 32

Mak Long ke New York ditemani Icah anak bungsu kami, telahan Icah sudah beberapa kali ke sana.  Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Austin sebelah petang dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa JF Kennedy, New York malam.  Ramai sungguh orang di lapangan terbang dengan kerenah dan perangai!  Dari lapangan New York kami ke hotel yang sudah ditempah lebih awal lagi.  Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel mengambil masa hampir sejam walaupun jaraknya hanyalah 15 batu sahaja.  Kenderaan di sana sangat sibuk ditambah pula terlalu banyak lampu isyarat.  Bingit telinga dengar bunyi hon kereta!  Ingatkan bandaraya terbesar dan moden di dunia keadaan kelam kabut lalu lintas pasti lebih canggih dan teratur.  Mungkin keadaan di KLIA lebih baik dan selesa!  Tentulah puji tanah air sendiri kan...  Hampir jam 12 malam sampai hotel!  Besar mencakar langit hotel itu.  Kami ditempatkan di tingkat 32 nun.  Sangat bagus dengan pemandangan luas dan cantik dikelilingi dengan pencakar-pencakar langit.  Nampak katil terasa keletihan tambah pula sudah lewat, mata mula mengantuk.



Restauran Rasa

Pagi-pagi lagi (jam 8.00 pagi) selepas sarapan kami sudah turun hotel berjalan kaki ke pejabat consulate yang terletak tidak jauh dari hotel.  Beberapa orang ramai sudah sedia berada di situ.  Urusan berjalan lancar tanpa masaalah.  Setelah selesai kami keluar menilau-nilau bandaraya New York.  Naik "subways" (keretapi bawah tanah) dan makan tengahari itu kami makan di Restauran Rasa diusahakan oleh anak Malaysia.  



Nasi kerabu sedapnya bukan main


Ramai sungguh penghuni dan pendatang New York yang datang dari pelbagai pelusuk dan cerok, dari pelbagai bangsa dan agama serta fahaman berlainan dengan seribu tabiat dan gelagat.



Pejabat Consulate Malaysia, New York

Kami kembali semula ke consulate selepas jam dua petang untuk mengambil passport baru.  Tetapi Mak Long perasan mereka-mereka yang sama-sama buat passport pagi tadinya tidak senyum!  Nampak sahaja Mak Long masuk ruang pejabat, pegawai bertugas menerangkan pada Mak Long passport tidak dapat diserahkan hari tersebut disebabkan kesilapan dalam proses membuat passport.  Chip keselamatan sepatutnya dimasukkan pada muka pertama passport tidak ada dan tidak sah!  Kami diminta membuat semula proses urusan pada hari esoknya.  Mujurlah Mak Long merancang tinggal di New York hingga hari Sabtu.  Kalau tidak nayar!  Ada juga yang menghadapi masaalah tidak ada masa!  Maka passport baru mereka terpaksa diserahkan melalui pos....












1 comment:

  1. saya berdoa agar semuanya berjalan lancar utk maklong.....

    ReplyDelete