Pages

Tuesday, June 28, 2016

Avacado

Assalamualaikum,


Buah Avacado

Hari ini lain macam cerita Mak Long.  Pasal buah avacado.  Dulu-dulu memang tidak pernah Mak Long dengar tentang buah avacado, apakan lagi kenal rupanya melalui melalui gambar pun tidak pernah terpandang.  Mak Long terasa ceteknya pengetahuan!  Setelah bermastautin di Texas baharulah kenal buah avacado yang diperkenalkan oleh seorang sahabat melalui makanan menu Mexican.  Rasanya..?  Pertama kali makan buah itu rasanya tidak begitu serasi pada cinta rasa selera.  Rasanya lemak-lemak tawar, lembut macam isi buah peach yang ranum atau lebih tepat lagi lembut, lembek seperti isi buah durian dari segi texture bila buahnya sudah terlalu masak ranum.  Texture isinya halus berwarna kehijauan bercampur kekuningan.  Buah yang baru masak mengkal sedap dibuat ulam.  


Buah avacado

Avacado ialah sejenis pokok buah-buahan di mana buahnya boleh dinikmati sebagai buah segar juga ia boleh diproses untuk pelbagai kegunaan seperti cream muka, sabun mandi, syampoo dan lain-lain.  Pokoknya tinggi dan rendang mengeluarkan buah yang banyak.  Buah avacado mempunyai kulit berwarna dari hijau cerah, hijau kemerahan, ungu kemerahan atau kegelapan dan berbentuk lebih kurang seperti buah pear.  Ia dipercayai berasal dari Mexico.  Orang Mexico telah memakan dan menggunakannya sejak zaman berzaman lagi terutama oleh satu kaum/puak tua Aztec.  Mexico adalah pengeluar avacado terbesar dan di export ke merata dunia.  Jenis avacado yang terbaik dari Mexico ialah Hass di mana buahnya lebih besar dan kulitnya berwarna hijau terang atau hijau gelap.  Di Asia Tenggara tidak banyak terdapat penanaman pokok avacado walau pun pokok avacado sesuai ditanam di sana.  Antara negara di Asia Tenggara yang ada menaman dan mengeluarkan avacado ialah seperti Indonesia dan Filipina.  Di California  pula ialah pengeluar avacado terbesar di Amerika Syarikat.

Buah avacado mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya.  Antara kandungan yang terdapat pada buah avacado ialah protein, vitamin A dan C, vitamin B, calcium, potasium, zat besi dan zat mineral.  Maka buah ini sangat sesuai dan baik dalam diet manusia yang tidak memberi mudarat pada kesihatan badan.  Ada juga Mak Long baca yang mengatakan makan buah Avacado boleh membantu penyakit sengal-sengal tulang dan menjadi sebagai pelincir semula jadi pada sendi-sendi tulang bergerak.  Betullah agaknya .... entah! 

Setelah mengetahui keistimewaan buah avacado, Mak Long mula menjinakkan selera kepada cintarasanya yang lemak-lemak tawar itu.  Haa.. kini sudah menjadi kegemaran pula dalam permakanan harian.  Bila tiba musim avacado harganya terlalu murah dan boleh diperolehi di mana-mana pasaraya.

Salad campuran avacado

Buah avacado boleh diperbagaikan cara memakannya.  Boleh dibuat ulam cicah sambal atau campur sekali dalam sambal belacan, boleh dibuat salad, juga boleh buat guacamole (goa-ka-mo-ley) untuk cicah kudapan keropok (chips) dan macam-macam cara lagi.  Orang Mexico memang gemar makan guacamole yang dibuat dari buah avacado.  Mak Long pun suka benda yang dipanggil guacamole itu.  Cara membuatnya pun mudah seperti di bawah.

Bahan yang diperlukan:

Bahan resepi guacamole

2 biji buah avacado yang sudah masak ranum
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
1/4 cawan hirisan bawang atau daun bawang
1-2 biji cili hijau atau cili padi (buang biji cili) dicincang halus 
2-3 sudu besar daun ketumbar dicincang halus
Sedikit serbuk kasar lada hitam (kalau suka)
1/2 biji tomato (buang bijinya) dipotong-potong kecil kecil

Caranya:

1.  Belah dua buah avacado dan buang biji.  Keluarkan isi avacado dengan sudu kemudian potong kecil (boleh juga potong seperti gambar di bawah) dan masukkan dalam mangkok.  Hancurkan isi avacado dengan gerpu, penyek-penyekkan tetapi tidak terlalu hancur.


Keluarkan isi avacado guna sudu

2.  Masukkan dan kacau perahan jus limau nipis/lemon ke dalam avacado tadi.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.  Kepedasan cili kadang-kadang terlalu pedas, jadi letak cili sedikit dahulu.  Kalau kurang pedas tambah lagi.  Sudah sedia boleh dinikmati.  


Guacamole

Sekiranya lambat lagi hendak dimakan, tutup mangkok dan sejukkan dalam peti sejuk.

Pak Long suka makan guacamole bersama keropok totillas.








Sunday, June 19, 2016

Ramadhan Di Rantauan

Assalamualaikum,


Senja di Canyon Lake

Alhamdulillah ibadah Ramadhan sudah di pertengahan bulan.  Idil-Fitri pula sudah hendak sampai ke hadapan.  Cepatnya masa berlalu.  Menunaikan ibadah puasa di rantauan banyak ujian setiap hari.  Pertama ialah keadaan cuaca.  Berpuasa ketika dalam musim panas seperti tahun ini masanya panjang... mulai dari jam 5:14 pagi hinggalah jam 8:40 malam.  Alhamdulillah setakat ini walaupun masa itu panjang tidaklah membebankan.  Hanya perlu berhati-hati agar tidak lama di luar di bawah matahari mencarak panas terik hingga mencecah 99 degree farenheit atau 37.2 celsius (semalam).  Cuaca panas yang terik boleh memudaratkan kesihatan terutama bagi yang sudah berumur seperti Mak Long.  Boleh dapat pitam dan sakit kepala berdenyut-denyut.  Kerja-kerja di luar rumah harus dipendekkan.  Kami gunakan waktu pagi untuk melakukan kerja-kerja itu.  Untuk berbuka Mak Long lebih gemar minuman panas dan juadah yang paling mudah dan sedikit.  Almaklum enjin perut tidak perlu makanan yang berat-berat.  Yang sedihnya di daerah kami tiada masjid dan surau untuk berkumpul menjalani ibadah waktu malam di bulan puasa.  Semua ibadah dikerjakan di rumah sahaja. 

Berpuasa dalam musim sejuk lain pula.  Waktu berpuasa sangat pendek.  Biasanya bermula dari jam 6:00 pagi hingga jam 4:45 petang sudah berbuka.  Yang tidak tahanya pula ialah menahan kesejukan walau pun tubuh dibalut dengan pakaian tebal.  Badan kita apabila perut kosong tiada lemak untuk dibakar membuat berasa sejuk yang lebihnya.    

Teringat juga suasana kemeriahan di kampung di bulan Ramadhan.  Teringat pengat pisang sekali sekala pun timbul juga.  Hendak makannya hanya semangkok kecil, hendak dibuat sedikit tidak berbaloi!  Tetapi itu hanya perkara kecil!  Dugaan kecil!  

Hari ini lain ceritanya.  Entah kenapa teringin pula hendak makan berlaukkan sayur keladi masak asam rebus.  Emak Mak Long selalu masak sayur keladi masak asam rebus.  Mujurlah Mak Long ada tanam pokok keladi sudah hampir tiga tahun lamanya.  Benih pokok keladi yang Mak Long seludup masuk ke Amerika, I say man ... nasib tidak kena tangkap oleh pihak kastam masa bawak balik dulu.  Bila fikir balik hai berani betul mak tua ini.  Mak Long bawa dua biji isi kecil sahaja.  Bila ditanam ia hidup dan subur pula.  Musim sejuk semua mati tetapi isinya masih terlindung dari cuaca sejuk di dalam bumi.  Apabila musim bunga isi keladi di dalam bumi bercambah kembali.  Betapa kuasa Allah ... yang hidup dimatikan, yang mati dihidupkan, ia berpusing mengikut giliran.

Keladi dari Malaysia

Pokok kunyit pun begitu juga.  Kunyit sudah lebih lima tahun ditanam.  Alahmdulillah menjadi dia.  Begitulah musim sejuh semua mati.  Musim bunga bercambah cantik.  Bila musim panas kenalah disiram selalu supaya tidak layu.


Gulai keladi sedang mendidih



Gulai keladi kita

Itulah dia lauk Mak Long berbuka puasa semalam.  Bahan masakan hampir semua hasil tanaman sendiri dan dari kampung.  Pak Long tidak teringin masakan macam itu, maka rugilah dia tidak mengerti kenikmatan orang kampung.  Pak Long lebih suka makan dadeh perisa strawberry dan blueberry serta buah-buahan.  Nasi pun Pak Long tidak pandang dalam bulan puasa nih!  

Selamat berpuasa sahabat-sahabat di sana terutama orang Malaysia! 














Monday, June 13, 2016

Kembangan Di Musim Bunga, Texas

Assalamualaikum,

Hari ini suka pula hati hendak berkongsi gambar dan tepek sedikit dari kumpulan bunga-bunga liar yang terdapat di Texas terutama di persekitaran kawasan kami Texas Hill Country tahun ini.  Mak Long dapatkan nama-nama mereka dari alam maya selepas gambar diambil.  Setiap musim bunga inilah kerjanya mengumpul, menyunting gambar-gambar dan menyimpannya di dalam album.



Texas Bluebonnets
Bunga kebangsaan Texas

Kumpulan bunga liar
(Firewheel warna merah/putih; Black-Haw warna putih; Bitterweed warna kuning di latar-belakang) 

Kumpulan berbagai jenis tumbuhan dan rumput.  Terdapat di kawasan padang ranch dan di mana-mana sahaja.

Texas Horsemint

Pokol Texas Horsemint tumbuh di akhir musim bunga.  Hidup dalam rumput di tanah tinggi dan tepi jalanraya.

Mexican hat

Pokok Mexican han berbunga sepanjang musim bunga hingga awal musim panas.  Ada dua tiga warna terdapat seperti kuning, merah/kuning dan cokolat/kuning.


Damianita 

Pokok Damianita sering tumbuh dalam kawasan kering di bawah pokok-pokok oak.  Banyak terdapat di kawasan rumah kami.


Antelope Horn dan Prairie Verbena

Pokok Antelope horn tumbuh melata terutama di kawasan lapang dan di tepi jalanraya.  Warnanya hijau an kembang setongkol.  Pokok Prairie verbena sejenis rumput tumbuh melata banyak di sekeling rumah kami.


Nerve-Ray

Pokok Nerve-ray juga tumbuh di tempat kering dan lapang terutama di tepi jalan.

Honey suckle

Bunga honey suckle sangat wangi baunya terutama di waktu malam dan awal pagi.  Ia berbunga sepanjang tahun.  Pokoknya menjalar memanjat pokok atau pagar.

Texas Mountain Laurel

Bunga Mountain Laurel juga wangi baunya.  Bernunga awal musim bunga.  Pokoknya boleh membesar hingga 10 kaki tinggi.  


Texas Indian Blanket

Texas Thistle 
Add caption

White Prickly Poppy

Giant Spiderwort

Purple Cone

Morning Glory/Purple Bindweed

Drummon Phlox

Indian Painted Brush

Blue Gilia

Rain Lily

Havard's Ipomopsis

Skeleton Plant

Palafoxia




















Saturday, June 11, 2016

Canyon Lake

Assalamualaikum,


Canyon Lake, Texas

Kerja semua sudah beres untuk hari ini.  Musim bunga hanya tinggal beberapa hari sahaja akan berakhir dan cuaca mulai pula panas.  Ya, musim panas datang tanpa ragu-ragu.  Tahun ini alhamdulillah daerah Texas Hill Country dirahmati dengan hujan yang amat melimpah.  Boleh dikatakan setiap hari hujan dan ribut kadang-kadang hujan air batu (hails).  Setengah tempat mengalami banjir hingga terpaksa berpindah sementara.  Tumbuhan dan pokok dulu terbantut pertumbuhan mereka kerana bencana kemarau yang teruk berlaku dua tahun berderet.  Kini Allah cucuri rahmat Nya. 

Kami telah pergi ke Canyon Lake melihat paras airnya.  Sebelum ini air susut ke aras yang membimbangkan.  Kini paras airnya terlalu tinggi hingga perlu di keluarkan dari dam ke Sungai Guadalupe.  Hari ini air disalurkan keluar berlebih-lebihan.  Pihak awam telah dimaklumkan supaya membatalkan sebarang akviti sukan air seperti bermudik dengan perahu atau berapong dengan tayar.  Air terlalu deras mengalir dan merbahayakan.


Saluran air dari dam

Air yang disalurkan keluar dari dasar tasik suhunya terlalu sejuk kira-kira 60-65 degree farenheit.  Hari-hari biasa airnya bersuhu 65 degree farenheit sepanjang tahun. 




Air keluar dan merbahaya

Sungai Guadalupe

Air mengalir deras

Air bersuhu sejuk
   
Percikan air hingga ke jalanraya











Sambal Belacan

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan khas untuk sahabat-sahabat yang dihormati.  Hari ini adalah hari keenam kita menjalani ibadah berpuasa... Alhamdulillah..  Terasa amat pantas hari berlalu.

Hidangan setiap berbuka dan sahur biasa-biasa sahaja sama seperti hari-hari lain.  Makan untuk dua mulut tidak perlu sibuk-sibuk sangat.  Ala-kadar sudah memadai.  Tetapi hari semalam lain pula tekak Mak Long selepas melayari halaman "facebook" seorang sahabat baik.  Beliau tunjuk gambar sambal belacan!  Hahahaha puasa-puasa waktu gini pun boleh tergoda dengan sambal belacan.  Tersemat di hati hendak buat sama seperti itu.  Lantas petang semalam ke mana lagi kalau tidak mencari-cari bahan yang berada di dalam peti sejuk.  

Maka terjumpalah satu topong belacan Sarawak yang memang sudah dibakar siap-siap dahulu agar mudah kerja tidak perlu bakar lagi.  Lada hijau dan cili padi sahaja yang ada.  Tidak mengapalah boleh guna walau warnanya nanti tidak menarik, janji ada ommp!  Tidak ada lagan batu jadi terpaksa guna mesen "food processor".  Sudah siap dimesen terfikir-fikir apa hendak diasamkan sambal belacan?  Nampak strawberry ... ok jadilah juga!  Potong-potong strawberry dan masukkan ke dalam "food processor" sekali dengan sambal belacan.  Maka jadilah sambal belacan strawberry hahaha...  Mak Long buat banyak supaya bila teringin sambal belacan ada sudah siap sedia.  Masukkan dalam botol kaca dan simpan baik-baik dalam peti sejuk.

Rasanya?  Lebih dari ommp!



Sambal belacan strawberry













Tuesday, June 7, 2016

Sunday, June 5, 2016

Friday, June 3, 2016

Kembara Ke California 4

Assalamualaikum,


27/4/2016 (Rabu) :  Perjalanan Hari Kesembilan


Bandaraya San Francisco Dan The Golden Bridge of San Francisco


Kami bertolak dari Hotel Best Western, Healdsburg selepas sarapan kira-kira pukul 8.40 pagi sementara suhu pula hanya 55 degree fahrenheit lebih baik dari hari-hari yang lalu.  Perjalanan dari hotel menuju ke Bandaraya San Francisco tidak jauh mengambil masa yang pendek sahaja kira-kira empat puluh lima minit perjalanan buat orang California.  Buat kami mengambil masa lebih sedikit macam kura-kura ...hahaha.  Cara orang California pandu kereta tidak tahu apa perkataan yang tepat diberikan pada mereka.  Yang untung buat duit ialah tukang baiki "break" kenderaan, mereka boleh mengaut keuntungan besar dengan hanya memperbaiki "break" kenderaan.  Bagi yang bercita-cita tinggi ingin berjaya mencari duit lebih bolehlah jadi tukang baiki kereta... satu perusahaan yang baik.  

Semakin berhampiran perjalanan ke San Fancisco laluan trafik semakin sibuk.  Terasa tidak sabar pula hendak melihat dengan mata sendiri jambatan keagongan dan tersohor "The Golden Bridge of San Francisco".  Sejak di bangku sekolah dulu pun sudah belajar tentang sejarah jambatan berwarna merah itu, mengapa ia dibina dan bagaimana.  Di bawah ini adalah pandang pertama "The Golden Bridge of San Francisco".  Kabus menghalang pengelihatan yang jelas.  

Pandang Pertama The Golden Bridge of San Francisco

Saat-saat dan debaran jantung ketika lalu menyeberangi di jambatan tersohor seluruh dunia.  Jambatan warna merah macam warna karat besi.

Lorong menyeberang The Golden Bridge of San Francisco

Sampai di Bandaraya San Francisco, laluan bertambah sibuk.  Kami berhajat berhenti di perhentian sebelah utara sebelum menyeberang jambatan merah itu.  Tetapi sayangnya lorong masuk ke perhentian tersebut ditutup serta dijaga oleh beberapa orang polis bertugas.  Maka kami teruskan menyeberang jambatan itu menuju ke perhentian sebelah selatan.  Kena bayar tol!  Bayaran tol yang dikenakan tidak perlu dibayar ketika itu. Sebaliknya bil bayaran akan dipos berpandukan dari number plate kereta ke alamat rumah nanti.  Setelah melalui jambatan merah tua itu Mak Long barulah mengerti akan keagungan dan keistimewaannya.  Ia sebuah jambatan tua yang mempunyai sejarah lama juga masih tegap mampu digunakan hingga kini.  Pemandangan terang ketika tiada kabus ia disinari matahari petang yang memberi pemandangan yang menakjubkan.  Jambatan  itu dibina dalam tahun 1934.

Di atas jambatan The Golden Gate of San Francisco

Pemandangan gambar di bawah diambil dari perhentian sebelah selatan jambatan.  Kabus membuatkan pemandangan kabur sedikit.


Pemandangan The Golden Bridge of San Francisco

The Golden Bridge of San Francisco

Kami berhenti di perhentian sebelah selatan.  Sudah ramai pengunjung yang datang dari pelbagai pelusuk dunia untuk melihat jambatan tersebut.  Cuaca di situ sejuk kira-kira 45 degree fahrenheit ditambah dengan tiupan angin dari Lautan Pacific dan Teluk San Francisco.  Kabus menyelubungi kawasan membuat pemandangan tidak begitu jelas.  Namun banyak juga gambar yang dapat dirakam.  Pak Long kata dia tidak berminat berjalan kaki menyeberangi jambatan.  Mak Long anggok sahaja setuju.  Sejuk-sejuk nanti terbang ditiup angin, baru padan muka.


Lorong ke Visitor Centre

Kami berjalan melalui lorong di bawah jambatan ke "Welcome Centre" di mana segala penerangan berkenaan Bandaraya San Francisco dan jambatan boleh diperolihi.  Di laluan itu eloklah berhati-hati kerana ramai pengayoh basikal berkeliaran dan anak-anak muda dengan "skate-board" (papan roda).  Silap haribulan bertembong!  Apabila kegilaan mengambil alih perasaan dan fikiran mereka maka macam-macam boleh berlaku.  Bermacam jualan cenderamata di situ termasuk T-shirt, key chain, magnet peti sejuk dan lain-lain.  Mak Long beli juga dua tiga cenderamata.  Yang lain hati rasa tidak berminat.  


Pemandangan The Golden Bridge of San Francisco dari sebelah Visitor Centre

Walau pun cuaca sejuk, ada juga anak-anak muda yang berani berenang di dalam air yang bergelora itu.  Pak Long minta gambarnya diabadikan berlatar belakangkan jambatan merah berkarat.  Aee wahh....

Pak Long bergaya

Jambatan Merah

Di bawah ini adalah papan penerangan digital.  Bagaimana ia berfunsi?  Berdiri dari sebelah kiri, berjalan perlahan-lahan ke kanan.  Apa yang berlaku ialah gambar dan tahun akan bertukar mengikut gerak badan dari mula jambatan The Golden Bridge dibina hingga ia siap dan keadaan terkini.  Cangih tidak perlu baca, memahami melalui melihat gambar video. 


Papan penerangan digital

Mak Long melangkah keluar melihat ke arah The Golden Gate of San Francisco dari sudut lain.  Di situ sayup-sayup boleh nampah Pulau Alcatraz di mana terletaknya sebuah penjara yang menempatkan penjahat-penjahat berbahaya.  Teringin pula hendak ke sana melawat dan tengok suasana penjara terseksa ....  


Pulau Alcatraz

Siapa sangka?

Sedang Mak Long asyik mengambil gambar, seorang minah saleh berpakain warna oren cerah cantik, bertopi besar tiba-tiba menegur, "Aren't these flowers beautiful?  Those are originally come from Africa....." (Cantikkan bunga-bunga tu?  Yang itu berasal dari Afrika), sambil jari telunjuknya menunjuk kepada bunga yang dimaksudkannya.   Mak Long tanya apa namanya bunga itu.  "Protea...", katanya sambil mahu menalipon seorang sahabatnya untuk memastikan nama bunga itu tepat.  Mak Long kata tidak mengapalah nanti senang-senang boleh google sahaja.  "Oooo boleh google ya." Tanyanya pada Mak Long dan menjawabnya iya.  Entah mengapa rasa tidak selesa dengan wanita itu.  Mak Long mahu berlalu segera dan meneruskan ambil gambar.  Bukan selalu dapat datang melawat tempat-tempat begitu.

Pincushion protea

Mak Long google tentang bunga protea.  Memang benar bunga tersebut berasal dari Negara Afrika.  Bunga cantik ini kembang dengan berbagai warna ... warna kuning, oren, unggu dan merah.

Protea dari dekat

"Saya ada sesuatu hendak bagi awak...", katanya.  Pelik sahaja wanita ini!  Tidak kenal mengenal sudah mahu beri sesuatu pula.  Dia mengeluarkan dua naskah buku kepada Mak Long.. Sepintas lalu nampak jenis buku-buku itu.  Buku kitab Injil!  Astaghrafirullah hal'azeemmmm... Tetapi Mak Long jawab dengan baik dan berikan senumam penuh erti kepadanya sambil mengatakan tidak berminat dengan buku itu!  Wanita itu pendakwah agama Kristian!  Dan Mak Long terus berlalu dari dia.  Mak Long ceritakan pada Pak Long tentang perempuan tersebut.  Ketika kejadian itu berlaku Pak Long masih duduk di hadapan Welcome Centre tunggu Mak Long sibuk mengambil gambar.  "Time to go to your friend's place..!"  Pak Long berkata pendek.  Lantas kami terus beredar dari situ.


Sabar menunggu

Kami ke rumah seorang sahabat Mak Long yang tinggal di sebelah utara bandaraya itu.  Kami arahkah minah GPS ke alamatnya.  Hampir satu jam lebih juga perjalanan.  Menurut Rose perjalanan dari San Francisco ke rumahnya mengambil masa hanya 40 minit sahaja..ha'ah pandu kereta pesen orang California!  Mujurlah ada si minah GPS.  Kalau tidak memang tidak akan sampai-sampailah kami!  Jauh juga perjalanan itu.  

Perjalanan itu membawa kami melalui "down town" (tengah bandar) San Francisco.  Keadaan jalanraya di sana terdapat banyak lubang dan lopak seperti terdapat di bandar-bandar di Malaysia.  Mungkin jalanraya di Kuala Lumpur lebih baik!  Ramainya penduduk dalam bandaraya itu.  Setiap sudut ada sahaja manusia seperti berlumba-lumba berjalan laju ke tempat kerjakah atau sahaja mereka berjalan begitu!  Di bandaraya itu pemandu kereta sentiasa berhati-hati kepada perjalan kaki melintas jalan.  Malah perjalan kaki tidak pula kesah melihat ke kiri atau ke kanan bila menyeberang jalanraya.   


Homeless 

Ramai penganggor dan penghuni jalanan di merata tempat berkeliaran.  Kehadiran mereka membuat rasa tidak selesa dan tidak selamat.  Mak Long tidak sekali-kali bermaksud menghina atau memandang rendah kepada mereka yang hidup melarat.  Dua kali pengelaman kami berhadapan dengan mereka ketika berhenti di suatu tempat di Stanton dan Healsburt, California.  Mereka menghampiri kami meminta wang, makanan tidak mahu terima!  Cerita mereka sama sahaja alasan hendak memberi makan pada keluarga kelaparan.  Lepas itu pula mereka membawa anjing untuk meminta sedekah.  Kalau sudah tidak ada duit untuk diri sendiri tidaklah perlu memelihara anjin yang menjadi mangsa.  Yang menariknya mereka yang Mak Long lihat mempunyai talipon bimbit yang canggih!  Tenggoklah gambar yang sempat dirakamkan dalam perjalanan.  Tersadai di tepi jalanraya melayari internet...  Kami sendiri rasa tidak mampu mempunyai talipon canggih!  Muga tidaklah sampai macam itu sakitnya masyarakat anak-anak muda bangsa Melayu di tanah air.

Kami lalu di dua lorong Chinatown.  Ketika berada di kawasan itu berasa seperti berada di Chow Kit Road atau di Chinatown di Kuala Lumpur.  Chinatown itu terletak di Grant Avenue dan di Stockton Street.  Di situlah terdapat masyarakat China terbesar sekali yang tinggal di luar dari Benua Asia.  Tidak banyak perubahan cara hidup mereka dari cara hidup di negara mereka sendiri walau pun kini mereka hidup di tengah-tengah bandaraya yang serba moden.  

China Town

Keluar dari "down town" kami melalui Bay Bridge (Jambatan Bay) berwarna putih.  Mak Long rasa jambatan itu lebih cantik dari The Golden Bridge.


Bay Bridge

Bay Bridge juga dipanggil San Francisco-Oakland Bay Bridge .. terlalu panjang nama dan susah hendak menyebutnya!  Jambatan itu merintangi Teluk San Francisco yang juga menjadi sebahagian daripada Lebuhraya 80.  Ia dibina dalam tahun 1933 dan dibuka dalam tahun 1936 iaitu enam bulan sebelum Golden Gate Bridge dibuka.  


Bay Bridge

Bay Bridge

Rose sudah menunggu ketibaan kami.  Suaminya seorang berbangsa Itali tiada di rumah, berkerja menurutnya.  Kebetulan hari itu adalah hari cuti bagi Rose dari tempat kerjanya di sebuah restauran.  Masuk sahaja dalam rumahnya hidung Mak Long kembang kuncup, semerbak bau rempah dari masakannya tengahari itu.  Amboiiiii sedapnya bau sudah rasa macam berada di tanahair, apa lagi rasa terlioq yang amat sangat hahahaha... Pasai makan hahahah....

Rose Galletta

Bukan main seronok, kami bersalaman dan berpelukan mesera macam sudah kenal rapat.  Pak Long memerhatikan telatah kami hahaha...  Maklumlah kami sama-sama hidup berdagang di negara asing, bila dapat berjumpa "orang sendiri" susah hendak diceritakan rasa gembira dan sebak di hati.  Beginilah keadaan hidup merantau....  Kami berusaha mencari sahabat-sahabat dari tanah air tidak mengira bangsa dan agama, bertemu dan berkumpul untuk merapatkan hubungan sesama.  Rose mengundang kami agar bermalam di rumahnya di hujung minggu itu.  Sebelumnya Mak Long telah memberitahunya akan kedatangan kami melawat California.  Suaminya ada di rumah di hujung minggu jelasnya.  Tetapi kami tidak dapat berbuat begitu sedangkan jadual kami berada di tempat lain di hujung minggu itu.  Justeru itulah sebabnya kami berkunjung ke rumahnya hari itu.  Rose seorang wanita Melayu berasal dari Kedah merantu di negara asing mengikut suami.  Masa lapangnya tidak terbuang begitu sahaja.  Beliau berkerja di sebuah restauran dan beliau menimba banyak pengetahuan tentang masakan.  Tidak heranlah maskannya memang omp sangat!  Kami dijamu dengan menu nasi daging cara orang utara...Baling, Kedah.  Acar balik hari dan sambal asam belacan taruk kerisik kelapa..  Amboiii sedapnya rasa hendak pengsan kesedapan!

Pak Long ingin tahu bagaimana Rose boleh bertemu dengan suaminya hahaha ... Rose menjawab itulah gara-gara perkenalan melalui internet!  Perkenalan membawa ke jinjang pelamin... semuga rumah-tangga bahagia itu akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.


Bandaraya San Francisco

Terlalu ramai dan sesak penduduk di San Francisco.  Menurut Rose, tinggal di bandaraya San Francisco sangat tinggi kadar perbelanjaan.  Gaji dari pendapatan memang tinggi dan lebih tetapi semua habis untuk membayar bil itu dan ini.  Mengaji orang Mexican yang masuk US secara haram membersihkan keliling rumah sahaja paling murah UD100.00 bayaran setiap dua minggu.  Cukai pintu dan cukai harta tinggi, semua tinggi.  California mempunyai akta negeri sendiri... Semua penduduk samada bertaraf warga negara atau pendatang haram mempunyai hak sama.  Di mana dalam Section 8, mereka yang tidak punya kerja atau tiada upaya boleh menerima bantuan dari kerajaan 100%.  Maka lemaklah mereka itu tidak payah bersusah payah berkerja dan dapat bantuan percuma tidak perlu berkeringat mencari rezeki, dapat bantuan talipon percuma lagi!  Namun begitu terlalu ramai berkeliaran orang-orang jalanan terdapat di setiap penjuru....penagih dadah, pemabuk, gay dan lesbian juga "free thinker" tidak terkawal ...  Negara maju tetapi rakyatnya sakit!


Pencakar langit San Francisco

Selepas kenyang makan sedap, duduk-duduk dan sembang sebentar kami terus menuju ke Hampton Inn untuk mendaftar diri bermalam di situ.  Rose hendak bekalkan kami untuk makanan malam tetapi terpaksa ditolak kerana Pak Long "on diet" ler.   Mak Long terima kari-puff pusing untuk sarapan esok.  Sedap dan cantik kari-puff pusing Rose buat.


Pencakar Langit

Di bilik hotel Pak Long sebuk membuat perancangan untuk hari esok.  Katanya hendak pergi melawat penjara tersohor yang pernah menempatkan penyamun gengster Al Carpon di Penjara Alcatruz.  Nanti cerita lagi bila ada kesempatan...